omniture

WTown Mengumumkan Pengalaman Krismas Istimewa di Kaki Tembok Besar

Wuzhen Tourism Co., Ltd.
2015-09-30 13:19 407

WUZHEN, China, 28 September 2015 /PRNewswire/ -- Resort Beijing WTown telah memperkenalkan pakej jelajah musim sejuk istimewanya yang akan ditawarkan mulai awal hari Krismas sehingga Tahun Baharu Cina. Tawaran musim sejuk istimewa ini termasuk acara dengan kelainan serta pelbagai perkhidmatan bertambah nilai bagi menyediakan pengalaman pelancongan yang menjimatkan kos namun masih tidak tandingan untuk semua pelawat bagi menjadi sebahagian daripada budaya pekan air sebenar di utara China.

"Sambutan malam sebelum Krismas di bawah kilauan bintang "Tembok Besar" dan "Tahun Baharu Cina di Gubei" merupakan sorotan musim pelancongan musim sejuk akan datang. Pesta Krismas tradisional serta pertunjukan ais akan membenarkan para pelawat menikmati Krismas yang unik di China di kaki Tembok Besar yang bersejarah.

Para pelawat juga boleh membuat tempahan untuk jelajah kembara berjalan kaki di Tembok Besar untuk melihat pemandangan pekan air Krismas dan untuk memperkayakan lagi pengalaman pelancongan mereka. Kembara itu disediakan bagi mereka yang ingin mencabar kemampuan diri mereka dan melihat pemandangan mengagumkan di seluruh Tembok Besar di Simatai.

Tahun Baharu Cina di Gubei pula bakal menyajikan pesta kuil dan festival tanglung, antara acara lain bagi memperlihatkan tradisi serta adat Tahun Baharu Cina.

Fan Yun, pengurus besar jualan dan pemasaran Beijing WTown, menjelaskan yang dua acara bertemakan musim sejuk itu menyasarkan untuk memberi para pelancong peluang untuk merasai pengalaman musim sejuk di China melalui pengalaman yang disuai khusus.

"Kami telah menyediakan banyak program dan aktiviti istimewa, yang bukan sahaja akan menjadikan pengalaman ini lebih mudah dialami oleh pelawat global, tetapi akan turut membenarkan mereka menghayati budaya unik ini selepas mengalami penemuan yang menyeluruh," kata Fan. "Keutamaan kami adalah untuk menyediakan pengalaman pelancongan yang terbaik kepada para pelawat seluruh dunia."

Selain daripada semua aktiviti ini, terdapat juga acara-acara istimewa seperti maraton gunung dan panggung di kaki Tembok Besar untuk dinikmati oleh para peneroka. Bagi mendapatkan maklumat tentang pakej dan acara, sila layari laman sesawang rasmi melalui http://www.wtown.com/.

Latar Belakang Beijing Wtown

Resort Pelancongan Santai Antarabangsa Beijing WTown terletak di Pekan Gubeikou, Daerah Miyun, pinggir bandar Beijing yang terletak bersebelahan Tembok Besar di Simatai. Resort itu mempunyai keluasan sembilan kilometer persegi dengan laman pergunungan seluas 43,000 meter persegi dalam gaya dinasti Ming dan Qing. Perkhidmatan dan kemudahan bantuan yang menyeluruh disediakan termasuk hotel lima bintang, hotel butik, asrama, restoran dan kedai dengan persembahan kebudayaan serta zon pengalaman yang menyasarkan untuk menawarkan pengalaman pelancongan yang unik kepada para pengunjung.

Source: Wuzhen Tourism Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel