omniture

Aplikasi Mudah Alih Keluarga, BondWithMe, Membuat Kemunculan Sulung di Dunia

Aplikasi ini memberi tumpuan kepada tema Diriku, Hidupku, Keluargaku. Aplikasi ini turut menggabungkan dengan bijak tradisi dengan kemodenan, mendigitkan sembang dan diari peribadi dengan imej, suara serta video selain membolehkan salasilah keluarga dan juga detik-detik keluarga yang amat berharga diabadikan secara bergerak.
BondWithMe
2015-09-25 20:19 591

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 September 2015 /PRNewswire/ -- BondWithMe (BWM), sebuah syarikat baharu yang dikhususkan untuk membangunkan aplikasi media sosial untuk keluarga, hari ini telah melancarkan aplikasi utamanya dengan nama yang sama ke seluruh dunia.

Aplikasi BWM itu kini boleh didapati di App Store atau Google Play secara percuma.

Pelbagai ciri yang membolehkan ahli dalam unit keluarga berbual melalui pesanan, audio dan video untuk berseronok serta menghargai detik-detik yang tidak ternilai.

Ciri-ciri Family Tree membenarkan keluarga menghasilkan salasilah keluarga dengan beberapa generasi secara interaktif. 

Ciri-ciri Event membolehkan ahli keluarga mengadakan acara keluarga, menjemput ahli untuk menyertainya, memuat naik kemas kini maklumat acara berterusan, mencipta pemberitahuan dan mengarkibkan bahan yang dihasilkan berkisarkan sesebuah acara.

Ciri-ciri Diary ini membenarkan setiap ahli mendigitalkan detik-detik istimewa secara peribadi, berkongsi dengan ahli keluarga terpilih, dan muat naik arkib, termasuk gambar-gambar. Terdapat juga emotikon comel yang kini boleh dimuat turun secara percuma untuk digunakan oleh setiap ahli bagi menyatakan perasaan mereka.

"Kami tahu orang ramai mempunyai banyak aplikasi pilihan untuk berhubung dan mereka saling bertukar-tukar beberapa aplikasi secara serentak untuk mencipta acara, untuk bersembang, menulis diari dan lain-lain lagi. Dengan aplikasi BondWithMe, kami telah mencipta platform bersepadu bagi mencatat sorotan hidup, menghubungkan ahli keluarga, dan melibatkan kawan rapat atau rakan sekerja ke dalam unit keluarga yang luas. Kami membantu ahli dalam setiap unit keluarga untuk menghabiskan saat "Diriku, Hidupku, Keluargaku" pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja agar sejarah peribadi serta keluarga boleh disusun setiap hari dan dikenang selamanya," kata Joe Ch'ng, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BondWithMe.

"Hari ini hanyalah satu permulaan. Kami akan terus memberi tambahan kepada aplikasi BondWithMe agar ia menjadi platform bersepadu dengan memperkayakannya dengan lebih banyak ciri bagi melibatkan unit keluarga dalam perkara yang paling penting kepada sesebuah keluarga, termasuk pendidikan, kesihatan, kewangan, hiburan, dan e-dagang. Jadi, muat turun aplikasi ini, ikuti kami dan bergembiralah bersama keluarga anda."

Latar Belakang BondWithMe

BondWithMe, diasaskan Joe Ch'ng, merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, pada tahun 2014, diilhamkan daripada satu keperluan manusia yang mudah, iaitu keperluan untuk mengekalkan ikatan kekeluargaan tidak kira di mana kita berada atau apa pekerjaan kita. Ch'ng yang dilahirkan di Malaysia, berasal daripada keluarga dengan sanak saudara di seluruh dunia. Semasa beliau berada di universiti, Ch'ng berasa sangat sukar untuk kekal berhubung dengan ahli keluarga beliau, dan hanya bergantung kepada telefon serta dengan berutus surat. Dengan zaman digital hari ini, peranti mudah alih yang berkuasa, serta pelbagai pilihan platform perangkaian sosial, orang ramai kini lebih terhubung berbanding sebelum ini dan mereka mempunyai keinginan kemanusiaan untuk berkongsi serta mengambil berat. Atas sebab inilah BondWithMe diilhamkan. Aplikasi media sosialnya yang utama dengan nama yang sama telah direka untuk keluarga.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.bondwithme.com

Suka kami di Facebook: www.facebook.com/BondWithMe

Source: BondWithMe
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services