SEOUL, Korea Selatan, 28 Nov., 2012 /PRNewswire/ --
INFRAWARE, pereka baru teknologi bagi perisian dan perkhidmatan Android yang membantu orang ramai bekerja dan bermain dengan lebih baik, hari ini mengumumkan pelancaran platform telefon pintar berasaskan Android yang berharga sangat murah, Polaris Smartphone Suite (PSS).
Direka cipta untuk mempercepatkan penyingkiran halangan kepada kemasukan digital dan membolehkan usaha untuk mempopularkan telefon pintar yang sebenarnya, PSS membolehkan para pengeluar telefon untuk membangunkan telefon pintar Android pada kos kira-kira AS$ 30. Para pengilang dan pembawa tanpa wayar boleh membangunkan platform itu selanjutnya dan mengubahsuaikannya bagi penyesuaian pengguna akhir. Dengan menggunakan alat pemproses jalur MT6257 MediaTek serta menjalin kerjasama dengan pembuat telefon, INFRAWARE merancang untuk melancarkan telefon pintar PSS mereka yang pertama pada Disember ini, iaitu di China dengan diikuti oleh India, Rusia dan pasaran lain di Asia Tenggara dan Amerika Latin.
Pengguna PSS boleh mendapatkan maklumat di internet, menghantar dan menerima e-mel, melihat dan mengedit dokumen, menikmati permainan mudah alih yang beresolusi tinggi, berkongsi pengalaman melalui SNS, dan mengambil gambar dan menonton video. Pengguna juga boleh memuat turun dan menikmati lebih daripada 1000 aplikasi Android di stor App Crossmo (http://crossmo.com) dan jumlah aplikasi akan sentiasa bertambah.
NPD DisplaySearch melaporkan pada 22 Oktober 2012 bahawa segmen telefon pintar berkos rendah, yang ditakrifkan sebagai mempunyai harga jualan kurang daripada AS$150, sedang berkembang dengan pantas. Penghantaran telefon pintar berkos rendah dijangka meningkat dua kali ganda pada setiap tahun dari 2010 sehingga 2016, meningkat dari 4.5 juta kepada 311 juta, yang melambangkan peningkatan sebanyak 2% daripada jumlah keseluruhan pada 2012 kepada 29% pada 2016.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai PSS, sila layari laman sesawang: www.youtube.com/infrawareinc untuk global dan http://u.youku.com/INFRAWARE untuk China.
Maklumat mengenai INFRAWARE
INFRAWARE (KOSDAQ: 041020) adalah sebuah pereka baru teknologi di dalam perisian dan perkhidmatan Android. Syarikat itu menerajui pasaran pelayar web mudah alih semasa era telefon berciri, menyediakan penyelesaian kepada pembuat telefon seperti Samsung dan LG. Pengalaman itu menjadi asas kepada pembangunan PSS, yang membolehkan INFRAWARE untuk sekali lagi membuat kemajuan di dalam pasaran platform mudah alih. PSS(TM) adalah tanda dagangan bagi INFRAWARE dan Android(TM); adalah tanda dagangan untuk Google Inc. Maklumat tambahan mengenai INFRAWARE boleh diperolehi di laman sesawang: www.infraware.co.kr.
Hubungi:
Jeeyoung Jung
Pengurus/ Pasukan Perancangan Produk
INFRAWARE
Telefon: +822-535-0478
E-mel: jyjung@infraware.co.kr
Jihye Seong
Ahli Bersekutu Kanan
Burson-Marsteller
Telefon: +822-3782-6464
E-mel: Jihye.Seong@bm.com
SUMBER: INFRAWARE