PORTLAND, Oregon, 7 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- OIA Global, penyedia logistik, pembungkusan global dan penyumberan bahan seluruh dunia telah mengumumkan perluasan secara besar-besaran khidmat LCL Terus Ekspres Barat Daya mereka dari Asia Tenggara ke AS. Eric Okimoto, Naib Presiden Eksekutif OIA untuk Operasi Global berkata, "Semasa kami memulakan khidmat terus 12-14 hari dari Hong Kong dan Shenzhen tahun lalu, kami terkejut betapa pantasnya pelanggan menggunakan perkhidmatan itu untuk rantaian bekalan Asia mereka." Ekspres Barat Daya menggunakan hanya kemudahan OIA untuk penggudangan, penggabungan dan pemunggahan kontena yang memastikan masa transit yang tekal serta mengurangkan kebarangkalian penangguhan oleh pihak kastam. Perluasan itu termasuk sembilan tempat asal dan destinasi perkhidmatan baharu di bahagian Tengah Selatan dan Barat Daya AS. "Para pelanggan kami mengoptimumkan perbelanjaan logistik import/eksport mereka dengan memanfaatkan perkhidmatan penggabungan lautan yang dipercepat daripada OIA yang sebelum ini mungkin memerlukan perkhidmatan pengangkutan udara agar dapat memenuhi keperluan masa yang kritikal," kata Dante Fornari, Naib Presiden Kanan OIA untuk Jualan dan Pemasaran Global. "Perkhidmatan penggabungan LCL Terus kami mengurangkan masa dan kos transit, melalui penggunaan kemudahan pengasingan kami sendiri, dan melalui pelepasan kastam yang lancar," kata Fornari. Ekspres Barat Daya OIA termasuk penampakan penghantaran barang automatik dari tempat asal hingga destinasi akhir, mendorong kemudahan proses rantaian bekalan dan kelancaran penggunaan untuk pengimport kecil hingga sederhana.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20121113/LA11679LOGO
Program yang diperluas ini dilancarkan pada 5 Oktober
Latar Belakang OIA Global: Sejak ditubuhkan pada tahun 1988, OIA telah berkembang menjadi peneraju rantaian bekalan bernilai $1 bilion, memberikan kepada pelanggan dengan gabungan unik logistik global, penyumberan bahan dan penyelesaian pembungkusan. Dengan lebih 1000 ahli profesional, di lebih 60 buah pejabat miliknya, serta kehadiran seluruh dunia di lebih 25 buah negara, OIA mewujudkan penyelesaian inovatif yang mengoptimumkan rantaian bekalan seluruh dunia. OIA merupakan sebahagian daripada LDI, Ltd. yang berpusat di Indianapolis, pejabat keluarga dengan pengalaman lebih seabad dalam membiayai dan mengendalikan syarikat-syarikat pasaran tengah yang berpotensi tinggi. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.oiaglobal.com dan www.ldiltd.com. Hubungi Jerry Levy, Pengarah Pemasaran & Komunikasi, OIA Global 503.736.5900