omniture

Sensor Imej Baharu yang Unik Menggabungkan Paparan Pengguna dan Ruang Rakaman Cap Jari: JENETRIC Tampilkan Pengimbas Rata ID Pertama Dunia yang Disahkan oleh FBI untuk ID Mudah Alih

Jenetric GmbH
2015-09-22 23:00 308

JENA, Jerman dan TAMPA, Florida, 22 September 2015 /PRNewswire/ --

- Syarikat inovatif Jerman perkenalkan pengimbas Rata ID terkecil dunia  

Teknologi LIVETOUCH® yang dibangunkan oleh JENETRIC telah mewujudkan kategori produk pengecaman cap jari baharu. Buat julung kalinya, sensor imej lutsinar berasaskan teknologi TFT optik menggabungkan ruang rakaman cap jari dengan paparan pengguna bagi mendapatkan arahan dan maklum balas masa nyata. LIVETOUCH mengatasi had sistem terdahulu dan mendefinisikan semula ciri mesra pengguna untuk merakam cap jari.

"LIVETOUCH quattro" adalah dua pertiga kali lebih kecil berbanding peranti konvensional dan IA merupakan peranti pertama yang disahkan memenuhi sepenuhnya standard FBI bagi ID Mudah Alih FAP 60. Paparan graphic di awash sensor digunakan untuk menerangi ruang rakaman selain memaparkan arahan pengguna. Dengan Cara ini, prisma, kanta dan cermin yang digunakan dalam pengimbas cap jari tradisional menjadi lapuk.

"Teknologi LIVETOUCH® membayar seal kemungkinan baharu untuk merakam ciri-ciri biometrik. Akhirnya, kami dapat menggabungkan kualiti imej tertinggi dengan operasi yang amat ringkas. Pelanggan kami bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan wang, tetapi mereka juga dapat meningkatkan penerimaan umum terhadap penggunaan sistem cap jari," kata Roberto Wolfer, salah seorang pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif JENETRIC GmbH.

Jarak yang amat rapat antara jari dan sensor imej dapat menambah baik kontras imej secara signifikan. "LIVETOUCH quattro" mencapai kualiti imej yang cemerlang jauh mengatasi keperluan FBI yang ketat. Mampu memaparkan unsur grafik, animasi atau filem pada paparan bersepadu mengelakkan kesilapan akibat daripada kedudukan jari yang salah dan menjadikan produk ini sebagai penyelesaian ideal untuk terminal layan diri.

JENETRIC berbesar hati mengumumkan pelancaran "LIVETOUCH quattro" di Sidang Kemuncak Identiti Global di Tampa, Florida yang mana ia akan dipamerkan dan sedia untuk didemonstrasikan secara langsung. "LIVETOUCH quattro" merupakan yang pertama dalam keluarga produk berasaskan Teknologi LIVETOUCH, cara baharu dalam pengumpulan pengecam biometrik.

Anda boleh menemui JENETRIC GmbH di Pusat Konvensyen Tampa di reruai bernombor 501.

JENETRIC GmbH telah diasaskan pada tahun 2014 di Jena, Jerman - lokasi yang terkenal dengan teknologi optic serba canggih - oleh para jurutera yang mempunyai pengalaman penting dalam teknologi cap jari dan fokus khas kepada pembangunan sistem biometrik. Pasukan berbilang bidang ini terdiri daripada pakar-pakar perkakasan dan perisian selain ahli-ahli profesional pengeluaran serta jualan. Syarikat ini dibiayai oleh pemilikan dalaman, pelabur pelaburan dan oleh "Thuringian Gründerfond" selain oleh "High-Tech Gründerfonds". Syarikat ini mengikuti pendekatan holistik dalam pembangunan produknya dengan fokus yang jelas dan kukuh terhadap keperluan pelanggan serta dengan matlamat yang bercita-cita tinggi untuk mempertingkatkan keadaan hidup dan bekerja dengan menggunakan sistem biometrik.

Hubungi:

Roberto Wolfer, Geschäftsführer/Ketua Pegawai Eksekutif
JENETRIC GmbH
T: +49-3641-3219955
M: +49-172-3652272
E-mel: r.wolfer@jenetric.de

SUMBER  Jenetric GmbH

Source: Jenetric GmbH
Keywords: Biotechnology Computer Hardware Computer/Electronics High Tech Security New products/services