omniture

Persatuan Perubatan India Sangkal Dakwaan Yang Disasarkan Kepada Bakal Presiden Persatuan Perubatan Dunia - Dr Ketan Desai

Indian Medical Association
2015-10-12 09:03 250

NEW DELHI, 12 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Asalnya dipilih sebagai Presiden WMA pada tahun 2009, Dr. Desai telah disekat daripada mengambil alih sebagai Presiden pada tahun 2010 semasa berlangsungnya Perhimpunan Agung di Kanada disebabkan oleh tujuh kes yang dilaporkan ke atasnya berkaitan rasuah, oleh kerajaan India.

CBI telah menyiasat kes-kes ini dengan terperinci selama lebih dua tahun dan menutup kes aset tidak seimbang, memberikan beliau dengan rekod yang bersih daripada segala bentuk penyelewengan kewangan.

WMA pada tahun 2010 di Perhimpunan Agungnya telah mengiktiraf dan bersetuju dengan undang-undang India bahawa Dr. Desai adalah tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah. Dr. Desai tidak pernah didakwa dan layak mengambil tempatnya di WMA.

Pada tahun 2013, Perhimpunan Agung Brazil telah menarik balik penggantungannya. Suatu mesyuarat majlis di Jepun telah menyusun langkah-langkah untuk melakukan pelantikan semula beliau pada tahun 2016, berdasarkan komunikasi yang dihantar oleh Persatuan Perubatan India (IMA), melampirkan surat CBI yang menyenaraikan status bagi tujuh kes ke atas beliau yang telah disahkan di Perhimpunan Agung WMA Afrika Selatan pada tahun 2014.

Dipilih sebulat suara sebanyak tiga kali untuk mengetuai Majlis Perubatan India, dahulunya dikenali sebagai Persatuan Perubatan India, beliau memainkan peranan penting dalam mengubah pendidikan perubatan, melaksanakan peperiksaan perubatan kemasukan sepunya, menjadikan penyelidikan wajib bagi setiap pengajar dan pelajar lepasan ijazah; serta undang-undang ketat untuk mencegah perkaitan antara syarikat farmaseutikal dan doktor serta pengambilan doktor palsu.

Beliau merupakan Profesor dan Ketua Urologi di Kolej Perubatan B J Kerajaan yang berprestij, di Ahmedabad (1988-2015), dan Presiden Majlis Perubatan Gujarat (1993-2010). Beliau merupakan ahli institut bagi Badan Institut Perdana seperti AIIMS (New Delhi), PGIMER (Chandigarh), Lembaga Penasihat Teknikal Ubat-ubatan (New Delhi) dan Lembaga Peperiksaan Kebangsaan (NBE).

Dr. Desai telah meraih beberapa anugerah seperti Anugerah Kebangsaan Dr. B C Roy bagi kategori Pengajar Perubatan Cemerlang, Profesor Pelawat oleh Universiti Perubatan Dr. M G R, Anugerah Kebangsaan Dr. A K N Sinha menerusi sumbangan beliau kepada bidang perubatan oleh IMA, Anugerah Pingat Emas Presiden atas sumbangan luar biasa beliau kepada Urologi oleh Persatuan Urologi India dll.

Penerima Anugerah Padma Shri - Dr. A Marthanda Pillai, Presiden Kebangsaan dan Dr. K K Aggarwal, Setiausaha Agung Kehormat, IMA, dalam suatu kenyataan bersama menyatakan, "Tindakan adalah lebih penting daripada kata-kata dan peranan penting yang dimainkan oleh Dr. Desai dalam memperkemaskan bidang perubatan tidak boleh dinafikan oleh beberapa tuduhan palsu. Kebenaran mesti ditegakkan dan politik tidak patut menghalang beliau daripada mengambil tempat yang selayaknya sebagai Presiden Persatuan Perubatan Dunia."

Latar Belakang IMA: 

Persatuan Perubatan India merupakan satu-satunya organisasi sukarela kebangsaan yang mewakili Doktor-doktor bagi Sistem Perubatan Saintifik Moden, yang menjaga kepentingan para doktor dan kesejahteraan masyarakat umum. Persatuan ini mempunyai ibu pejabat di Delhi dan memiliki cawangan Negeri / Wilayah di 29 Negeri serta Wilayah Kesatuan. Ia mempunyai lebih 253,000 orang doktor sebagai ahlinya melalui lebih 1650 cawangan setempat yang aktif di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://www.ima-india.org/ima/

Wakil Media:
En. Sanjay Sharma
+91-9811007828
hsg@ima-india.org
Sel Sokongan Awam & Media IMA

Source: Indian Medical Association
Keywords: Health Care/Hospital Legal issues