Cabaran global memperakui alumni penting daripada 79 pusat pengajian yang menerima pentauliahan AACSB yang membawa impak kepada dunia melalui kepintaran perniagaan, kepimpinan, mahupun kejayaan keusahawanan.
TAMPA, Florida, 23 September 2015 /PRNewswire/ -- Pada setiap hari di seluruh dunia, para siswazah daripada university-universiti yang menerima pentauliahan AACSB menjadi inspirasi kepada yang lain, memberi contoh kaedah pemikiran yang inovatif, dan memberi sumbangan penting kepada masyarakat bagi seluruh cabang perniagaan – sama ada mereka berkhidmat untuk syarikat-syarikat besar, perniagaan kecil, mahupun sektor bukan untung. Hari ini pada Persidangan Pentauliahan Tahunan 2015, AACSB International (AACSB), badan pentauliahan global dan persatuan keanggotaan untuk pusat-pusat pengajian perniagaan, mengiktiraf hasil kerja 100 alumni dan pusat-pusat pengajian mereka, serta mengumumkan kumpulan pertama untuk menyahut Cabaran "Para Pemimpin Berpengaruh daripada Pusat Perniagaan AACSB".
Pemimpin Berpengaruh diwakili oleh pelbagai individu unik dan berinspirasi, termasuk Ketua-ketua Pegawai Eksekutif bagi salah satu perkhidmatan bantuan global terbesar dunia, perintis teknologi yang berusaha untuk merawat barah, pengasas syarikat e-dagangan global, dan presiden sebuah perusahaan yang dikaitkan dengan industri permainan antarabangsa. Lebih 20 sektor industri, daripada produk kepenggunaan, penjagaan kesihatan hingga bukan keuntungan, di 21 buah negara, mereka hadir dalam kumpulan tahun ini.
"Ketika AACSB menyambut Jubli Emasnya, peluang ini timbul untuk pusat-pusat pengajian perniagaan yang bertauliah untuk memikirkan, mengiktiraf dan meraikan para siswazah penting mereka secara kolektif," kata Thomas R. Robinson, presiden dan ketua pegawai eksekutif AACSB. "Cabaran Pemimpin Berpengaruh memperakui pusat-pusat pengajian perniagaan atas kerja keras mereka dalam membentuk pemimpin cemerlang dan penginovasi industri, serta 100 orang individu yang diumumkan hari ini mewakili himpunan alumni dari seluruh dunia daripada pelbagai industri, latar belakang, jawatan, budaya, jantina, dan umur. Kami mengucapkan tahniah kepada kumpulan ini, dan berterima kasih kepada pusat-pusat pengajian yang mencalonkan mereka kerana memberikan asas perniagaan yang kukuh, serta menggalakkan semua alumni yang lain untuk melakukan perubahan dalam masyarakat."
Bagi proses pencalonan, AACSB menyediakan senarai pendek yang terdiri daripada soalan-soalan terbuka yang memberikan rangka kerja berkenaan jangkaan mereka. Bermula pada April hingga Jun 2015, pusat-pusat pengajian yang menerima pentauliahan AACSB menghantar nama-nama alumni yang telah (atau sedang) memberi impak kepada dunia melalui kepintaran perniagaan, kebolehan memimpin, atau kejayaan keusahawanan. Daripada calon-calon itu, jawatankuasa pemilihan menilai dan memilih kisah yang boleh memberi gambaran bahawa para siswazah daripada pusat-pusat pengajian perniagaan itu membawa impak positif kepada masyarakat.
"Cabaran Pemimpin Berpengaruh itu berkisarkan sejauh mana pusat-pusat pengajian yang menerima pentauliahan AACSB dan para alumni kehormat mereka menjadi agen perubahan," kata William H. Glick, pengerusi Lembaga Pengarah AACSB dan Jawatankuasa Jubli Emas, dan dekan Jesse H. Jones Graduate School of Business di Rice University. "Ketika kami melangkaui usia 100 tahun, harapan masyarakat terhadap peranan pendidikan pengurusan – dan kepada pemimpin itu sendiri – akan terus berubah dengan pesat. Kita boleh belajar daripada Pemimpin Berpengaruh dan pusat-pusat pengajian yang mengambil bahagian untuk membawa perubahan bermakna. Saya sangat berbangga untuk mengiktiraf dan mengucapkan tahniah kepada pusat-pusat pengajian yang diwakili oleh mereka."
Bagi mendapatkan senarai penuh penerima, lawati www.aacsb.edu/Influential-Leaders
Latar Belakang AACSB International
Ditubuhkan pada tahun 1916, AACSB adalah sebuah persatuan yang disertai oleh 1,450 institusi pendidikan, perniagaan, dan organisasi lain dari 90 buah negara dan wilayah. Matlamat AACSB adalah untuk memajukan kualiti pendidikan pengurusan seluruh dunia menerusi pentauliahan, kepimpinan pemikiran, dan perkhidmatan bernilai tambah. Sebagai badan pentauliahan institusi utama yang menawarkan ijazah sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran dalam bidang perniagaan dan perakaunan, AACSB menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk industri pendidikan pengurusan. Ibu pejabat global AACSB terletak di Tampa, Florida, AS; ibu pejabat Asia Pasifik terletak di Singapura; manakala ibu pejabat Eropah, Timur Tengah, dan Afrika pula terletak di Amsterdam, Belanda.