BRUSSELS, 9 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Anheuser-Busch InBev ("AB InBev") (Euronext: ABI) (NYSE: BUD) mengambil perhatian terhadap pengumuman yang dibuat oleh Lembaga SABMiller plc ("SABMiller") (LSE: SAB) (JSE: SAB) yang menolak usul AB InBev sebanyak GBP 42.15 per syer tunai, dengan alternatif syer separa.
AB InBev hairan yang Lembaga SABMiller (kecuali pengarah yang dicalonkan oleh pemegang saham terbesar SABMiller, Altria Group, Inc., yang menentangnya) terus mengatakan yang usul ini "masih menilai kurang SABMiller yang sangat ketara".
Hal ini tidak mempunyai kredibiliti kerana:
Lembaga SABMiller turut merujuk kepada sifat usul itu yang tinggi syaratnya, termasuk halangan kawal selia yang signifikan di AS dan China, "yang mana AB InBev masih belum memberi sebarang jaminan tentangnya kepada SABMiller". Bersama para penasihatnya, AB InBev telah melakukan usaha signifikan ke atas hal ehwal kawal selia dan telah mengenal pasti penyelesaian yang menyediakan jalan penyelesaian yang jelas ke arah pemuktamadan. AB InBev berhasrat untuk bekerjasama secara proaktif dengan pihak pengawal selia bagi merungkaikan sebarang kebimbangan. AB InBev telah berkali-kali membuat tawaran untuk berkongsi analisis ini dengan SABMiller dan para penasihatnya. Namun begitu, setiap kali, Lembaga SABMiller akan menolak untuk berbincang.
Carlos Brito, Ketua Pegawai Eksekutif Anheuser-Busch InBev, berkata:
"Walau apa pun usaha jujur yang kami lakukan, Lembaga SABMiller enggan melaksanakan perbincangan yang munasabah dengan kami. Usul kami memberi nilai yang signifikan kepada semua pihak. Berapa lama lagi yang diperlukan sebelum pihak pemegang saham melihat nilai melebihi GBP 42 dengan ketiadaan tawaran daripada AB InBev? Jika para pemegang saham bersetuju yang kami patut berbincang secara munasabah, mereka patut menyuarakan pandangan mereka dan tidak patut membiarkan Lembaga SABMiller merumitkan lagi proses ini dan melepaskan peluang ini begitu sahaja."
Lazard bertindak secara eksklusif sebagai penasihat kewangan AB InBev dan bukan untuk mana-mana pihak lain berhubung dengan hal yang dinyatakan dalam pengumuman ini dan tidak, dan tidak akan, bertanggungjawab terhadap mana-mana pihak lain selain AB InBev untuk menyediakan perlindungan yang diberikan kepada pelanggan Lazard, atau untuk memberi khidmat nasihat berhubung dengan hal yang dinyatakan dalam pengumuman ini. Bagi hal ini, "Lazard" bermakna Lazard Frères & Co. LLC dan Lazard & Co., Limited. Lazard & Co., Limited disahkan dan dikawal selia di United Kingdom oleh Lembaga Kelakuan Kewangan. Lazard mahupun mana-mana rakan sekutunya tidak berhutang atau menerima sebarang duti, liabiliti atau tanggungjawab sekalipun (sama ada secara langsung atau tidak langsung, sama ada mengikut kontrak, secara tort, mengikut statut atau sebaliknya) kepada mana-mana individu yang bukan merupakan pelanggan Lazard berhubung dengan pengumuman ini atau dengan hal yang dinyatakan dalam pengumuman ini.
