omniture

Deloitte umumkan hasil sebanyak AS$35.2 bilion

Deloitte
2015-09-23 20:35 234

Laporan Global Tahunan menunjukkan bagaimana Deloitte mencetuskan impak yang penting

- Hasil global sebanyak AS$35.2 bilion mewakili pertumbuhan sebanyak 7.6 peratus dalam kadar mata wang tempatan

- 62,000 pengambilan baharu untuk rangkaian Deloitte

- Lebih AS$200 juta dilaburkan dalam inisiatif komuniti dan impak kemasyarakatan seluruh dunia

NEW YORK, 23 September 2015 /PRNewswire/ -- Firma-firma ahli Deloitte (Deloitte) hari ini melaporkan hasil terkumpul sebanyak AS$35.2 bilion bagi tahun fiskal berakhir 31 Mei 2015 (TK15), mewakili pertumbuhan sebanyak 7.6 peratus dalam kadar mata wang tempatan.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150921/268604-INFO

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150921/268605

"Prestasi kewangan Deloitte yang kukuh mencerminkan kejayaan model berbilang disiplin kami, yang mendorong penyediaan perkhidmatan audit, khidmat nasihat, perkhidmatan risiko perusahaan, khidmat nasihat kewangan serta perkhidmatan cukai & perundangan yang inovatif dan bertaraf dunia selain mewujudkan persekitaran yang membolehkan para pengamal terkemuka dunia dapat berkhidmat dengan jayanya," kata Punit Renjen, Ketua Pegawai Eksekutif Deloitte Touche Tohmatsu Limited (Deloitte Global). "Pertumbuhan kami adalah hasil usaha langsung para profesional Deloitte, yang berkhidmat kepada organisasi-organisasi terpenting dunia dengan memberikan kualiti dan kecemerlangan, seterusnya mencetuskan impak yang penting."

Pertumbuhan Merentasi Perniagaan Utama, Sektor Industri dan Rantau

Deloitte mengalami pertumbuhan merentasi semua amalan teras, sektor industri, dan rantau geografinya.

Pelaburan signifikan telah dibuat merentasi perkhidmatan audit, khidmat nasihat, perkhidmatan risiko perusahaan, khidmat nasihat kewangan dan khidmat cukai & perundangan bagi membina kepakaran yang menerajui industri dalam bidang-bidang seperti transformasi perniagaan, transformasi digital, siber, analitik, pengkomputeran awan serta pengurusan krisis. Semua perkhidmatan ini mempertingkatkan impak yang dilakukan oleh Deloitte bagi membantu para pelanggan mengatasi kerumitan, ketidakpastian dan kepantasan perubahan dalam bidang perniagaan mereka.

Deloitte telah melabur sebanyak AS$500 juta bagi memajukan kualiti audit, termasuk melabur lebih AS$100 juta dalam inovasi untuk terus menukarkan audit dan memberi nilai pada pasaran modal. Deloitte terus terlibat secara membina dengan para pengawal selia, pegawai-pegawai terpilih, dan pihak-pihak berkepentingan utama bagi mewujudkan dasar untuk terus mengukuhkan kualiti laporan kewangan kepada masyarakat pelabur serta untuk memupuk kepercayaan dalam perniagaan dan juga pasaran modal. Satu tumpuan khusus terus menjadi "pengaudit masa depan", membangunkan kemahiran, kemampuan, dan gaya pemikiran para profesional audit Deloitte sedia ada dan generasi seterusnya.

Bagi tahun kelima berturut-berturut, Deloitte telah diiktiraf sebagai peneraju global dalam perkhidmatan perundingan oleh sejumlah organisasi penganalisis.

Menarik, Mengekalkan dan Membangunkan Bakat Terbaik

Deloitte terus menjadi destinasi kerjaya unggul untuk bakat, dengan tenaga kerja bagi TK15 mereka yang bertambah merentasi semua rantau dan rangkaian perniagaan kepada lebih 225,000 orang. Deloitte menggajikan 62,000 ahli profesional baharu, memperlihatkan kenaikan sebanyak 15 peratus dalam kalangan profesional yang diambil bekerja sepanjang tahun lalu.

