omniture

Artis Rakaman SIR IVAN Memulakan Kempen Kesedaran Transjantina dengan Tayangan Istimewa Dokumentari Baharu bertajuk "SIR IVAN: I Am Peaceman"

Peaceman Productions
2015-10-05 09:08 169

NEW YORK, 5 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Artis rakaman pop rancak SIR IVAN atau dikenali juga sebagai "Peaceman" hari ini mengumumkan yang beliau akan memulakan kempen bagi meningkatkan kesedaran isu transjantina. Ini turut merupakan kawasan tumpuan baharu untuk Yayasan Peaceman, organisasi amal SIR IVAN yang sudah lama menjadi penyokong isu LGBT, memerangi jenayah benci, pembulian, dan Gangguan Tekanan Pascatrauma (P.T.S.D.).

Video - https://www.youtube.com/watch?v=og3WZmShvJE
Video - http://youtu.be/SFKNorGpZt4
Video - http://youtu.be/jz-7LfMHyZM
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150930/272686LOGO
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150303/179367

Kempen itu akan bermula pada 14 Oktober 2015, semasa SIR IVAN menganjurkan tayangan dokumentari baharu yang bertajuk "SIR IVAN: I Am Peaceman", mengisahkan kerjaya muzik dan amal SIR IVAN. Filem itu diarahkan oleh pengarah yang empat kali memenangi Anugerah Emmy, Jim Brown, yang pernah membikin dokumentari tentang Billy Joel, Pete Seeger, dan Peter, Paul and Mary. Dilancarkan oleh POP TWIST melalui MVD Visual Entertainment Inc., syarikat jualan budaya popular terkemuka, dengan program acara yang pernah menampilkan Michael Jackson, The Beatles, Bono, Amy Winehouse dan ramai lagi, dokumentari ini boleh didapati di Amazon, Vimeo On Demand dan Google Play. Tayangan itu akan diadakan di Angelika Theater di 18 W. Houston Street di Manhattan para hari Rabu, 14 Oktober mulai jam 7-8 malam. Selepas tayangan, SIR IVAN akan menganjurkan parti di "Peaceman's Penthouse Pad" di SoHo mulai pukul 8-11 malam.

Di sana, SIR IVAN akan menyampaikan cek bernilai $10,000 kepada Abbe Land, Pengarah Eksekutif The Trevor Project, yang memfokuskan pencegahan bunuh diri dalam komuniti LGBT, dan mempunyai program istimewa untuk komuniti transjantina. Beliau dan Yayasan Peaceman telah menderma $100,000 kepada The Trevor Project pada tahun 2012, dan awal tahun ini mereka melakukan sumbangan tambahan sebanyak $100,000 lagi kepada sepuluh organisasi antibuli berbeza, membawa kepada jumlah derma bernilai lebih $200,000.

Tambahan lagi, pada tahun 2015, SIR IVAN akan melancarkan lagu single antibuli bersama bintang pop Taylor Dayne bertajuk "Kiss All the Bullies Goodbye," yang diterbitkan oleh Paul Oakenfold. Muzik videonya, yang diarahkan oleh pemegang anugerah BET dan MTV, Erik White, mengisahkan kehidupan seorang remaja transjantina yang sering dibuli. Malah SIR IVAN, yang telah membentuk persona sebagai adiwira zaman moden, memakai mantel dengan tanda keamanan, sedang membantu mengubah dunia untuk menjadi lebih baik, melalui muzik beliau serta usaha amal beliau.   

"Sebagai anak lelaki kepada seorang mangsa Holocaust yang terselamat, saya sentiasa akan memperjuangkan golongan yang tertindas. Saya dibesarkan dengan kesedaran tinggi terhadap akibat buruk yang boleh berlaku apabila kita dianggap berbeza. Golongan transjantina sering gagal mendapat sistem sokongan, dan lebih berkemungkinan tinggi untuk dibuang kerja dan dibuli, mengalami kesukaran, serta mempunyai kadar bunuh diri yang lebih tinggi. Saya tidak akan berdiam diri dan membiarkan semua itu berlaku, dan saya berharap orang ramai dapat bersatu dengan saya untuk menentang ketidakadilan ini. Semasa presiden syarikat rakaman saya sendiri, Peaceman Music, Laura Ford (sebelum ini dikenali sebagai Lawrence Ford), memaklumkan saya yang 41 peratus daripada semua individu transjantina cuba membunuh diri, saya membuat keputusan merekalah yang paling memerlukan bantuan saya."

Untuk menghadiri tayangan itu, sila hubungi marisa@rcourihaycpr.com atau 212-580-0835 dan untuk maklumat lanjut, lawati www.SirIvan.com.

Source: Peaceman Productions
Related Links:
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Multimedia/Online/Internet Broadcast feed announcements Lesbian/Gay/Bisexual