omniture

Projek TIME: Gambar 3000 Meter Persegi Menceritakan Kisah Global oleh Wim Tellier

Wim Tellier
2015-09-24 08:45 330

BORNEM, Belgium, 24 Sept. 2015 /PRNewswire/ -- Artis Wim Tellier menghasilkan karya seni bersaiz besar dengan menyepadukan gambar-gambar persekitaran sebagai satu bentuk seni landskap. Nama beliau telah melonjak di peringkat antarabangsa melalui projek-projek seni berikut: "We Wish" pada tahun 2006, yang melaluinya, beliau telah menghasilkan cetakan gambar anak lelakinya sebesar 600 m2 dan menyepadukannya di pelbagai bandar, dengan Pelabuhan Santa Monica di Los Angeles sebagai lokasi utama yang terkini; "Protect 7-7" pada tahun 2009, pameran seni di Antartika yang terdiri daripada enam cetakan besar bersaiz 800 m2; pada tahun 2013, "We Drift", hasil seni yang terdiri daripada 1000 gambar sebesar 16 m2 yang dapat dilihat oleh orang ramai melalui fenomena alam, iaitu sungai pasang surut. Pada tahun 2014, dengan kerjasama Canon, beliau menyempurnakan dua hasil seni di Tomorrowland. Satu karya seninya melibatkan 46 kamera, bagi menghasilkan salah satu potret berkumpulan paling unik yang pernah dicipta.

Wim Tellier memperluaskan fokusnya melalui projek seni baharu beliau, "TIME".

Di pantai di Knokke-Heist, Belgium, beliau telah menyepadukan imej bulat sebesar 3,000 m2. Ia merupakan gambar dengan pengimejan berganda, dengan subjek utamanya merupakan seekor ketam yang diperbesarkan sekurang-kurangnya 1,000 kali daripada saiz asalnya. Latar belakangnya terdiri daripada gambar mata ikan landskap unik yang diambil oleh Wim Tellier dalam perjalanannya ke seluruh dunia. Imej-imej ini direka untuk memberikan pemerhati dengan pandangan yang luas terhadap dunia.

Aspek grafik dan logistik projek ini merupakan sesuatu yang merintis dan baharu. Fail gambar tersebut bersaiz melebihi 400 gigabait! Dengan resolusi gergasi ini, Canon telah mencetak imej tersebut dalam 56 kepingan yang kemudiannya dicantumkan antara satu sama lain. Gambar tersebut adalah seberat 1,800 kg.

Gambar "TIME" boleh dilihat selama dua minggu di depan kasino di pantai Knokke-Heist, Belgium. Bagi memperlihatkan dimensi cetakan besar itu terdapat lima kiub, setiap satunya berukuran 4 m tinggi. Orang awam boleh berjalan di atas gambar tersebut untuk menikmati gambar-gambar mata ikan. Tanpa menyedarinya, mereka akan menyebabkan kemusnahan terhadap sebahagian daripada karya seni tersebut melalui pasir pada kasut mereka. Sukar untuk menghadirkan cara yang lebih menonjol untuk menggambarkan jejak ekologi manusia. Selepas pameran itu, imej yang rosak tersebut akan dipotong kepada 12 bahagian. Kemudian, Wim sendiri akan menyepadukan bahagian-bahagian tersebut di 12 lokasi utama di seluruh dunia.

Setiap lokasi akan menceritakan kisah uniknya yang tersendiri untuk menunjukkan impak manusia ke atas planet ini.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150921/268795

Source: Wim Tellier
Related Links:
Keywords: Art Entertainment New products/services