omniture

Husqvarna Perkenal Idea untuk Masa Depan Pelandskapan Profesional

Husqvarna
2015-10-08 16:38 378

HUSKVARNA, Sweden, 8 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Bagaimana sekiranya pemangkas anda boleh bercakap dengan telefon pintar anda, atau jam tangan pintar, dan membantu anda membuat landskap dalam cara baharu? Berikutan maklum balas positif daripada sistem pengurusan kumpulan alat berasaskan sensor Husqvarna Fleet Services, Husqvarna memperkenalkan konsep bateri terhubung yang boleh mengumpul dan menyediakan data masa sebenar daripada peralatan berkuasa tinggi. Dengan idea teknologi bateri terhubung, Husqvarna turut memperkenalkan pemangkas pokok renek konsep rekaan untuk masa hadapan, dengan visor yang menggunakan data masa sebenar serta realiti luasan bagi menyokong pengendali.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/English/7647251-husqvarna-future-landscaping/

Semasa satu sidang media di Antwerp, Husqvarna memperkenalkan prototaip bateri litium dengan keterhubungan Bluetooth tersepadu - bateri terhubung. Peralatan yang dilengkapi dengan prototaip bateri baharu itu boleh berkongsi maklumat bernilai tentang ia sendiri kepada penggunanya. Prototaip bateri baharu itu boleh dipasangkan dengan mudah melalui telefon pintar atau jam pintar pengendali, sama ada untuk menyediakan maklumat terus kepada pengendali, atau untuk memindahkan maklumat kepada anggota lain dalam kumpulan itu, seperti pengendali lain, pengurus, juruteknik mahupun pengedar.

"Bateri dan keterhubungan merupakan kemajuan terbesar dalam industri kami sejak memotorkan produk luar bangunan," kata Kai Wärn, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Husqvarna Group. "Bateri terhubung dan pemangkas pokok renek konsep kami menunjukkan komitmen Husqvarna dalam merintis produk berbateri berprestasi tinggi dan memanfaatkan kelebihan Internet Semua Benda."

Pelbagai faedah data masa sebenar

Keperluan jurulandskap untuk meningkatkan produktiviti dan hasil akhir memerlukan alat berprestasi tinggi serta sangat berkesan. Apabila peralatan diperkasa dengan kepintaran, jurulandskap boleh mula membangunkan cara kerja baharu. Contohnya, mengelakkan masa henti dengan beralih daripada penyelenggaraan reaktif jika suatu mesin rosak, kepada penyelenggaraan proaktif, yang mana peralatan itu sendiri boleh memberitahu dan mempersiapkan para pengurus serta juruteknik ketika ia perlu diselenggara.

Contoh-contoh lain bagi peluang untuk data masa sebenar yang disediakan oleh prototaip bateri terhubung:

  • Memperbaiki kemahiran: Peralatan boleh memberi maklum balas langsung serta panduan tentang cara menggunakannya, membantu pengendali memperbaiki teknik mereka serta membantu orang baharu menggunakan alat itu dalam cara yang profesional dan dioptimumkan dengan lebih pantas.
  • Mempertingkatkan keselamatan: Bateri baharu itu membuka peluang baharu untuk mempertingkatkan keselamatan pengguna, serta mencegah kecurian dengan mengunci mesin anda supaya orang lain tidak boleh menggunakannya.
  • Memperbaiki komunikasi pasukan: Mendapat gambaran keseluruhan dengan segera membolehkan ketua pasukan beralih daripada 'bagaimana prestasi kita hari ini' kepada 'bagaimana prestasi kita sekarang' dengan itu, mereka boleh menjadi lebih fleksibel semasa menyesuaikan arahan atau memperuntukkan sumber secara berbeza sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku.
  • Memperbaiki perancangan: Dengan data dan maklumat yang diberikan oleh bateri terhubung, ketua pasukan akan mempunyai kepintaran yang lebih baik untuk menyokong perancangan mereka, sama ada untuk jangka masa pendek mahu pun panjang.

Husqvarna Ramus™ - Konsep rekaan untuk masa hadapan

Bagi memperlihatkan keyakinan dalam potensi daripada bateri dan keterhubungan itu, Husqvarna juga telah mencipta 'Husqvarna Ramus™' - pemangkas pokok renek konsep futuristik yang pintar dan sangat ringan yang menggunakan teknologi yang sama dengan prototaip bateri terhubung Husqvarna. Pemangkas konsep itu mempunyai teknologi sedia ada daripada barisan hadapan beberapa industri berbeza, antara contohnya termasuklah:

  • Bilah pemotong yang sangat ringan dalam gentian karbon dan logam cair, dengan sensor berasingan pada setiap bilah bagi mengawal jumlah kuasa tepat yang patut diberikan oleh bateri untuk tugas yang perlu dilakukan.
  • Visor realiti dikuasakan yang menggunakan data bagi menyokong pengendali dalam masa sebenar dengan semuanya daripada maklumat status mesin sehingga memancarkan corak potongan semasa memotong.
  • Kamera mikro bersepadu yang menunjukkan pandangan pemotongan dalam visor pengendali semasa memotong pokok renek tinggi atau sudut kekok yang sukar dilihat.

Prototaip bateri terhubung dan pemangkas pokok renek konsep Husqvarna Ramus™ diperkenalkan pada 30 September semasa satu acara antarabangsa tentang masa depan pelandskapan, yang diadakan oleh Husqvarna di Antwerp, Belgium. Prototaip bateri terhubung itu kini sedang menunggu kelulusan paten dan butiran lanjut bakal dimaklumkan kelak. 

Husqvarna Fleet Services
Husqvarna merupakan yang pertama menggunakan keterhubungan dalam produk-produk luar bangunan berkuasa tingi dan pada tahun 2014 'Husqvarna Fleet Services' telah diperkenalkan - satu platform perkhidmatan dalam talian yang menyokong ahli-ahli profesional pelandskapan dengan data daripada sensor pintar yang ditambah kepada produk. Matlamatnya adalah untuk menyepadukan bateri terhubung baharu dengan Husqvarna Fleet Services apabila berada di pasaran kelak. Kini, Husqvarna melancarkan versi aplikasi telefon pintar untuk Husqvarna Fleet Services yang menyokong kerja dalam lapangan dan meningkatkan penglibatan anggota kumpulan. Contohnya aplikasi baharu itu membenarkan ketua pasukan dan pengendali mengakses butiran tugasan pada peta, malah merekod dan menghantar peluang perniagaan baharu yang dikenal pasti oleh pengendali semasa bekerja di lapangan.

Pautan kepada video dan imej beresolusi tinggi http://www.husqvarna.com/silentcity

Source: Husqvarna
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electrical Utilities Electronic Components Internet Technology New products/services