BEIJING, 28 Nov., 2012 /PRNewswire/ --
Pelayaran sulung pada Januari 26, 2013
Pada November 28, HNA Tourism Cruise and Yacht Management Co., Ltd, syarikat pengurusan kapal pelayaran persiaran dan kapal layar di tanah besar China, mengadakan persidangan pengenalan dan promosi di HNA Marriot Hotel di Beijing. Dengan memperkenalkan kapal pelayaran persiaran terbesar tanah besar China, "Henna", HNA Tourism, satu jenama tempatan Cina, yang dijangka menerajui industri pelayaran persiaran domestik.
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2012/11/26/20121126180754937515.jpg )
"Henna" adalah sepanjang 223m, lebar 31m dan mempunyai 739 bilik yang dapat menampung 1,965 penumpang, selain pelbagai kemudahan untuk menginap dan berhibur. Pada Januari 26, 2013, "Henna" akan melakukan pelayaran sulung di laluan Sanya-Ha Long Bay-Da Nang. Juga, "Island Construction I", yang merupakan kapal layar paling besar di China sepanjang 161 kaki, dimiliki Sanya Artemis Yacht Entertainment Co., Ltd, sebuah lagi anak syarikat HNA Tourism.
En. Zhang Hao, Presiden HNA Tourism Cruise and Yacht Management, berkata, "Industri pelayaran persiaran mempunyai potensi besar sementara pasarannya juga dianggap besar. Ia baru bermula tetapi berkembang pada kadar yang pesat di tanah besar China, termasuk kemudahan sampingan dan pembinaan pelabuhan."
Sejak 1980, kadar pertumbuhan tahunan industri pelayaran persiaran telah mencapai 8.2%, lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan industri pelancongan antarabangsa sebanyak 4%. Pada 2011, Tanah Besar China menerima ketibaan 262 buah kapal pelayaran persiaran, satu peningkatan sebanyak 17.5% tahun atas tahun, dan ketibaan pelancong pelayaran persiaran seramai 504,582. Pasaran pelayaran persiaran global mengalihkan tumpuan ke Timur, dengan China dan wilayah-wilayah sekeliling dijangka menikmati pertumbuhan paling pesat.
Mengenai HNA Tourism Cruise and Yacht Management Co., Ltd.
Sebagai syarikat pelayaran persiaran dan perahu layar Cina pertama bersama kapal persiaran mewah milik persendirian, penubuhan HNA Tourism Cruise and Yacht Management dan pengenalan kapal "Henna" akan membantu meningkatkan daya saing tempatan di pasaran Cina. Persaingan antara syarikat-syarikat dalam dan luar negara akan berperanan sebagai pemangkin bagi pembangunan seterusnya bagi industri pelayaran persiaran Cina.
Perancangan laluan pelayaran persiaran lazimnya berdasarkan kepada keperluan jangka pendek dan jelajah jarak singkat, bersama Sanya dan Tianjin berperanan sebagai pelabuhan untuk bermula dan Vietnam dan Korea Selatan sebagai destinasi akhir. Sehingga ini, syarikat telah mengekalkan operasi tempatan bersama tumpuan yang lebih pada pelanggan-pelanggan Cina. Bagi maklumat lanjut akan aturcara pelayaran siaran dan syarikat, sila panggil (86) 9507 1888 atau lawat laman web rasmi kami, www.hnacruises.com.
SUMBER: HNA Group