Pusingan pembiayaan tunggal terbesar dalam ruang teknologi kewangan setakat ini akan mendorong perluasan SoFi sebagai rakan khidmat kewangan utama untuk para profesional pencapaian tinggi
SAN FRANCISCO dan TOKYO, 1 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- SoFi, salah satu pemberi pinjaman pasaran yang terkemuka di negara ini, dan SoftBank Group ("SoftBank"), hari ini mengumumkan $1 bilion dalam pembiayaan Siri E yang diketuai SoftBank – menandakan pusingan pembiayaan tunggal terbesar dalam ruang teknologi kewangan setakat ini. Para pelabur sedia ada yang mengambil bahagian dalam pusingan itu terdiri daripada Third Point Ventures dan ahli gabungan Third Point LLC, Wellington Management Company LLP, Institutional Venture Partners (IVP), RenRen, Baseline Ventures, DCM Ventures dan lain-lain. Pembiayaan itu akan mempercepatkan perkembangan SoFi sebagai rakan kerjasama kewangan utama bagi para pengguna dengan pencapaian tinggi yang sudah jemu dengan perbankan tradisional.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150930/272348
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150910/265431LOGO
PDF - http://origin-qps.onstreammedia.com/origin/multivu_archive/ENR/272423-Sofi-final-visual-fact-sheet.pdf
Pembiayaan Siri E ini membawakan pelaburan ekuiti keseluruhan dalam SoFi berjumlah $1.42 bilion. Firma ini telah mencatat keuntungan sejak tahun 2014. Peningkatan modal ini, hasil daripada pusingan Siri D pada Februari, 2015, merupakan satu bukti kepada perkembangannya yang pantas dan kepimpinan kategori oleh syarikat itu.
"SoFi terus menetapkan semula jangkaan pengguna dalam perkhidmatan kewangan," kata Mike Cagney, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama SoFi. "Pembiayaan ini akan mempercepatkan proses perluasan produk dan pengalaman inovatif kami dengan mendadak, dan seterusnya, memberi manfaat yang bermakna kepada para individu yang bertanggungjawab dari segi kewangan. Trajektori kami adalah jelas: kami sedang berusaha untuk menjadi rakan khidmat kewangan paling dipercayai di A.S.," tambah beliau.
SoFi mula mencabar kebiasaan pada tahun 2011, sebagai syarikat pertama membolehkan para siswazah menggabungkan dan membiayai semula pinjaman pelajaran persekutuan serta swasta mereka. Sejak itu, syarikat ini telah meluaskan penawarannya untuk merangkumi gadai janji, pembiayaan semula gadai janji, dan pinjaman peribadi, di samping memperoleh kesetiaan pelanggan yang terkemuka industri. Firma tersebut telah membiayai lebih $4 bilion pinjaman sehingga kini dan dijangka melebihi jumlah $6 bilion bagi pinjaman yang dibiayai menjelang akhir tahun 2015.
"SoftBank ingin melabur dalam industri-industri besar atau lokasi-lokasi yang bersedia untuk menerima perubahan," kata Nikesh Arora, Presiden & Ketua Pegawai Operasi SoftBank Group Corp. "Pelaburan ini memberikan SoftBank pendedahan kepada sektor perkhidmatan kewangan, yang merupakan salah satu daripada industri terbesar dan terpenting di dunia. Jelas sekali SoFi merupakan pengubah permainan dalam ruang teknologi kewangan," tambah beliau. Pembiayaan Siri E ini akan mendorong kemajuan SoFi dalam inovasi produk, penyampaian, nilai komuniti dan pasukan.
Pertumbuhan Inovasi Produk dan Penyampaian
Dengan pembiayaan baharu itu, SoFi akan memperkukuhkan pendekatannya yang bukan tradisional dengan ketara, perkhidmatan pelanggan terbaik dalam kategorinya serta inovasi produk. Pada bulan-bulan mendatang firma itu akan:
Nilai Komuniti
SoFi beriltizam untuk menyediakan nilai yang boleh dirasai dalam komunitinya yang tidak dapat ditemui di tempat lain. Hasil daripada pembiayaan ini, syarikat itu akan:
Pasukan
Beribu pejabat di San Francisco, syarikat itu kini mempunyai lebih 400 orang kakitangan sepenuh masa dan menjangka akan menambah sekurang-kurangnya 100 orang lagi menjelang akhir tahun ini. Bagi memuatkan pasukan jualan, perkhidmatan dan penajajaminannya yang semakin besar, SoFi akan:
Latar Belakang SoFi
SoFi merupakan peneraju pinjaman pasaran dan penyedia terbesar bagi pembiayaan semula pinjaman pelajaran, dengan lebih $4 bilion dolar pinjaman dikeluarkan. Kami mengubah perkhidmatan kewangan untuk para profesional yang mempunyai pencapaian tinggi dengan pembiayaan semula pinjaman pelajaran, gadai janji, pembiayaan semula gadai janji serta pinjaman peribadi. Tidak seperti pemberi pinjaman tradisional, pendekatan penajajaminan proprietari kami mengambil kira merit dan sejarah pekerjaan untuk menawarkan produk kredit unik yang tidak akan ditemui oleh ahli kami di tempat lain. Kami menawarkan para pelabur individu dan institusi kami dengan kebolehan untuk mewujudkan impak sosial positif dalam komuniti yang mereka ambil berat sambil memperoleh kadar pulangan yang menarik. Untuk maklumat lanjut, kunjungi sofi.com.
Latar Belakang SoftBank Group
SoftBank Group merupakan pemain teknologi global yang berhasrat untuk mendorong Revolusi Maklumat dengan menyokong para usahawan yang berinovasi. SoftBank Group terdiri daripada syarikat pemegangan SoftBank Group Corp. (TOKYO: 9984) dan portfolio syarikat-syarikat global, yang melibatkan perkhidmatan telekomunikasi, media dan Internet canggih serta penyedia teknologi tenaga bersih. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi SoftBank.com.
Untuk pertanyaan media:
SoFi |
SoftBank |
Perhubungan Awam Antarabangsa SoftBank |
Debra Jack |
Komunikasi Korporat SoftBank Group di Jepun |
|
415.706.5012 |
+81.3.6889.2300 |
|