omniture

YES BANK Sebagai Bank India Pertama Dipilih dalam Indeks Kemampanan Dow Jones

YES BANK India
2015-10-13 11:27 312

MUMBAI, 13 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- YES BANK, bank sektor swasta kelima terbesar di India, telah menjadi bank pertama India yang dipilih sebagai komponen indeks bagi Indeks Kemampanan Dow Jones (DJSI) dalam Indeks Pasaran Membangun. Indeks ini terdiri daripada 92 buah syarikat dari 14 buah negara ekonomi membangun termasuk China, Brazil, Afrika Selatan dan Taiwan. Sejumlah 116 buah bank dari ekonomi membangun telah diundang untuk mengambil bahagian, yang mana YES BANK merupakan satu-satunya Bank India yang disertakan.

Untuk dipilih ke dalam DJSI, YES BANK telah melalui proses penilaian yang teliti ke atas 1000 titik data yang melibatkan dimensi ekonomi, sosial dan persekitaran. Pemilihannya ke dalam DJSI merupakan testimoni terhadap usaha YES BANK ke arah perbankan mampan untuk ekonomi mampan.

Baru-baru ini, YES BANK dan Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) telah membuka dagangan Bon Masala Hijau pertama dunia sebanyak INR 3.15 bilion yang dikeluarkan oleh IFC dan tersenarai di Bursa Saham London. YES BANK telah mengeluarkan Bon Infrastruktur Hijau pertama India bernilai INR 1000 karor (USD 160 juta) dengan pilihan tapak hijau yang menyaksikan permintaan kukuh daripada para pelabur global dan domestik yang terkemuka.

Rana Kapoor, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif, YES BANK, berkata, "Kami sangat berbangga kerana dapat menjadi Bank India pertama yang dipilih dalam Indeks Kemampanan Dow Jones, bagi Indeks Pasaran Membangun. Kami yakin bank-bank yang menjadi teras kepada sesuatu ekonomi, perlu membawa dan menyampaikan impak positif. YES BANK berusaha untuk menetapkan tanda aras industri ke arah mewujudkan ekosistem yang mampan dan memberi khidmat kepada pengguna, pelanggan, pekerja dan komuniti kami dengan lebih baik. Kami pastinya berharap pengiktirafan global yang diperoleh ini akan memperjuangkan kemampanan dan pengurusan persekitaran dalam seluruh sektor perbankan."

Latar Belakang YES BANK 

YES BANK, Bank sektor swasta kelima terbesar di India dengan kehadiran di seluruh India di 29 buah negeri dan 7 Wilayah Kesatuan India, dan beribu pejabat di Daerah Inovasi Parel Selatan (LPID) Mumbai, merupakan hasil komitmen profesional dan keusahawanan Pengasasnya, Rana Kapoor, serta pasukan Pengurusan Tertingginya, untuk menubuhkan Bank India swasta yang berkualiti tinggi dan berpusatkan pelanggan yang dapat memenuhi keperluan perniagaan masa depan India. 

YES BANK semakin berkembang sebagai Bank Profesional India dengan misi jangka panjang iaitu 'Membina Bank Besar Berkualiti Terbaik Dunia di India' menjelang tahun 2020.  

Wakil:
YES BANK
Jitesh Patel
jitesh.patel@yesbank.in
Tel.: +91-9820813570

Adfactors
jyothi@adfactorspr.com
Tel: +91-9702488388

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151012/769006

Source: YES BANK India
Keywords: Banking/Financial Service Awards