omniture

Pantos Logistics, Dipilih sebagai Syarikat Logistik Nombor Satu dalam Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan Indonesia

Pantos Logistics
2012-12-05 16:47 246

SEOUL, Korea Selatan, 5 Dis, 2012 /PRNewswire/ --

- Pantos meraih tempat pertama dalam kaji selidik kepuasan pelanggan yang dijalankan oleh SWA

Pantos Logistics meraih tempat pertama dalam kaji selidik kepuasan pelanggan di Indonesia.

Pantos Logistics mengumumkan bahawa Syarikat itu telah menerima markah paling tinggi dalam kaji selidik kepuasan pelanggan yang dijalankan oleh SWA (Dilaporkan pada 'SWA Plus', Edisi Khas SWA), satu daripada majalah perniagaan di Indonesia.

SWA telah menjalankan kaji selidik ke atas 257 pengirim konsainan berhubung tahap dan maksud kepuasan pelanggan untuk tujuan pengesyoran bagi syarikat-syarikat logistik, dan pematuhan dengan tarikh habis tempoh, kebolehpercayaan dan kualiti produk perkhidmatan syarikat-syarikat logistik telah dimasukkan dalam kaji selidik itu.

Dalam kaji selidik ini, Pantos Logistics mencapai markah 100% dalam tahap kepuasan pelanggan, dan masing-masing 80% dan 90% untuk tahap maksud pengesyoran dan jumlah mata, dan dinamakan sebagai syarikat nombor satu dalam industri logistik. Keputusan ini sangat bermakna memandangkan Pantos Logistics berjaya untuk mendapatkan markah paling tinggi dan mengatasi beberapa syarikat logistik global yang utama.

Seorang pegawai dari Pantos Logistics Indonesia berkata, "Kami sangat gembira untuk mendengar bahawa Pantos Logistics telah dipilih sebagai syarikat logistik dengan tahap kepuasan pelanggan yang paling tinggi. Kami akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami dengan perkhidmatan logistik global bersepadu sehenti yang dibeza-bezakan."

Sejak bermulanya operasi syarikat itu di Indonesia pada tahun 1997, Pantos Logistics telah menyediakan perkhidmatan logistik yang meluas berdasarkan kepada rangkaian perniagaan yang meliputi ke seluruh pelusuk negara. Di samping pusat operasi logistik yang berskala besar yang terletak di sebuah tanah lot berukuran 70,000m2 berhampiran Jakarta, Syarikat itu telah memperluaskan rangkaian gudang dan kemudahan penghantaran kargo ke seluruh negara dalam usaha untuk muncul sebagai syarikat perniagaan logistik yang utama di sana.

Hubungan Media:
Pantos Logistics Indonesia
JINKYOON PARK
Jk.park@pantos.com
+62-811-979-0407

SUMBER Pantos Logistics

Source: Pantos Logistics
Keywords: Transportation Survey, Polls & Research