Deloitte komited untuk mendorong perubahan positif di dunia. "Lebih banyak organisasi kini menyedari bahawa perniagaan yang dijalankan dengan baik bukan sekadar untuk menjana keuntungan. Organisasi-organisasi yang mempunyai matlamat yang jelas adalah lebih berjaya dalam menyediakan perkhidmatan kepada para pelanggan dan pengguna, mampu menarik dan menginspirasikan bakat, serta menyumbang kepada masyarakat secara keseluruhannya. Setiap hari kami mencabar diri sendiri untuk mengenal pasti isu-isu yang paling penting kepada semua pelanggan, bakat dan masyarakat kami serta untuk terus berusaha mencetuskan impak yang penting," kata Renjen.

Laporan Global Tahunan

Sempena pengumuman hasil, hari ini, Deloitte menyiarkan Laporan Global Tahunan 2015 mereka, yang mengetengahkan bagaimana para profesionalnya mencetuskan impak yang penting kepada para pelanggan, orang ramai dan masyarakat. Contoh-contoh termasuk bagaimana firma-firma ahli menggunakan teknologi pengkomputeran kognitif dan ambien untuk membantu pelanggan-pelanggan menjimatkan masa dan wang, menghala semula sumber serta memperbaiki keadaan; bagaimana Deloitte Japan membantu mewujudkan rangkaian sebanyak 2,000 buah syarikat usaha niaga di seluruh Jepun, menyumbang kepada usaha pemulihan selepas bencana tsunami di kawasan tempatan dan negara; dan bagaimana para profesional Deloitte menyediakan kemahiran khidmat nasihat percuma bagi membantu usaha kemanusiaan serta membantu orang muda mendapat pendidikan dan pekerjaan.

Nota untuk editor:

Untuk melihat siaran media ini secara dalam talian, sila lawati www.deloitte.com/2015globalrevenue.

Laporan Global 2015 telah dilancarkan pada 22 September 2015 dan boleh diakses di sini: www.Deloitte.com/globalreport. Laporan ini mengetengahkan beberapa contoh bagaimana rangkaian Deloitte mewujudkan impak yang penting kepada para pelanggan, warga kerja mereka serta masyarakat.

Latar Belakang Deloitte

Deloitte merujuk kepada salah satu atau lebih Deloitte Touche Tohmatsu Limited, sebuah syarikat swasta UK yang dihadkan oleh jaminan ("DTTL"), rangkaian firma ahlinya, serta entiti yang berkaitan. DTTL dan setiap satu firma ahlinya adalah entiti berasingan secara undang-undang dan bebas. DTTL (turut dirujuk sebagai "Deloitte Global") tidak menyediakan khidmat kepada para pelanggan. Sila lihat www.deloitte.com/about untuk mendapatkan gambaran yang lebih terperinci tentang DTTL dan firma-firma ahlinya.

Deloitte menyediakan perkhidmatan audit, perundingan, khidmat nasihat kewangan, pengurusan risiko, cukai dan khidmat berkaitan kepada orang awam dan pelanggan persendirian merentasi pelbagai industri. Dengan rangkaian firma ahli terhubung di peringkat global di lebih 150 buah negara, Deloitte membawakan kepakaran bertaraf dunia dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada para pelanggan, memberikan maklumat yang diperlukan oleh mereka bagi menangani cabaran perniagaan mereka yang paling rumit. Lebih 225,000 ahli profesional Deloitte komited untuk mencetuskan impak yang penting. Deloitte berkhidmat untuk 4 daripada 5 syarikat Fortune Global 500.

Source: Deloitte
Related Links:
Keywords: Corporate Expansion Corporate Social Responsibility Earnings Labor news