omniture

Berita Terkini! Kate Hudson Membintangi sebagai Watak Utama dalam Kalendar Campari 2016, Kempen Pahit Manis

Gruppo Campari
2015-09-29 23:07 321

MILAN, 29 September 2015 /PRNewswire/ -- Campari®, aperitif pahit manis merah Itali yang ikonik, hari ini mempersembahkan pelakon Hollywood dan usahawan Kate Hudson sebagai bintang Kalendar 2016nya, dengan majlis penuh berlangsung pada 18 November.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/7636451-kate-hudson-campari-bittersweet/  

Tema Kempen Pahit Manis bagi Kalendar Campari 2016 terdiri daripada pelbagai aspek: pertama, ia diilhamkan oleh ikonografi yang mudah dikenali daripada pilihan raya presiden, melalui tema klasik sebagai metafora dua bahagian yang bertentangan. Kalendar ini menumpukan kepada sifat sebarang pemilihan, meminta orang ramai mengambil pendirian, meluahkan pendapat dan mengundi untuk satu pihak. Dengan rasa unik Campari yang bertindak sebagai lambang dualiti, Kalendar ini dengan bijak ingin mengetahui daripada orang ramai tentang aspek aperitif klasik itu yang lebih dekat di hati mereka: Pahit lwn Manis.

Dualiti positif ini dihidupkan dalam imej-imej Kalendar melalui kolaborasi antara Kate Hudson, yang akan melambangkan dan menjiwai dua jiwa Campari: kepahitan yang memukau berlawanan dengan kemanisan yang lebih lembut serta menimbulkan rasa ingin tahu dan juga jurugambar fesyen, Michelangelo Di Battista.

Tentang membintangi Kalendar Campari 2016, Kate Hudson mengulas, "Ini menjadi satu penghormatan buat saya apabila diundang untuk bergambar bagi Kalendar Campari 2016. Tema tahun ini mengaitkan pilihan raya akan datang, yang merupakan metafora sempurna untuk pelbagai pilihan perisa Campari. Saya gembira dapat bekerjasama dengan Michelangelo untuk menghasilkan dua watak yang tersendiri yang melambangkan pahit dan manis."

Michelangelo Di Battista turut mengulas penglibatannya dalam projek tahun ini, "Campari merupakan jenama yang sentiasa mempunyai kesedaran estetika yang jelas dan gaya yang dicirikan dengan baik, yang merupakan sesuatu yang saya banggakan. Kesungguhan Kate dan kemampuannya untuk beralih antara kedua-dua personaliti itu membolehkan saya menghasilkan imej yang saya harap adalah suatu yang segar, memberi inspirasi serta berimaginasi."

Bob Kunze-Concewitz, Ketua Pegawai Eksekutif Gruppo Campari menambah, "Meraikan serta melambangkan kekompleksan perisa Campari dan membina trend pahit manis menjadikan kalendar tahun ini suatu yang unik. Setiap bulan melambangkan profil berbeza yang dijiwai oleh Campari, bersama bakat dan kemampuan mengagumkan Kate Hudson untuk beralih daripada mudah dirapati, mesra dan sensual kepada berani dan juga menggoda. Fotografi indah dan gaya mantap oleh Michelangelo menghidupkan semua unsur berbeza dengan lebih mudah dan anggun. Dengan mengambil kira semua ini, kami amat berharap dapat mempersembahkannya pada lewat tahun ini."

International Press Contacts

http://www.campari.com

#CampariCalendar - #goBitter - #goSweet

Untuk maklumat lanjut kunjungi:
https://www.facebook.com/Campari
https://twitter.com/campari
https://instagram.com/campariofficial
https://www.youtube.com/EnjoyCampari

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150929/271787 )

Video: 
http://www.multivu.com/players/English/7636451-kate-hudson-campari-bittersweet/

SUMBER  Gruppo Campari

Source: Gruppo Campari
Related Links:
Keywords: Advertising Entertainment Food/Beverages