Deutsche Bank AG disahkan di bawah Undang-undang Perbankan Jerman (autoriti cekap: European Central Bank) dan, di United Kingdom, oleh Lembaga Peraturan Prudential. Ia tertakluk kepada penyeliaan oleh European Central Bank dan oleh BaFin, Lembaga Penyeliaan Kewangan Persekutuan Jerman, dan tertakluk kepada peraturan terhad di United Kingdom oleh Lembaga Peraturan Prudential dan Lembaga Kelakuan Kewangan. Butiran lanjut tentang sejauh mana kelulusan dan peraturan oleh Lembaga Peraturan Prudential, dan kawal selia oleh Lembaga Kelakuan Kewangan, boleh didapati mengikut permintaan atau daripada www.db.com/en/content/eu_disclosures.htm
Deutsche Bank AG, bertindak melalui cawangannya di London ("DB"), selaku broker korporat kepada AB InBev dan tidak kepada pihak lain yang berkaitan dengan pengumuman ini atau kandungannya. DB tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana pihak lain selain AB InBev untuk menyediakan sebarang perlindungan yang diberikan kepada pelanggan DB, mahupun untuk memberi sebarang khidmat nasihat yang berkaitan dengan sebarang hal yang disebut dalam kenyataan ini. Tanpa mengehadkan liabiliti seseorang untuk tujuan penipuan, DB mahupun mana-mana usaha anak syarikat, cawangan, ataupun rakan sekutunya, mahupun mana-mana pengarah, pegawai, perwakilan, kakitangan, penasihat, atau ejen masing-masing berhutang atau menerima sebarang duti, liabiliti, atau sebarang tanggungjawab sekalipun (sama ada secara langsung atau tidak langsung, sama ada dalam kontrak, secara tort, di bawah statut atau sebaliknya) terhadap mana-mana individu yang bukan merupakan pelanggan DB berhubung dengan pengumuman ini, sebarang kenyataan yang terkandung di dalam dokumen ini atau sebaliknya.
Menurut Peraturan 2.6(a) Kod itu, AB InBev mesti, tidak lewat daripada jam 5.00 petang hari Rabu 14 Oktober 2015, sama ada mengumumkan niat pasti untuk membuat tawaran kepada SABMiller menurut Peraturan 2.7 Kod itu atau mengumumkan yang ia tidak berniat untuk membuat tawaran kepada SABMiller, yang mana pengumuman itu akan dianggap sebagai kenyataan yang tertakluk kepada Peraturan 2.8 Kod tersebut. Tarikh akhir ini hanya akan dilanjutkan dengan persetujuan SABMiller dan Panel Pengambilalihan menurut Peraturan 2.6(c) Kod itu.
Versi Bahasa Inggeris, Bahasa Belanda, dan Bahasa Perancis bagi siaran media ini akan disediakan di www.ab-inbev.com .
Keperluan pendedahan Kod
Di bawah Peraturan 8.3(a) Kod itu, mana-mana individu yang berminat dalam 1% atau lebih daripada mana-mana kelas sekuriti yang berkaitan bagi syarikat penerima tawaran atau daripada mana-mana pemberi tawaran tukaran sekuriti (sama ada mana-mana pemberi tawaran selain daripada pemberi tawaran yang sudah diumumkan yang tawarannya adalah, atau sangat berkemungkinan akan dibuat, secara tunai sahaja) haruslah membuat Pendedahan Kedudukan Pembukaan berikutan permulaan tempoh tawaran dan, jika kemudiannya, berikutan pengumuman yang mana mana-mana pemberi tawaran tukaran sekuriti hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu. Pendedahan Kedudukan Pembukaan mesti mengandungi butiran kepentingan individu itu serta kedudukan ringkasnya, serta hak untuk melanggan, mana-mana sekuriti yang berkaitan bagi setiap (i) syarikat penerima tawaran dan (ii) mana-mana pemberi tawaran tukaran sekuriti. Pendedahan Kedudukan Pembukaan oleh individu yang tertakluk kepada Peraturan 8.3(a) perlu dibuat tidak lewat daripada jam 3.30 petang (waktu London) pada hari bekerja ke-10 selepas permulaan tempoh tawaran dan, jika sesuai, tidak lewat daripada jam 3.30 petang (waktu London) pada hari bekerja ke-10 selepas pengumuman yang mana mana-mana pemberi tawaran tukaran sekuriti hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu. Individu berkenaan yang berurusan dalam sekuriti berkaitan syarikat penerima tawaran atau pemberi tawaran tukaran sekuriti sebelum tarikh akhir membuat Pendedahan Kedudukan Pembukaan sebaliknya haruslah membuat Pendedahan Urus Niaga.
