omniture

Pameran Produk Hutan Antarabangsa Yiwu China ke-8 Capai Sasaran Pendaftaran

Information Office of Yiwu City
2015-09-29 09:15 188

YIWU, China, 29 September 2015 /PRNewswire/ -- Pameran Produk Hutan Antarabangsa Yiwu China ke-8 akan diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Yiwu mulai 1 hingga 4 November 2015. Sehingga kini, 3,000 reruai yang disediakan semuanya telah didaftarkan dan ini berjaya mencapai 100 peratus sasaran pendaftaran.

Pempamer pada tahun ini lebih bersungguh-sungguh merancang untuk acara ini berbanding yang terdahulu dan ruang pameran telah diluaskan berbanding semua acara sebelumnya. Ruang pameran untuk pempamer Taiwan adalah terhad. Selain pempamer domestik, pempamer dari seluruh dunia telah mendaftar dengan bilangan terbesar adalah dari Korea Selatan, Perancis, Australia, Brazil dan Malaysia.

Acara tahun ini terbahagi kepada 8 kategori - Perabot & Aksesori, Bahan Binaan Balak & Kayu, Hasil Kraf Kayu & Buluh, Keperluan Harian Kayu & Buluh, Makanan Hutan, Produk Teh, Bunga & Perkebunan serta Teknologi Perhutanan & Kelengkapan Perhutanan, dibahagikan kepada ruang untuk mengadakan pameran dan juga dagangan, saranan serta anugerah selain persidangan dan perjumpaan.

Acara ini akan memfokuskan peranannya sebagai platform untuk menjalankan perdagangan produk-produk perhutanan selain pemudah cara bagi kerjasama dan komunikasi antara pemain industri. Penganjur acara turut mengadakan ruang pameran khas untuk Kumpulan Pertama Produk Perhutanan Terkemuka China, menonjolkan tujuan utama acara itu: penggalakan perdagangan, pengkhususan merentasi sektor dan globalisasi.

Bagi mempromosikan acara itu secara berterusan dan membina penghubung maklumat antara pempamer dan pengunjung, pihak penganjur acara itu telah berusaha sedaya upaya untuk menarik pempamer serta pengunjung. Mereka mula mengundang pihak pembeli berdasarkan prapendaftaran dengan menghantar dua kempen menerusi e-mel kepada 200,000 pembeli profesional yang tersenarai dalam pangkalan data mereka dan membuat panggilan secara peribadi kepada 28,000 pembeli terpilih. Mereka juga telah menghubungi dan mengundang unit perniagaan luar negara Kementerian Perdagangan China, pasukan pemerolehan luar negara, persatuan perniagaan dan firma dagangan besar.

Sejak pelancarannya pada tahun 2008, acara tersebut telah menjadi pameran hutan menyeluruh yang terbesar di dunia dan acara antarabangsa terbaik dalam kategorinya di China, memainkan peranan penting dari segi komunikasi antara orang dalaman perhutanan China serta rakan luar mereka.

Maklumat lanjut tentang Pameran Produk Hutan Antarabangsa Yiwu China boleh didapati di www.forestryfair.com

Source: Information Office of Yiwu City
Keywords: Banking/Financial Service Paper/Forest Products/Containers New products/services Trade show news