omniture

Vocalcom Tersenarai Aplikasi Perisian Pusat Panggilan Terbaik oleh GetApp untuk Suku Ketiga 2015

Vocalcom
2015-10-16 09:00 317

PARIS, 16 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Vocalcom, penyedia perisian pusat hubungan awan global, hari ini mengumumkan ia telah disenaraikan antara penyedia Perisian Pusat Panggilan Awan terbaik oleh GetApp, dengan memberikan perniagaan kemampuan untuk menghubungkan individu kepada prospek dan pelanggan dengan segera, menambah baik prestasi jualan, serta menggembirakan pelanggan melalui khidmat pelanggan yang hebat.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150902/263192LOGO )

GetApp, sebuah syarikat Gartner yang mengkhusus dalam memadankan organisasi dengan aplikasi perniagaan yang tepat, menerbitkan senarai mereka bagi 25 aplikasi Perisian Pusat Panggilan berasaskan awan terbaik, GetRank. Vocalcom telah mendapat tempat pertama dalam GetRank untuk suku ketiga berturut-turut dalam kategori Perisian Pusat Panggilan dengan skor keseluruhan sebanyak 82.

Setiap aplikasi diberikan skor menerusi lima kriteria, setiap satunya bernilai 20 markah, untuk jumlah skor yang boleh diperoleh sebanyak 100: Penilaian Pengguna, Penyepaduan, Aplikasi Mudah Alih, Kehadiran Media, dan Sekuriti. Setiap skor aplikasi GetRank adalah bebas sepenuhnya daripada kepentingan komersial dan hubungan sedia ada yang mungkin dimiliki oleh GetApp dengan vendor aplikasi.

"Memperoleh tempat pertama dalam GetRank Suku Ketiga bagi pusat panggilan berasaskan awan merupakan penghormatan yang besar bagi kami semua di Vocalcom. Kami tidak mungkin berada pada kedudukan kami sekarang tanpa usaha yang telah menjadikan teknologi kami intuitif dan bersepadu sepenuhnya dengan CRM terbaik dalam industri," kata Anthony Dinis, Ketua Pegawai Eksekutif Vocalcom. "Kami ingin berterima kasih kepada pelanggan yang membuat penilaian perisian kami dan membantu kami memperoleh kedudukan #1 untuk aplikasi perisian pusat panggilan terbaik dan kami terhutang budi atas segalanya kepada mereka."

Pengiktirafan ini hadir pada masa yang tepat dengan pengumuman pelancaran Vocalcom baru-baru ini bagi Click2Start, platform komunikasi pelanggan awan untuk perniagaan kecil yang membolehkan anda mengekalkan kegembiraan pelanggan sedia ada, menarik pelanggan baharu dan mengembangkan perniagaan anda. Ketahui bagaimana perisian pusat panggilan Vocalcom dapat membantu anda menarik lebih banyak pelanggan, dan menawarkan perkhidmatan pelanggan yang pantas dan berguna merentasi setiap saluran dengan percubaan percuma kami.

Antara kategori yang diketengahkan dalam laporan itu, Vocalcom mendahului dalam sekuriti sistem, sebahagiannya kerana seni bina pusat panggilan awan uniknya yang dihoskan di Amazon Web Services (AWS), peneraju dunia bagi infrastruktur awan menurut Laporan Magic Quadrant IaaS 2015 yang terkini daripada Gartner.

Latar Belakang Vocalcom

Vocalcom merupakan penyedia global bagi teknologi awan yang membantu perniagaan menarik lebih banyak pelanggan, menyampaikan perkhidmatan lebih cepat dan pintar, dan berkembang maju. Digemari lebih 550,000 pengguna kerana rekaan inovatif dan ciri-ciri berguna, Vocalcom menguasakan lebih 3,600 buah syarikat di seluruh dunia seperti McDonald's, Disney, dan ITV, yang menggunakan teknologi hubungan pelanggan awan Vocalcom untuk menambah baik prestasi jualan, dan menawarkan perkhidmatan pelanggan yang pantas serta berguna merentasi setiap saluran. Kami membawakan semua perbualan pelanggan ke satu tempat, tanpa mengira sumbernya; telefon, web, e-mel, mesej teks atau platform media sosial – menghapuskan pemisahan antara saluran komunikasi dan CRM sambil mengekalkan komunikasi terperibadi dan berkonteks dalam semua saluran untuk lebih kepuasan, hubungan lebih baik, serta penyelesaian lebih pantas untuk pelanggan anda. Jadi, pasukan anda dapat bekerja dengan lebih pintar dan berprestasi lebih baik sementara pelanggan anda mendapat jawapan yang mereka cari dengan cepat serta andal – setiap masa.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Myriam Ghedas
+33155373050
m.ghedas@vocalcom.com

Sumber: Vocalcom

Source: Vocalcom
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Awards