omniture

BARC India Lantik Nielsen untuk Jalankan Kajian Anggaran Alam Semesta Terbesar India

Broadcast Audience Research Council
2015-09-29 22:35 336

MUMBAI, 29 September 2015 /PRNewswire/ -- Majlis Penyelidikan Penonton Penyiaran India (BARC India), syarikat rating televisyen yang ditubuhkan oleh para penyiar, agensi-agensi pengiklanan dan para pengiklan hari ini melantik Nielsen sebagai agensi untuk menjalankan kajian Anggaran Alam Semesta terbesar di India tentang pemilikan televisyen dan tabiat menonton.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150828/10129285)

Kajian ini akan menyediakan industri pemasaran dengan kefahaman mendalam tentang bilangan dan komposisi isi rumah televisyen di negara itu, dengan bilangan yang dikemas kini mengikut masa sebagai mata wang industri, menangani persoalan seperti bilangan televisyen bagi setiap isi rumah, penonton dan tabiat menonton. Dengan fokus untuk menyediakan panel yang mantap dan luas bagi mengukur rating televisyen di negara itu, kajian tersebut akan turut mengumpulkan data tentang pemilikan televisyen isi rumah di pekan-pekan kecil dan kawasan luar bandar di India. Sebagai kaedah tambahan untuk mengukur penonton televisyen, kajian itu akan turut merakam anjakan paradigma dalam tontonan kandungan antara medium linear seperti set televisyen, dan juga medium digital seperti telefon pintar, tablet, PC dll.

Nielsen dipilih setelah menjalani proses pemilihan yang teliti, dan telah diberikan kontrak berdasarkan kefahaman mendalamnya terhadap persekitaran dan cabaran; serta penggunaan teknologi dan juga proses baharu. Sebagai sebahagian daripada kajian itu, Nielsen akan meliputi saiz sampel sebanyak 3 ratus ribu isi rumah, dan pusingan pertama dapatan akan disiarkan oleh BARC pada awal tahun 2016. Setakat ini, ini adalah kajian terbesar seumpamanya yang pernah dijalankan. Teknologi yang digunakan memastikan masa pulangan yang pantas, dengan itu, data yang diperoleh tidak akan lapuk semasa ia disiarkan.

Kajian tersebut akan dijalankan menggunakan teknologi inovatif dan dengan fokus digital. Alat dan kaedah seperti Temu Bual Peribadi Berbantu Komputer, teknologi GPS, dan pengesahan nombor telefon melalui OTP akan dijalankan untuk memastikan kecekapan yang lebih tinggi dalam proses temu bual, serta ketepatan dan ketelusan yang dipertingkat melalui proses yang menyeluruh.

Partho Dasgupta, Ketua Pegawai Eksekutif, BARC India, berkata, "Kajian rintis ini akan membantu menangani pelbagai persoalan yang dihadapi oleh industri hari ini, dan menjadi penentu sedia untuk pemasar dan pengiklan, selain membantu usaha perluasan panel bagi pengukuran televisyen. Metodologi yang telah dipilih akan mengurangkan masa yang diambil untuk menjalankan kajian itu, dan membolehkan pulangan yang lebih pantas berbanding kaedah tradisional."

"Infrastruktur yang luas, proses berkualiti dan teknologi terkini Nielsen dalam rakaman data serta standard bertaraf dunia, memberikan gabungan sempurna untuk memastikan kajian ini disiapkan dalam masa terpantas," kata Prashant Singh, Pengarah Urusan, Nielsen India.

Wakil Media
Seema Singh
seema.singh@barcindia.co.in
+91-9702333354

SUMBER  Broadcast Audience Research Council

Source: Broadcast Audience Research Council
Keywords: Entertainment Publishing/Information Service Television Contracts