omniture

Risen Energy Capai Positive Quality(TM) Majlis Solar Australia

Risen Energy Co., Ltd
2015-10-01 10:00 376

NINGBO, China, 1 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Majlis Solar Australia (ASC) mengumumkan pengeluar produk PV Tahap1 utama iaitu Risen Energy telah berjaya memenuhi keperluan program usaha wajar Positive Quality™ ASC.

Positive Quality™ merupakan program usaha wajar komprehensif yang dijalankan ke atas panel PV di tempat pengeluaran sebelum dihantar ke pasaran Australia. Bagi para pengguna Australia ia bersamaan dengan 'Heart Tick' bagi industri solar, satu cara yang mudah tetapi menyeluruh untuk memastikan dakwaan kualiti pengeluar telah disemak dan disahkan secara bebas.

Risen Energy telah berjaya lulus ujian pengeluaran teliti yang dijalankan oleh ASC & TUV NORD untuk panel solar lengkap yang akan dihantar ke pasaran Australia, menunjukkan sistem jaminan kualiti yang berkesan sepanjang proses mereka.

"Risen Energy berbesar hati untuk menjadi ahli Program Quality™, yang memberikan pelanggan pengetahuan dan jaminan tambahan bahawa Risen Energy telah menjalani audit bebas yang teliti untuk memastikan modul serta proses pengeluaran kami memenuhi keperluan ketat yang diperlukan untuk mencapai akreditasi," kata En. Chaudary, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran & Ketua Pegawai Teknologi Risen Energy.

Latar Belakang Risen Energy

Risen Energy merupakan pengeluar utama prinsipal bagi produk-produk PV berprestasi tinggi dan penyedia penyelesaian perniagaan yang lengkap untuk penjanaan kuasa kediaman, komersial serta skala utiliti. Ia diasaskan pada tahun 2002, disenarai awam pada tahun 2010 dan berada di pasaran tempatan Australia yang mendorong penjanaan nilai untuk para pelanggan global terpilihnya. Inovasi teknologi komersialnya, didokong oleh kualiti dan sokongan sepenuhnya, merangkumi penyelesaian perniagaan PV lengkap daripada Risen Energy yang merupakan antara yang paling berkuasa dan menjimatkan kos dalam industri ini. Dengan kehadiran pasaran tempatan dan status yang mampu menjana keuntungan kewangan yang kukuh, kami komited, dan mampu mewujudkan kolaborasi yang strategik serta bermanfaat bersama rakan-rakan kerjasama kami, dan kami bersama-sama akan memanfaatkan peningkatan nilai tenaga hijau. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.risenenergy.com.

Latar Belakang ASC

ASC menggalakkan pembangunan saintifik, sosial dan ekonomi melalui penggunaan tenaga solar yang mesra alam. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.positivequality.com.au

Latar Belakang TUV NORD

Sebagai syarikat utama dunia bagi pensijilan, pengujian, penerimaan serta pemeriksaan, khidmat TUV NORD terdiri daripada pengujian serta pensijilan bagi modul PV dan lain-lain. Selain itu, ia telah memperoleh pengalaman yang luas dalam penilaian kualiti loji kuasa PV. TUV NORD GROUP terdiri daripada divisyen-divisyen berikut: Mobiliti, Perkhidmatan Perindustrian, Antarabangsa, Sumber Semula Jadi serta Latihan dan Sumber Manusia. TUV NORD mempunyai lebih 10,000 orang kakitangan di lebih 70 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.tuv-nord.com.

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Utilities