omniture

Occlutech Peroleh Kelulusan CE Eropah untuk Peralatan mVSD Baharunya

Occlutech International AB
2015-09-30 01:31 192

SCHAFFHAUSEN, Switzerland, 30 September 2015 /PRNewswire/ -- Occlutech, penginovasi implan terkemuka untuk merawat penyakit jantung struktur hari ini mengumumkan syarikat ini telah memperoleh kelulusan Tanda CE Eropah untuk Peranti Penutupan Kerosakan Septum Ventrikel (Ventricle Septal Defect Closure Device, VSD). Peranti ini merupakan implan yang direka khas untuk meminumumkan penutupan invasif otot Kerosakan Septum Ventrikal, VSD.

Tor Peters, Ketua Pegawai Eksekutif Occlutech Group, mengulas: "Kami sangat berbesar hati kerana dapat membekalkan pesakit dan pakar kardiologi dengan produk yang inovatif ini dan mengharapkan alat penutupan khas (occluder) VSD ini dapat menambah serta mempertingkat pilihan terapi dengan signifikan untuk para pesakit ini."

Alat penutupan khas VSD berotot daripada Occlutech terdiri daripada jaringan wayar nitinol fleksibel dengan ciri-ciri "bentuk-memori". Teknologi propietari Occlutech membolehkan penghasilan produk dengan ciri-ciri yang unik dari segi kefleksibelan dan kebolehsesuaian. Implan ini akan disediakan dengan konfigurasi berbeza, pelbagai saiz dan dapat membantu pelbagai jenis kerosakan. Implan mVSD Occlutech membolehkan penutupan yang pantas, atraumatik, dan invasif secara minimum dilakukan untuk kerosakan ini. Penutupan VSD menggunakan peranti boleh diimplan merupakan alternatif kepada pembedahan jantung terbuka.

Latar Belakang Occlutech

Occlutech adalah peneraju global dalam penghasilan produk inovatif untuk merawat penyakit jantung struktur. Syarikat ini menjual dan memasarkan alat penutupan khas (occluder) ASD, PFO, PLD, dan PDA, selain pelbagai peralatan dan aksesori oklusi khas di lebih 80 buah negara di seluruh dunia. Occlutech memiliki beberapa produk inovatif yang sedang dibangunkan dan mengendalikan kemudahan di Jerman, Turki serta Sweden. Untuk maklumat tambahan, sila lawati laman sesawang Occlutech di http://www.occlutech.com.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi:

Tor Peters
tor.peters@occlutech.com
Katrin Biedermann
katrin.biedermann@occlutech.com
+46704336521

SUMBER  Occlutech International AB

Source: Occlutech International AB
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements New products/services