omniture

ProQuest dan Ex Libris Bergabung Dorong Inovasi untuk Perpustakaan Seluruh Dunia

ProQuest
2015-10-08 05:16 250

Kemampuan saling melengkapi akan memecah kebiasaan dalam membantu perpustakaan memenuhi keperluan yang sentiasa berubah; produk semasa akan disokong dan diperhebat

ANN ARBOR, Michigan dan JERUSALEM, 8 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- ProQuest, penyedia penyelesaian bermaklumat, penting untuk penyelidikan global, telah menandatangani persetujuan untuk mengambil alih Ex Libris Group, penyedia global terkemuka untuk penyelesaian pengautomatan perpustakaan. Kemampuan ProQuest dan Ex Libris adalah merentasi kepakaran dalam bahan bercetak, elektronik dan digital, serta penyelesaian untuk pengurusan perpustakaan, penemuan, dan juga aliran kerja penyelidikan.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120620/DE27948LOGO-a

Gabungan aset yang saling melengkapi ini akan membolehkan ProQuest dan Ex Libris mempertingkatkan produk sedia ada dan mendorong inovasi perkhidmatan baharu bagi menangani dengan pantas beberapa cabaran perpustakaan yang sangat mendesak: aliran kerja yang sangat berbeza untuk sumber bercetak, elektronik dan digital, serta pemanduan arah teknologi, bahan, dan juga persekitaran pengguna yang rumit dan berubah dengan pantas. Pengambilalihan itu dijangka akan dimuktamadkan dalam bulan-bulan akan datang.

"Kami teruja mendapat Ex Libris untuk menyertai ProQuest dan mengalu-alukan inovasi dengan rekod pencapaian yang terbukti bagi pihak perpustakaan. Satu contoh hebat kepakaran mereka adalah kejayaan penyelesaian pengurusan bersepadu Alma Ex Libris dalam membantu ratusan institusi seluruh dunia memperbaiki nilai perpustakaan mereka kepada pengguna mereka,"kata Kurt Sanford, Ketua Pegawai Eksekutif ProQuest. "Syarikat-syarikat itu akan bersama-sama membina dan mencipta lebih banyak perkhidmatan perpustakaan yang hebat, membawakan nilai tambahan kepada para pelanggan kami dan kepada industri yang lebih luas."

"Pengambilalihan Ex Libris oleh ProQuest akan memperhebatkan lagi komitmen kami terhadap komuniti perpustakaan global dan akan mempertingkatkan kemampuan kami untuk melaksanakan pelan tindakan serta strategi produk kami," kata Matti Shem-Tov, Ketua Pegawai Eksekutif Ex Libris. "Gabungan bakat dan kepakaran ProQuest serta Ex Libris akan menggalakkan pembangunan dan sokongan yang lebih berkesan bagi penyelesaian terkemuka kami, serta akan mendorong inovasi dalam produk sedia dan juga produk baharu. Kami akan mengenal pasti peluang bagi memberikan yang terbaik yang boleh ditawarkan oleh kedua-dua syarikat dengan memperluaskan ciri-ciri penting dalam pengurusan sumber, kemampuan asas pengetahuan, serta perkhidmatan penemuan bagi mempertingkatkan produk sedia ada."

"Gabungan syarikat-syarikat kami membolehkan kami mencipta lebih banyak peluang dan pilihan untuk perpustakaan – terutamanya untuk pelanggan sedia ada kami," kata Oren Beit-Arie, Ketua Pegawai Strategi Ex Libris. "ProQuest dan Ex Libris sangat terlibat dalam komuniti perpustakaan global dan mendapat faedah daripada pelanggan serta kumpulan pengguna yang aktif, kolaboratif dan berfikiran ke hadapan. Bagi meneruskan tradisi kerjasama kami, kami beriltizam untuk bekerjasama dengan komuniti pengguna kami bagi mendapat input dan panduan sambil kami mempertingkatkan penyelesaian semasa serta mencipta penyelesaian baharu."

Kedua-dua syarikat akan meneruskan komitmen mereka sejak dahulu lagi terhadap keterbukaan dan kolaborasi bersama organisasi-organisasi lain dalam industri ini, termasuk OCLC, Google, Gale Cengage, HARRASSOWITZ dan YBP/EBSCO, untuk manfaat pelanggan.

Selepas dimuktamadkan, ProQuest dan Ex Libris akan membentuk unit perniagaan tersendiri yang dikenali sebagai Ex Libris, a ProQuest Company. Unit ini akan diketuai oleh En. Shem-Tov, dan disokong oleh pasukan pengurusan Ex Libris bersama pihak pengurusan ProQuest Workflow Solutions. ProQuest dan Ex Libris akan terus menyokong pilihan luas produk yang diperlukan oleh para pelanggan mereka dan akan mempertingkatkan setiap tawaran syarikat itu, termasuk Alma, Aleph, bX, Intota, Primo, Rosetta, SFX, SIPX, Summon, 360 Link, Voyager dan penyelesaian senarai bacaan Leganto yang baru dilancarkan selain penyelesaian kampus mudah alih campusM.

Baca lebih lanjut tentang bagaimana ProQuest dan Ex Libris boleh menjadi lebih baik bersama: http://bit.ly/ProQuestOct6

Latar Belakang Ex Libris ( http://www.exlibrisgroup.com )
Ex Libris merupakan penyedia global terkemuka untuk penyelesaian pengautomatan perpustakaan. Menawarkan penyelesaian SaaS untuk pengurusan dan penemuan spektrum perpustakaan lengkap dan bahan-bahan ilmiah, serta penyelesaian kampus mudah alih untuk mendorong penglibatan dan kejayaan pelajar. Ex Libris berkhidmat kepada lebih 5,600 pelanggan di 90 buah negara. 43 daripada 50 universiti terbaik dunia dan lebih 40 perpustakaan negara menggunakan penyelesaian Ex Libris bagi mencipta platform bersepadu bagi tujuan pengurusan serta penemuan sumber perpustakaan.

Latar Belakang ProQuest (http://www.proquest.com)
ProQuest menghubungkan orang ramai dengan maklumat yang terjamin dan andal. Penting untuk penyelidikan yang serius, produk syarikat itu merupakan gerbang kepada ilmu pengetahuan dunia termasuk disertasi, arkib kerajaan dan budaya, berita, koleksi sejarah dan e-buku. Teknologi ProQuest berkhidmat kepada pengguna merentasi titik kritikal dalam penyelidikan, membantu mereka menemui, mengakses, berkongsi, mencipta dan mengurus maklumat.  

Teknologi berasaskan awan syarikat itu menawarkan penyelesaian yang fleksibel untuk pustakawan, pelajar, dan penyelidik melalui perkhidmatan maklumat ProQuest®, Bowker®, Coutts®, perniagaan Dialog®, ebrary®, EBL™ dan SIPX® - serta instrumen penyelidikan terkenal seperti perkhidmatan penemuan Summon®, platform pengurusan petikan dan rujukan RefWorks®, platform e-buku MyiLibrary®, instrumen pembangunan penyelidikan Pivot® dan juga Intota™. Syarikat itu beribu pejabat di Ann Arbor, Michigan, dengan beberapa cawangan di seluruh dunia.

Source: ProQuest
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Publishing/Information Service Acquisitions, mergers, takeovers