Di bawah Peraturan 8.3(b) Kod, mana-mana individu yang sedang, atau, berminat dalam 1% atau lebih daripada mana-mana kelas sekuriti yang berkaitan bagi syarikat penerima tawaran atau daripada mana-mana pemberi tawaran tukaran sekuriti haruslah membuat Pendedahan Urus Niaga jika individu itu berurus niaga dalam mana-mana sekuriti berkaitan bagi syarikat penerima tawaran atau daripada pemberi tawaran tukaran sekuriti. Pendedahan Urus Niaga mesti mengandungi butiran urus niaga yang berkaitan dan kepentingan serta kedudukan ringkas individu itu, dan hak untuk melanggan, sebarang sekuriti berkaitan untuk setiap satu daripada (i) syarikat penerima tawaran dan (ii) sebarang pemberi tawaran tukaran sekuriti, selain daripada tahap butiran yang sebelum ini telah didedahkan mengikut Peraturan 8. Pendedahan Urus Niaga yang dibuat oleh individu yang tertakluk kepada Peraturan 8.3(b) haruslah dibuat tidak lewat daripada jam 3.30 petang (waktu London) pada keesokan hari bekerja daripada tarikh urus niaga yang berkaitan.
Jika dua atau lebih individu bertindak bersama menurut persetujuan atau persefahaman, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi, untuk mengambil alih atau mengawal saham dalam sekuriti berkaitan syarikat penerima tawaran atau pemberi tawaran tukaran sekuriti, mereka akan dianggap sebagai individu tunggal bagi tujuan Peraturan 8.3.
Pendedahan Kedudukan Pembukaan juga mesti dibuat oleh syarikat penerima tawaran dan oleh mana-mana pemberi tawaran dan Pendedahan Urus Niaga juga mesti dibuat oleh syarikat penerima tawaran, oleh mana-mana pemberi tawaran, serta oleh mana-mana individu yang bertindak bersama antara mereka (Lihat Peraturan 8.1, 8.2 dan 8.4).
Butiran syarikat penerima tawaran dan pemberi tawaran dari segi sekuriti berkaitan Pendedahan Kedudukan Pembukaan dan Pendedahan Urus Niaga yang mesti dibuat boleh didapati dalam Jadual Pendedahan di laman sesawang Panel Pengambilalihan di www.thetakeoverpanel.org.uk, termasuk butiran bilangan sekuriti berkaitan yang dikeluarkan, apabila tempoh tawaran dimulakan dan apabila mana-mana pemberi tawaran telah dikenal pasti. Anda harus menghubungi Unit Pemantauan Pasaran Panel di talian +44 (0)20 7638 0129 jika anda ragu-ragu sama ada anda perlu membuat Pendedahan Kedudukan Pembukaan atau Pendedahan Urus Niaga.
Kenyataan Jangkaan
Siaran media ini mengandungi "kenyataan jangkaan". Kenyataan ini dibuat berdasarkan jangkaan dan pandangan semasa tentang kejadian dan perkembangan masa depan bagi pengurusan AB InBev dan pastinya tertakluk kepada ketidakpastian dan perubahan mengikut keadaan. Kenyataan jangkaan yang terkandung dalam siaran ini termasuk kenyataan yang berkaitan dengan usul AB InBev kepada Lembaga SABMiller, dan kenyataan lain selain daripada fakta bersejarah. Kenyataan jangkaan termasuk kenyataan yang biasanya mengandungi perkataan seperti "akan", "mungkin", "patut", "percaya", "berniat", "menjangka", "menduga", "menyasarkan", "menganggarkan", "berkemungkinan", "meramal", dan perkataan lain yang hampir sama maksudnya. Kenyataan jangkaan ini mungkin termasuk kenyataan yang berkaitan dengan: sifat yang dijangka bagi syarikat gabungan itu; pemilikan syarikat gabungan itu yang dijangka oleh pemegang saham AB InBev dan SABMiller; jangkauan pelanggan bagi syarikat gabungan yang dijangkakan; faedah yang dijangkakan daripada urus niaga yang diusulkan; dan pembiayaan urus niaga yang diusulkan itu. Semua kenyataan, selain daripada kenyataan fakta bersejarah merupakan kenyataan jangkaan. Anda tidak seharusnya meletakkan kebergantungan tidak munasabah ke atas semua kenyataan jangkaan ini, yang mencerminkan pandangan semasa pengurusan AB InBev, dan tertakluk kepada banyak risiko dan ketidakpastian tentang AB InBev dan SABMiller serta bergantung kepada banyak faktor, antaranya adalah di luar kawalan AB InBev. Terdapat faktor-faktor penting, risiko, dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan hasil dan keputusan sebenar berbeza, termasuk ketiadaan kepastian yang pendekatan dari segi urus niaga yang diusulkan yang digambarkan di dalam dokumen ini akan berkesudahan dengan tawaran atau persetujuan, atau mengikut syarat mana-mana persetujuan sebegitu, dan risiko yang berkaitan dengan AB InBev yang dinyatakan di bawah Perkara 3.D dalam Laporan Tahunannya pada Borang 20-F ("Borang 20-F") yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Tukaran AS ("SEC") pada 24 Mac 2015. Faktor-faktor lain yang tidak diketahui atau tidak boleh diramalkan boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan jangkaan.
