omniture

Laporan "Dog or Darling" Investor Central(R) Menangi Anugerah Terbitan Asia

Hong Bao Media
2012-12-03 10:00 253

Reviu tegas terhadap prospektus syarikat yang bersiap untuk penyenaraian menang anugerah 

Contoh Terbaik Kepimpinan Kandungan

Menyusuli Kemenangan Anugerah Tahunan Wartawan Kewangan Terbaik

SINGAPORE dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 Dis., 2012 /PRNewswire/ -- Investor Central(R), khidmat berita bagi pelabur kecil di Singapura dan Malaysia yang berani bertanya apa yang perlu ditanya (that dares ask the questions that need to be asked(TM) ), bangga untuk mengumumkan siri laporannya terhadap IPO telah memenangi Anugerah Penerbitan Asia bagi Contoh Terbaik Kandungan Yang Menjadi Panduan di Kuala Lumpur malam ini.

Mark Laudi, Editor Eksekutif  Investor Central(R), berkata "Investor Central berani bertanya apa yang perlu ditanya.

"Kesemua syarikat yang mahu mengadakan IPO perlu terbitkan prospektus, tetapi ini merupakan dokumen rumit yang boleh sampai beratus-ratus muka surat bersama bahasa perundangan dan istilah perakaunan.

"Ini bermakna mereka tidak dapat diakses oleh kebanyakan pelabur kecil.

"Dalam laporan  'Dog or Darling' kami, wartawan-wartawan pakar Investor Central membaca setiap prospektus dengan teliti, untuk mendedahkan 'keraguan yang terselindung'.

"Berbillion-billion dolar US dikumpul setiap tahun daripada orang ramai yang melabur di Singapura dan Malaysia, jadi para pelabur perlu mengetahui risiko sebelum mereka melabur  wang mereka."

Anugerah Tahunan Wartawan Kewangan Terbaik

Kemenangan Anugerah Penerbitan Asia ini menyusuli satu lagi kejayaan terbaru di Anugerah Tahunan Wartawan Kewangan Terbaik di Singapura.

Wartawan/Editor Pasaran Saham Ashish Saxena menerima Anugerah Merit sebagai Wartawan Muda Berpotensi daripada Persatuan Pelabur Sekuriti (Singapura)  pada 3 Oktober.

Persatuan ini dalam petikannya di Majlis Makan Malam Pilihan Tahunan ke 13  di Raffles City Convention Centre, Singapura berkata: "Ashish sentiasa bersedia melihat melampaui siaran akhbar untuk meneroka motivasi serta agenda terselindung. Beliau mempunyai kefahaman yang baik akan kunci kira-kira dan kerapkali menunjukkan keraguan pada pembaca. Ashish juga menangani isu-isu dengan penuh kejujuran dan ketabahan dan mendesak bagi jawapan."

"Kami teruja kerana Ashish telah diiktiraf bagi kerja cemerlangnya, dan anugerah ini merupakan perakuan utuh akan pendekatan kami dalam melaporkan kewangan syarikat di Singapura dan Malaysia," kata Laudi.

"Pertubuhan-pertubuhan berita lazimnya hanya melaporkan apa yang dilaporkan oleh syarikat-syarikat. Kami melanjutkan langkah ini dengan mempersoal andaian-andaian di sebalik laporan-laporan ini.

"Walaupun kewajipan mengemukakan laporan berterusan seperti yang ditetapkan oleh bursa saham dipenuhi, para pelabur seringkali memerlukan lebih banyak maklumat untuk membuat keputusan melabur dengan penuh pengetahuan. Itulah matlamat yang ingin dicapai oleh soalan-soalan kita.

"Kesemua syarikat yang kami membuat liputan diberi peluang untuk memberikan maklumat balas , sebelum laporan itu disiarkan," simpul Laudi.

MENGENAI INVESTOR CENTRAL

Investor Central berani bertanya apa yang perlu ditanya.

Wartawan-wartawan kami membuat liputan syarikat-syarikat tersenarai Singapura dan Malaysia daripada perspektif nilai asas. Setiap laporan menyenaraikan soalan tambahan yang timbul daripada pengumuman yang dibuat oleh syarikat itu.

Syarikat-syarikat dijemput untuk memberi maklumat balas kepada soalan-soalan itu, dan jawapan mereka – jika ada diterbitkan bersama-sama dengan laporan itu.

Investor Central boleh diakses melalui www.InvestorCentral.org, selain daripada rakan-rakan seperti SIAS.org.sg, NextVIEW Advisor Xs (www.nextview.com) dan XinMSN.com.

Investor Central merupakan satu daripada khidmat Hong Bao Media (Holdings) Pte Ltd.

Bagi maklumat lanjut:

Mark Laudi 
Editor Eksekutif 
Investor Central 
Tel/Fax: +65-6223-2249 
contact@investorcentral.org

SUMBER:  Hong Bao Media

Source: Hong Bao Media
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Awards