omniture

Melancong dengan Harga Lebih Murah Bersama Eurail: Promosi Luar Puncak Kini Berlangsung

Eurail Group G.I.E.
2015-10-09 21:46 385

UTRECHT, Belanda, 8 Oktober 2015/PRNewswire/ --

Penjimatan Pas Eurail dan promosi hari perjalanan tambahan sediakan lebih insentif untuk mengalami yang terbaik di Eropah melalui rel   

Hingga penghujung tahun ini Eurail menawarkan pelanggan dengan potongan 20 peratus daripada harga biasa bagi Pas Global dan Pas Terpilih Eurail, satu hari perjalanan tambahan percuma untuk para pelancong yang membeli Pas Serantau atau Pas Satu Negara Eurail. Sah untuk keseluruhan rangkaian jenis Pas Eurail, Pas-pas promosi boleh didapati sehingga 31 Disember 2015.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150803/254117LOGO )

"Kami telah menyaksikan populariti pelancongan dalam musim luar puncak yang meningkat ketika semakin ramai pelancong antarabangsa mengetahui manfaat mengembara ke seluruh Eropah apabila para pelancong musim panas telah pulang," kata Silvia Görlach, Pengurus Jualan dan Pemasaran Eurail Group.

"Pada musim luruh dan sejuk, Eropah merupakan pengalaman yang menarik dan mampu dinikmati. Pelanggan Eurail kami bukan sahaja dapat mengakses perjalanan rel tanpa had di seluruh Eropah dengan penjimatan sebanyak 20 peratus atau satu hari perjalanan percuma, tetapi mereka juga dapat memanfaatkan tambang udara yang lebih rendah ke Eropah, kadar penginapan lebih murah, serta barisan menunggu yang lebih pendek untuk mengunjungi kawasan tarikan yang terkenal," tambah Cik Görlach.

Semasa musim yang lebih sejuk, Eropah masih mempunyai banyak tarikan untuk ditawarkan. Dengan suasana yang meriah dan mesra, destinasi di seluruh Eropah menyediakan sesuatu untuk setiap pelancong seperti pasar tradisional, pesta musim sejuk, sukan salji dan pameran kebudayaan yang unik, semuanya dipenuhi aktiviti-aktiviti yang hebat. Pemegang Pas Eurail yang menginginkan suhu lebih panas masih boleh memilih untuk menghala ke selatan iaitu ke arah pesisir Mediterranean atau Kepulauan Greek.

Para pelanggan yang membeli Pas Global atau Pas Terpilih Eurail pada kadar istimewa yang lebih rendah sebelum 31 Disember 2015 dapat melancong ke Eropah sehingga 1 April 2016. Pas Global Eurail sah untuk perjalanan di 28 buah negara Eropah dan memberikan tetamu antarabangsa dengan kebebasan dan kefleksibelan bagi mencipta perjalanan mereka sendiri. Pas Terpilih, Serantau dan Satu Negara Eurail menyediakan pilihan untuk pelancong yang ingin mengembara antara satu hingga empat buah negara Eurail yang mengambil bahagian dengan lebih mendalam.

Pas Eurail boleh didapati daripada rangkaian sedunia Ejen Jualan Am Disahkan. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: http://www.eurailgroup.org/eurail-vendors.

Ditubuhkan pada tahun 2001, Eurail Group G.I.E. merupakan organisasi yang berdedikasi terhadap pengurusan produk-produk Eurail dan Interrail, untuk penduduk bukan Eropah serta Eropah. Dimiliki oleh lebih 35 buah syarikat rel dan perkapalan, Eurail Group G.I.E. bekerjasama dengan hotel-hotel, syarikat-syarikat pengangkutan dan tarikan untuk menawarkan manfaat tambahan yang istimewa kepada semua pemegang Pas Eurail.

Versi bahasa Inggeris untuk siaran media ini disediakan oleh Eurail Group G.I.E manakala terjemahan oleh pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut tentang Eurail kunjungi  http://www.eurailgroup.org.

Source: Eurail Group G.I.E.
Keywords: Railroads and Intermodal Transportation Transportation Travel New products/services