omniture

Kegembiraan Mencapai Puncak Baharu di The Explorers Club

Johnnie Walker
2015-10-02 04:09 281

NEW YORK, 2 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Jenama wiski scotch Johnnie Walker® malam semalam meraikan pelancaran kempen baharu mereka, Joy Will Take You Further, dengan satu acara eksklusif di ibu pejabat The Explorers Club di Bandar Raya New York, sebuah pertubuhan bukan untung yang terkenal di seluruh dunia.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150930/272395 )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150930/272396 )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150930/272397 )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150930/272402 )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150930/272403 )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150930/272404 )

Kempen itu memperjuangkan kuasa kegembiraan dalam mendorong kemajuan dan acara itu juga menampilkan satu panel unik yang membincangkan tentang potensi kegembiraan.

Antara yang berucap semasa pertemuan itu ialah: Michael Strahan, pemain bola sepak profesional Amerika dan ahli Dewan Kemasyhuran serta pengacara bersama Live! with Kelly and Michael; Doug Ellin, penulis lakon layar dan pencipta siri televisyen HBO serta filem cereka Entourage; Eva Håkansson, pencipta dan pemegang rekod dunia masa terpantas motosikal berkuasa elektrik; dan Dr. Matt Killingsworth, pakar psikologi dan pakar kegembiraan terkemuka.

Brian Cox, Pengarah, wiski Scotch Amerika Utara di Diageo, bercakap tentang acara itu: "Kami berasa bertuah kerana dapat mengadakan acara ini di tempat yang penuh berinspirasi, di dewan The Explorers Club, kumpulan yang percaya Joy Will Take You Further. Kajian tentang kegembiraan dan kemajuan - sesuatu yang kami gelarkan Joynomics - menunjukkan kepada kita yang kegembiraan lebih memungkinkan kejayaan.

"Ahli-ahli The Explorers Club telah meneroka segala ceruk darat, udara, laut dan angkasa serta pernah berdiri di puncak Everest dan juga permukaan bulan, merekalah yang menjadi bukti sejauh mana kegembiraan yang dicari dalam kehidupan dan usaha kita pada setiap hari boleh membantu kita mencapai lebih banyak daripada apa yang kita jangkakan."

Michael Strahan memperjuangkan impak yang dibawa oleh kegembiraan ke atas kemajuan beliau: "Jika anda bermula daripada kegembiraan, tidak akan ada batasan bagi apa yang anda boleh capai. Titik perubahan dalam kerjaya saya adalah mengamalkan tanggapan yang lebih positif dan berhubung semula dengan kenikmatan semasa benar-benar 'bermain' permainan itu. Keputusan yang dibuat itu memberi saya dorongan dan tenaga baharu."

Acara Joy Will Take You Further menyaksikan pembentangan sulung eksperimen baharu yang dibangunkan dengan kerjasama Dr. Matt Killingsworth, pakar psikologi berpusat di AS dan saintis yang mengkaji kegembiraan manusia. Eksperimen itu - dinamakan Bolehkah Kegembiraan Meningkatkan Prestasi? - menunjukkan bagaimana pemain golf boleh memperbaiki ketepatan pukulan mereka apabila diberi galakan secara positif, dan bukan negatif, oleh jurulatih mereka.

Keputusannya sangat menakjubkan, dengan 100% daripada peserta menunjukkan peningkatan ketepatan apabila diberi galakan secara positif. Secara purata, ketepatan peserta meningkat sebanyak 45%.

Mengulas tentang eksperimen itu, Dr. Killingsworth berkata: "Apa yang didapati daripada eksperimen ini - walaupun saiz sampel adalah terhad - adalah perspektif gembira yang terhasil untuk tugasan yang perlu dilakukan sebenarnya boleh meningkatkan prestasi kita."

Bolehkah Kegembiraan Meningkatkan Prestasi? merupakan yang pertama dalam siri eksperimen yang akan dikeluarkan oleh jenama ini dalam minggu-minggu akan datang.

