Pusat Dibuka dengan Model Kediaman Luas Terbina dalam Muka Bangunan Jean Nouvel
NEW YORK, 8 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Hines, firma hartanah antarabangsa, bersama rakan pembangunan Goldman Sachs Investment Group dan Pontiac Land Group yang berpangkalan di Singapura, hari ini mengumumkan pembukaan rasmi galeri jualan untuk 53W53, menara kondominium dengan rekaan indah setinggi 1,050 kaki yang terletak bersebelahan Muzium Seni Moden (MoMA) di 53 West 53rd Street. Direka oleh Thierry Despont yang berpangkalan di New York, iaitu arkitek ruang dalaman 53W53, galeri jualan seluas 10,000 kaki persegi yang terletak di 745 Fifth Avenue, menawarkan konteks seni bina unik melalui model kediaman yang dibina sepenuhnya di dalam sebahagian muka bangunan itu yang bersulam warna perak, hitam dan emas metalik, direka oleh arkitek yang memenangi Anugerah Pritzker, Jean Nouvel.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151007/274997
"53W53 merupakan penambahan paling signifikan dari segi seni bina kepada lanskdap New York sejak beberapa tahun kebelakangan ini," kata David Penick, pengarah urusan di Hines. "Kami berbangga kerana telah menghimpunkan pasukan pembangunan yang hebat, termasuk dua daripada arkitek paling berbakat di dunia, untuk mewujudkan peluang terhad yang tersendiri bagi memiliki karya seni bina dan teknikal ini, yang berkongsi hubungan istimewa dengan Muzium Seni Moden, salah satu daripada institusi kebudayaan paling dihormati di dunia."
En. Nouvel telah mencipta sistem struktur terdedah yang berukir untuk bangunan itu, dikenali sebagai diagrid, bagi melengkapi bentuk bersegi dan meruncing bangunan itu – bentuk yang terhasil dengan menggunakan keperluan penzonan bagi mendapatkan kelebihannya yang paling mengujakan. Hasil rekaan ini, setiap satu daripada 139 unit kediaman bangunan itu – daripada kediaman satu bilik serta aras penuh hingga emper dupleks dengan lif persendirian -- adalah suatu yang tersendiri. Tingkap berlapis tiga kali ganda, dari lantai ke siling mengurangkan bunyi dari luar dan perubahan suhu; serta penebatan bunyi melintang dan menegak memberikan privasi yang akustik. Semua tingkap dipasang dengan teduhan suria bermotor rekaan khas, yang dipaparkan di ruang tamu model kediaman itu, bersama teduhan gelap tambahan di bahagian bilik tidur.
"Saya menghasilkan rekaan 53W53 seolah-olah setiap kediaman merupakan tempahan kediaman persendirian," terang En. Despont. Satu keraian terhadap kualiti dan perhatian kepada perincian, setiap kediaman menampilkan pintu mahogani yang direka dengan elegan dan bergred perabot, dilengkapi perkakasan gangsa yang direka khas oleh arkitek tersebut yang diilhamkan daripada bentuk tersendiri menara itu serta dikilangkan oleh E.R. Butler & Co.
Dapur rekaan khas En. Despont menampilkan penahan percikan dengan latar marmar klasik lutcahaya dengan cahaya di bahagian belakang dan kabinet kaca putih dicat dengan perincian nikel berkilau yang direka oleh En. Despont serta dihasilkan di Itali oleh Molteni & C. Kaunter dan meja dengan hujung berpotongan serong daripada marmar yang digilap melengkapi peti sejuk/peti beku Sub-Zero bersepadu sepenuhnya selain ketuhar Miele dan juga dapur memasak yang tidak terlalu menyerlah.
Bilik mandi utama menggabungkan marmar lengkap Noir Saint Laurent dengan travertin digilap emas Peru pada dinding-dinding utama. Tab mandi rendaman besi tetuang Lefroy Brooks dan sinki bercermin batu kapur Verona berukir melengkapi cermin ketinggian boleh laras, berautomasi, dengan nikel bergilap bulat rekaan khas En. Despont berserta ruang simpanan dalaman dan juga lampu tepi LED.
Kemudahan, kakitangan dan perkhidmatan yang diatur rapi meningkatkan pengalaman hidup di 53W53. Pusat Kesejahteraan yang dikendalikan oleh The Wright Fit, akan menyediakan kolam pusingan 65 kaki, kolam rendaman sejuk dan tab panas dengan taman vertikal tepi kolam yang indah rekaan ahli botani Perancis yang terkemuka Patrick Blanc, selain gelanggang skuasy bersaiz rasmi. Aras 46 dan 47 menampilkan ruang legar ketinggian berganda dengan pemandangan luas dan bilik makan formal persendirian yang berhadapan dengan Central Park. Para penghuni akan turut menikmati perkhidmatan hidangan persendirian di dalam kediaman daripada restoran di dalam bangunan itu. Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan termasuk perpustakaan, suit Oenologi dua tingkat yang sesuai untuk merasa wain, ruang simpanan wain dengan kawalan suhu yang boleh dibeli, bilik tayangan persendirian, bilik permainan kanak-kanak serta ruang penyimpanan yang turut tersedia untuk tujuan pembelian.
53W53 mempunyai perbezaan unik yang disepadukan ke dalam kampus bandar Muzium Seni Moden yang merupakan sebuah seni bina yang terkenal. Tiga aras galeri baharu akan dibina pada tapak 53W53, setiap satunya boleh diakses dan dihubungkan dengan ruang pameran sedia ada muzium itu. Para penghuni akan menerima keahlian berdaftar di MoMA, termasuk peluang untuk bangunan itu menganjurkan acara persendirian di Taman Ukiran ikonik muzium tersebut.
Lobi bangunan itu yang diurus oleh kakitangan selama 24 jam, direka oleh En. Despont dalam warna oak berkapur, marmar, alabaster, gangsa dan daun emas, merupakan interpretasi seni bina berani oleh En. Nouvel. Pintu masuk di 53rd dan 54th Street memberikan akses yang berasingan, mudah serta selamat ke dalam dan dari bangunan itu.
53W53 terletak di pusat daerah perniagaan, keseniaan dan kebudayaan global New York dan berhampiran Central Park. Destinasi beli belah mewah membarisi Fifth Avenue yang berhampiran termasuk Bergdorf Goodman, Saks Fifth Avenue, Tiffany & Co., Louis Vuitton, Prada dan juga Chanel. Restoran-restoran terkemuka, termasuk La Grenouille, Le Bernardin, The Modern dan The Polo Bar, mercu tanda kebudayaan seperti Theater District, Carnegie Hall dan Lincoln Center yang meriah di New York, serta ibu pejabat bagi pelbagai institusi kewangan antarabangsa juga terletak di kawasan berdekatan.
Harga di 53W53 bermula daripada sekitar $3 juta hingga lebih $70 juta. Galeri jualan terletak di 745 Fifth Avenue, Suite, 601. Bagi mendapatkan maklumat tambahan atau untuk membuat temu janji secara persendirian, sila hubungi Corcoran Sunshine Marketing Group di talian 212.688.5300 atau kunjungi www.53W53.com
Satu gambar yang disertakan dengan hebahan ini boleh didapati daripada European Pressphoto Agency (EPA) melalui http://www.epa.eu