Kenyataan jangkaan ini perlu dibaca bersama kenyataan peringatan lain yang disertakan dalam dokumen lain, termasuk Borang 20-F AB InBev yang terkini, laporan yang disediakan pada Borang 6-K, dan mana-mana dokumen lain yang diwar-warkan oleh AB InBev atau SABMiller kepada umum. Sebarang kenyataan jangkaan yang dibuat dalam komunikasi ini layak secara keseluruhannya dibuat dengan kenyataan peringatan ini, dan tiada jaminan yang keputusan atau perkembangan sebenar yang diharapkan oleh AB InBev akan direalisasikan, atau walaupun jika direalisasikan secara sebahagian besarnya, ia berkemungkinan tidak akan mempunyai kesan yang dijangka, atau memberi kesan yang sepatutnya, ke atas AB InBev atau perniagaannya, atau operasinya. Kecuali jika diwajibkan undang-undang, AB InBev tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak secara umum sebarang kenyataan jangkaan, sama ada keputusan daripada maklumat baharu, kejadian masa depan, atau sebaliknya.
Notis kepada pelabur AS
Jika AB InBev membuat tawaran kepada SABMiller, pemegang saham AS untuk syer SABMiller mesti memahami langkah dalam mana-mana urus niaga yang memerlukan kelulusan pemegang saham SABMiller yang mungkin akan dilaksanakan di bawah skema pelaksanaan UK yang disediakan di bawah undang-undang syarikat England. Jika demikian, dijangkakan mana-mana syer yang akan dikeluarkan di bawah urus niaga itu kepada pemegang saham SABMiller akan dikeluarkan bergantung kepada pengecualian daripada keperluan pendaftaran Akta Sekuriti AS 1933, yang dinyatakan dalam Seksyen 3(a)(10) di dalamnya dan tertakluk kepada keperluan pendedahan UK (yang berbeza daripada keperluan di Amerika Syarikat). Sebaliknya, urus niaga itu mungkin akan dilaksanakan melalui tawaran pengambilalihan di bawah undang-undang England. Jika demikian, mana-mana sekuriti yang dikeluarkan di bawah urus niaga kepada para pemegang saham SABMiller akan didaftarkan di bawah Akta Sekuriti AS, sekiranya tiada pengecualian daripada pendaftaran yang tertakluk. Jika urus niaga itu dilaksanakan melalui tawaran pengambilalihan UK, ia akan dilakukan dengan mematuhi undang-undang yang tertakluk di bawah Akta Tukaran AS 1934, termasuk sebarang pengecualian yang tertakluk yang dinyatakan di bawah Peraturan 14d-1(d).
Pemfailan ini tidak boleh dianggap sebagai tawaran untuk menjual atau pujukan terhadap tawaran untuk membeli mana-mana sekuriti, dan tiada jualan sekuriti yang boleh dilakukan dalam mana-mana bidang kuasa yang mana tawaran, pujukan terhadap jemputan, atau jualan sebegitu adalah menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti bagi mana-mana bidang kuasa tersebut. Tiada tawaran sekuriti boleh dibuat kecuali dengan prospektus yang memenuhi keperluan Seksyen 10 Akta Sekuriti 1933, mengikut pindaan.
