omniture

IKEA Switzerland Sebagai Syarikat Pertama Dunia Mencapai Tahap Tertinggi Pensijilan Kesamaan Jantina Daripada EDGE

IKEA AG
2015-09-30 01:21 333

SPREITENBACH dan GENEVA, Switzerland, 30 September 2015 /PRNewswire/ -- EDGE adalah piawaian utama antarabangsa untuk kesamaan jantina dan telah menilai dasar, amalan dan data IKEA Switzerland dalam lima aspek berlainan: penggajian setara untuk kerja yang setara, pengambilan dan kenaikan pangkat, latihan pembangunan kepimpinan dan pementoran, pekerjaan yang fleksibel dan budaya syarikat. Hasilnya, IKEA Switzerland adalah syarikat pertama dunia yang mencapai tahap LEAD, tahap tertinggi dalam pensijilan EDGE.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150928/271577)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150928/271576)

Visi IKEA adalah untuk mempertingkat kehidupan seharian buat semua, termasuklah kakitangan IKEA di seluruh dunia. Bertahun-tahun lamanya IKEA Switzerland telah komited untuk mewujudkan kesamaan jantina dalam kalangan 3000 orang kakitangan mereka. "Dengan pensijilan EDGE kami berpeluang untuk menentusahkan sama ada cita-cita kami untuk memberikan layanan yang sama kepada lelaki dan wanita di IKEA akan menjadi satu kenyataan,"| kata Simona Scarpaleggia, Ketua Pegawai Eksekutif IKEA Switzerland. "Dengan mencapai tahap tertinggi pensijilan, kami akan mengukuhkan struktur dan budaya syarikat IKEA untuk mengelakkan jurang pendapatan, ketidakadilan kepada wanita dalam jawatan pengurusan dan laluan kerjaya berlainan untuk wanita," tambah Scarpaleggia. Lebih 100 buah syarikat dari 31 buah negara berbeza telah mendapat pengesahan atau dalam proses mendapatkan pengesahan daripada EDGE untuk tahap pertama dan kedua setakat ini.

1004 kakitangan ditemu duga

Penilaian EDGE memasukkan statistik syarikat, temu duga bersama 1000 orang kakitangan, dan temu ramah mendalam bersama ahli-ahli profesional Sumber Manusia IKEA Switzerland. Penilaian gaji menunjukkan bahawa IKEA mempunyai jurang perbezaan pendapatan yang tidak ketara secara statistik.

"IKEA Switzerland adalah satu kisah kejayaan untuk perniagaan lestari dengan kesamaan jantina," kata Aniela Unguresan, pengasas bersama EDGE Certified Foundation.

- Rujukan silang: Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com) dan http://www.presseportal.ch/de/nr/100003642 -

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

IKEA Switzerland
Alexander Gligorijevic, Pengurus PR, IKEA Switzerland
Tel. +41(0)58-853-36-55, alexander.gligorijevic@ikea.com
atau pr.ch@ikea.com

EDGE Strategy
Josephine Dunn
josephine.dunn@edge-strategy.com

SUMBER  IKEA AG

Source: IKEA AG
Keywords: Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Retail Workforce Management/Human Resources Awards