NEW YORK, 23 September 2015 /PRNewswire/ -- Lebih dua puluh pemimpin dunia, termasuk lima mantan presiden dan perdana menteri serta tiga penerima Hadiah Nobel, telah dilantik untuk satu Suruhanjaya Antarabangsa baharu bagi Membiayai Peluang Pendidikan Global dengan tujuan mengubah kesan kekurangan pembiayaan pendidikan di seluruh dunia. Suruhanjaya itu, yang disokong oleh Kerajaan Norway dan Perdana Menteri Erna Solberg, akan menilai masa depan pendidikan global yang kini meminggirkan 124 juta belia daripada memasuki sekolah.
Pemilihan sekumpulan individu yang pelbagai ini berlaku pada saat yang sangat genting ketika lebih ramai kanak-kanak kini tidak bersekolah berbanding setahun lalu dan konflik yang semakin meningkat telah memaksa berjuta-juta kanak-kanak mengabaikan pendidikan untuk menjadi pelarian tanpa sebarang prospek pendidikan. Suruhanjaya itu akan mengkaji untuk 15 hingga 20 tahun seterusnya, bagaimana pendidikan boleh membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh, kesihatan yang lebih baik dan keselamatan global yang lebih dipertingkat.
Suruhanjaya itu diadakan secara bersama oleh Perdana Menteri Norway di samping Presiden Chile Michelle Bachelet, Presiden Indonesia Joko Widodo, Presiden Malawi Peter Mutharika, dan Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova.
Gordon Brown, Duta Khas PBB untuk Pendidikan Global, telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya itu.
Perdana Menteri Solberg berkata, "Pendidikan adalah penting untuk membanteras kemiskinan, dan saya percaya mendidik golongan kanak-kanak perempuan adalah satu pelaburan yang paling berkuasa untuk mencapai kemajuan. Apabila kita mendidik seorang kanak-kanak perempuan, kita mendidik seluruh negara. Saya yakin Suruhanjaya ini akan memainkan peranan penting dalam menggerakkan sumber yang diperlukan bagi mencapai pendidikan untuk kemajuan yang disasarkan untuk tahun 2030 dan seterusnya."
Suruhanjaya ini terdiri daripada para pemimpin berikut:
Sheikha Lubna Al Qasimi, Menteri Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa untuk Emiriah Arab Bersatu akan menyertai mesyuarat sulung Suruhanjaya itu. Jeffrey Sachs, Penasihat Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bakal menyertai mesyuarat ketiga Suruhanjaya itu. Malala Yousafzai akan menyertai panel belia Suruhanjaya itu.
Suruhanjaya itu akan bermesyuarat pada 29 September semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mula membina kes ekonomi bagi mengilhamkan dan menggesa para pemimpin dunia untuk bertindak. Pada September 2016, Suruhanjaya itu akan melapor kepada para Sidang Bersama dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Ban Ki-moon, yang telah bersetuju untuk menerima laporan itu dan bertindak berdasarkan saranannya.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Christy Welder
Full Picture
+1-212-995-2147
cwelder@fullpic.com