WAKIL-WAKIL ANHEUSER-BUSCH INBEV |
||
Media |
Pelabur |
|
Marianne Amssoms Tel: +1-212-573-9281 |
Graham Staley Tel: +1-212-573-4365 E-mel: graham.staley@ab-inbev.com |
|
Karen Couck Tel: +1-212-573-9283 E-mel: karen.couck@ab-inbev.com |
Christina Caspersen Tel: +1-212-573-4376 |
|
Kathleen Van Boxelaer |
Heiko Vulsieck |
|
Steve Lipin, Brunswick Group US Tel: +1-212-333-3810 E-mel: slipin@brunswickgroup.com |
||
Richard Jacques, Brunswick Group UK Tel: +44-20-7404-5959 E-mel: rjacques@brunswickgroup.com |
||
Penasihat Kewangan - Lazard |
Broker Korporat – Deutsche Bank |
|
William Rucker / Charlie Foreman Tel: +44 20 7187 2000 |
Ben Lawrence / Simon Hollingsworth Tel: +44 20 7545 8000 |
Latar Belakang Anheuser-Busch InBev
Anheuser-Busch InBev merupakan sebuah syarikat dagangan awam (Euronext: ABI) yang berpusat di Leuven, Belgium, dengan Resit Depositori Amerika di Bursa Saham New York (NYSE: BUD). Ia merupakan syarikat pembuat bir global terkemuka dan merupakan salah satu daripada lima syarikat produk pengguna terbaik dunia. Bir, rangkaian sosial yang asal, telah membawa manusia bersama selama ribuan tahun dan portfolio kami yang terdiri daripada lebih 200 jenama bir terus menjalin hubungan yang kukuh bersama para pengguna. Ini termasuk jenama global Budweiser®, Corona® dan Stella Artois®; jenama antarabangsa Beck's®, Leffe®, dan Hoegaarden®; dan juara tempatan Bud Light®, Skol®, Brahma®, Antarctica®, Quilmes®, Victoria®, Modelo Especial®, Michelob Ultra®, Harbin®, Sedrin®, Klinskoye®, Sibirskaya Korona®, Chernigivske®, Cass®, dan Jupiler®. Dedikasi Anheuser-Busch InBev terhadap kualiti berasal sejak tradisi pembuatan bir selama lebih 600 tahun dan kilang pembuatan bir Den Hoorn di Leuven, Belgium, serta semangat rintis kilang pembuatan bir Anheuser & Co, dengan asal-usul di St. Louis, AS sejak tahun 1852. Dipelbagaikan secara geografi dengan pendedahan seimbang kepada pasaran maju dan membangun, Anheuser-Busch InBev memanfaatkan kelebihan bersama kakitangan mereka seramai kira-kira 155 000 orang yang ditempatkan di 25 buah negara seluruh dunia. Pada tahun 2014, AB InBev mencapai hasil sebanyak USD 47.1 bilion. Syarikat itu bercita-cita untuk menjadi Syarikat Bir Terbaik yang Membawa Masyarakat Bersama untuk Dunia yang Lebih Baik. Ketahui lebih lanjut di ab-inbev.com, melalui facebook.com/ABInBev atau di Twitter melalui @ABInBevNews.
BUKAN UNTUK DISIARKAN, DITERBITKAN, ATAU DIEDARKAN SECARA KESELURUHAN ATAU SEBAHAGIAN, KE DALAM ATAU DARIPADA SEBARANG BIDANG KUASA YANG MANA TINDAKAN SEBEGITU DIANGGAP SEBAGAI PELANGGARAN UNDANG-UNDANG ATAU PERATURAN BERKAITAN BAGI BIDANG KUASA ITU.
PENGUMUMAN INI BUKAN PENGUMUMAN NIAT PASTI UNTUK MEMBUAT TAWARAN DI BAWAH PERATURAN 2.7 BAGI KOD BANDAR TENTANG PENGAMBILALIHAN DAN PENGGABUNGAN SERTA TIADA KEPASTIAN TENTANG SEBARANG TAWARAN YANG AKAN DIBUAT