omniture

AccuTec Blades Lantik Durham-Duplex Sebagai Pengedar UK dan Eropah untuk Produk Personna, GEM Dan American Line

AccuTec Blades, Inc.
2015-09-30 00:54 82

VERONA, Virginia, 29 September 2015 /PRNewswire/ -- AccuTec Blades, Inc. hari ini mengumumkan pelantikan Durham-Duplex sebagai pengedar eksklusif di UK dan Eropah untuk produk-produk berjenama Personna®, GEM® dan American Line®. Bidang-bidang penting yang akan mendapat perkhidmatan daripada Durham ialah pengeluaran peralatan perubatan, pemprosesan makanan, pemprosesan kaca, serat, bilah industri dan perubatan.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150928/271314LOGO
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150928/271315LOGO

AccuTec Blades, Inc. (sebelum ini dikenali sebagai Personna Industrial) adalah salah satu pengeluar terbesar di dunia untuk bilah profesional, perubatan, dan khusus yang berkualiti tinggi, memiliki beberapa kemudahan pengeluaran di Verona, VA dan Obregon, Mexico. AccuTec dikhususkan untuk mengeluarkan bilah dan produk bilah yang dapat memenuhi keperluan pelanggan profesional, perubatan dan perindustrian di mana-mana jua.

Durham-Duplex, berpangkalan di Sheffield, UK diasaskan sebagai Durham Razor Company di New York pada lewat abad ke-19 untuk mengeluarkan sistem pencukur keselamatan Durham-Duplex yang baharu. Durham-Duplex Razor Blade Company Ltd. kemudiannya didaftar di UK pada tahun 1910 dengan European Manufacturing di Sheffield, UK. Pada lewat abad ke-20, syarikat itu memfokuskan pengeluaran pisau jentera dan bilah perindustrian daripada kepingan keluli yang diteruskan sehingga hari ini.

Rick Gagliano, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AccuTec, berkata, "Kami berbesar hati memiliki rakan pengedaran dengan kekuatan setaraf Durham-Duplex. Pemahaman mereka terhadap pasaran Eropah dan penawaran produk yang berkaitan akan memberikan kami peluang untuk berkembang bersama rakan kuat kami untuk tahun-tahun mendatang."

Charles Turner, Presiden Durham-Duplex berkata, "Durham-Duplex memiliki sejarah yang panjang dalam menjual produk bilah berjenama Personna daripada Accutec sebagai sebahagian daripada jualan kami di UK dan kami gembira untuk meluaskan peranan kami di Eropah. Kualiti produk AccuTec terutamanya bilah pengupas kulit GEM®, DermaBlade® dan Personna® telah tersohor dalam sektor industri sasaran kami dan kami berharap untuk meluaskan pasaran ini bersama AccuTec Blades, Inc."

Latar Belakang AccuTec Blades
AccuTec Blades, Inc. mengeluarkan pelbagai jenis bilah pisau Khusus, Perubatan dan Profesional untuk digunakan dalam pelbagai lapangan seperti Histologi, Pemprosesan Makanan, Penghasilan Kaca Gentian, Pengeluaran Kateter, Dermatologi, Perubatan, Pemprosesan Kaca, Pemasangan Lantai dan bilah serta alat DIY boleh didapati di kebanyakan saluran runcit. Lokasi-lokasi pengeluaran mereka termasuk Verona, VA dan Obregon, Mexico. Lawati AccuTec Blades, Inc. melalui http://www.atblades.com

Hubungi: Randy Brogan
Tel: 540-245-2256
E-mel: rbrogan@edgewell.com
Laman sesawang: www.atblades.com

Source: AccuTec Blades, Inc.
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Contracts