Tambah Cox lagi: "Johnnie Walker sudah menjadi jenama progresif dan inovatif sejak diasaskan John Walker pada tahun 1820. Kembara kami dari Scotland ke empat sudut dunia menunjukkan kepada kami yang penemuan kegembiraan dalam perjalanan boleh membantu kita mencapai matlamat kita. Eksperimen ini hanyalah satu contoh daripada bukti yang semakin bertambah yang menyokong kepercayaan kami bahawa Joy Will Take You Further."

Eksperimen Bolehkah Kegembiraan Meningkatkan Prestasi? boleh dilihat di http://www.youtube.com/johnniewalker

Filem baharu Joy Will Take You Further daripada Johnnie Walker boleh ditonton di sini http://www.youtube.com/watch?v=K9R9YtaoYAE

#joynomics

#JoyWillTakeYouFurther

Nota untuk Editor: 

Latar Belakang Diageo 

Diageo merupakan peneraju global bagi minuman beralkohol dengan koleksi mengagumkan bagi jenama-jenama dalam kategori spirit, bir dan wain. Jenama-jenama ini termasuk wiski Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, Buchanan's dan Windsor, vodka Smirnoff, Cîroc dan Ketel One, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray serta Guinness.

Diageo merupakan sebuah syarikat global, dan produk-produk kami dijual di lebih 180 buah negara di seluruh dunia. Syarikat ini tersenarai di Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO). Untuk maklumat lanjut tentang Diageo, warga kerja kami, jenama kami dan prestasi kami, kunjungi kami di http://www.diageo.com. Kunjungi sumber minum dengan berhemah global Diageo, http://www.DRINKiQ.com, untuk mendapatkan maklumat, inisiatif dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.

Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana jua.

Nikmati Johnnie Walker dengan berhemah.

Perkataan JOHNNIE WALKER, KEEP WALKING, BLENDERS' ROOMS, JOYNOMICS dan JOY WILL TAKE YOU FURTHER, lambang Figura Melangkah dan logo berkaitan merupakan tanda niaga © John Walker & Sons 2015.

Latar Belakang The Explorers Club 

The Explorers Club ditubuhkan di Bandar Raya New York pada tahun 1904 oleh sebuah kumpulan pengembara terkemuka dunia pada masa itu. Ia merupakan sebuah pertubuhan 501(c)(3) bukan untung berbilang disiplin yang dikhususkan untuk penerokaan saintifik darat, laut, udara dan angkasa dengan menyokong penyelidikan serta pendidikan dalam bidang sains fizikal, sains semula jadi dan juga sains biologi. Ahli Kelab itu bertanggungjawab untuk pelbagai pencapaian pertama yang mengagumkan dan terkenal: Orang pertama ke Kutub Utara, orang pertama ke Kutub Selatan, orang pertama ke puncak Gunung Everest, orang pertama ke dasar lautan terdalam dunia, dan orang pertama yang menjejakkan kaki di bulan. Dengan 3,000 orang ahli seluruh dunia, organisasi itu beribu pejabat di 46 East 70th Street, New York, N.Y. 10021. Untuk maklumat lanjut tentang The Explorers Club, sejarahnya dan misinya, ketahui lebih lanjut di: http://www.explorers.org

Di bawah satu persetujuan pelesenan antara Diageo dengan The Explorers Club, setiap pembelian daripada Johnnie Walker® Explorers' Club Collection - rangkaian adunan wiski yang dijual secara eksklusif di kedai-kedai bebas cukai sedunia - akan membantu menyokong usaha The Explorers Club.

THE EXPLORERS CLUB, THE EXPLORERS CLUB FLAG dan logo berkaitan adalah tanda niaga The Explorers Club, pertubuhan bukan untung global yang beribu pejabat di Bandar Raya New York.

Sumber: Johnnie Walker

Source: Johnnie Walker
Keywords: Advertising Beer, Wine & Spirits Beverages New products/services