omniture

Pusat Pengajian Perniagaan IMD Bawakan Program Merancang Prestasi Unggul ke Pulau Peranginan

IMD International
2015-09-29 23:16 389

SINGAPURA, 29 September 2015 /PRNewswire/ -- Bagi tahun ketiga secara berturut-turut, IMD, sebuah pusat pengajian perniagaan berkedudukan tinggi dan pakar sedunia dalam pendidikan eksekutif, merancang untuk mengalu-alukan lebih 100 orang eksekutif kanan untuk menyertai program kepimpinannya, Merancang Prestasi Unggul (Orchestrating Winning Performance, OWP) di Singapura.

Program tersebut akan berlangsung pada 16 - 20 November di Capella, sebuah hotel dan resort perniagaan yang terletak di Pulau Sentosa. Pemindahan program tersebut ke Capella dilakukan untuk mempertingkatkan fokus terhadap pembelajaran. "Para eksekutif memerlukan tempat yang membolehkan mereka dapat melupakan isu-isu harian bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada kepimpinan masa depan," kata profesor IMD Mike Wade, pengarah bersama program OWP. "Capella merupakan lokasi percutian yang memberi inspirasi, seperti mana kampus IMD di Lausanne."

Pelajaran yang disampaikan di OWP adalah unik kepada peluang perniagaan dan cabaran yang ditemui di Asia.

Pembentangan ucap utama melibatkan: David Lim, Pemimpin Ekspedisi Everest Singapura Pertama, tentang cabaran perubahan; Sunny George Verghese, Ketua Pegawai Eksekutif OLAM Group dan Pengerusi Human Capital Leadership Institute, tentang mengembangkan perniagaan dengan bertanggungjawab; serta Steven MacGregor, Pengasas The Leadership Academy Barcelona tentang penambahbaikan prestasi fizikal dan mental.

Sepanjang minggu tersebut, Arturo Bris, Pengarah Pusat Daya Saing Dunia IMD akan turut menyiarkan Laporan Bakat Dunia tahunan kali kedua, memberikan senarai kedudukan negara yang melibatkan kemampuan mereka untuk membangunkan, menarik serta mengekalkan bakat.

Direka untuk membangunkan kebolehan kepimpinan, OWP akan menerokai pelbagai topik termasuk penjenamaan, perniagaan digital, pasaran membangun, perniagaan keluarga, kewangan, pentadbiran, dan inovasi.

"Kepimpinan merupakan salah satu daripada sumber yang paling penting dan jarang ditemui yang perlu ditangani oleh syarikat-syarikat dalam tahun-tahun mendatang," kata Margaret Cording, Pengarah Serantau Asia Tenggara dan Oceania IMD. "OWP Singapura, selain program-program pendidikan eksekutif yang dianjurkan di Pusat Pembelajaran Eksekutif Asia Tenggara kami, menyediakan pelbagai peluang untuk para eksekutif membangunkan strategi untuk kejayaan kemajuan jangka panjang."

IMD menyediakan program-program dan perkhidmatan dari lokasi-lokasi penting di seluruh dunia. Sejak tahun 2013, Singapura telah menjadi hab penting dalam menawarkan pendidikan eksekutif IMD.

Ketahui lebih lanjut tentang program eksekutif Mengatur Prestasi Unggul di Singapura.

LATAR BELAKANG IMD 

IMD merupakan sebuah institusi pendidikan perniagaan berkedudukan tinggi. Kami merupakan pakar dalam membangunkan pemimpin global melalui pendidikan eksekutif berimpak tinggi dan menawarkan Indeks Pemimpin Global yang mana para eksekutif dapat menanda aras diri mereka sendiri. Kami memfokuskan pembangunan eksekutif dunia nyata secara 100%; kami menawarkan kecemerlangan Swiss dengan perspektif global; dan kami mempunyai pendekatan yang fleksibel, tersuai, serta berkesan. (http://www.imd.org)

Hubungi:
Matthew Mortellaro
+41-21-618-03-52
Matthew.Mortellaro@imd.org

SUMBER  IMD International

Source: IMD International
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Workforce Management/Human Resources