SINGAPURA, 16 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Genie Networks, peneraju bagi analisis trafik rangkaian dan penyelesaian sekuriti Penafian Perkhidmatan Tersebar (DDoS), hari ini mengumumkan ia telah meraih Anugerah Frost & Sulllivan bagi kategori "Kepimpinan Strategi Barisan Produk Pengesanan DDoS APAC". Anugerah itu mengiktiraf Genie Networks hasil daripada kecemerlangan dan komitmennya untuk membangunkan barisan produk yang dapat menangani keperluan sekuriti DDoS penyedia khidmat komunikasi di seluruh rantau ini.
Dalam kalangan semua penyelesaian perlindungan DDoS yang terdapat dalam pasaran semasa, cabaran sebenar terletak pada kenyataan bahawa kebanyakan produk ini hanya dapat melakukan pengesanan berasaskan pautan, yang boleh menjadi amat mahal apabila dilaksanakan dalam rangkaian berskala besar. Genie Networks menawarkan penyelesaian berasaskan aliran yang melakukan proses pengesanan dan pengenalpastian DDoS dengan cara yang menjimatkan kos dan berkesan dalam penggunaan rangkaian berskala luas.
Barisan produk Genie melengkapi penyelesaian mitigasi DDoS berasaskan pautan daripada pelbagai vendor. Genie bekerjasama dengan vendor-vendor ini untuk menawarkan perkhidmatan perlindungan DDoS holistik yang dapat melakukan pengesanan dan pengurusan daripada awan, termasuk rangkaian penyedia khidmat komunikasi. Strategi ini telah membolehkan Genie meraih Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan 2015.
"Dalam landskap ancaman yang berevolusi pantas yang mana serangan DDoS menjadi semakin canggih dan kerap, terdapat keperluan untuk teknologi sekuriti yang dapat mengesan dan mengenal pasti serangan sedemikian dengan cepat serta tepat," kata Penganalisis Kanan Industri Frost & Sullivan Charles Lim. "Genie Networks amat pakar dalam bidang ini, dan telah muncul sebagai vendor sekuriti yang mantap dari Asia. Sistem pengesanan DDoSnya yang mantap melengkapi teknologi pengurusan DDoS sedia ada, seterusnya memungkinkan platform yang lengkap untuk melindungi DDoS."
"Kami gembira kerana telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij ini oleh Frost & Sullivan," kata Denis Miu, Ketua Pegawai Eksekutif Genie Networks. "Anugerah ini mengiktiraf dedikasi dan kerja keras daripada pasukan GenieATM kami. Memanfaatkan pengalaman 15 tahun kami dalam pasaran industri penyedia khidmat komunikasi dan penyelesaian anti-DDoS, Genie Networks telah melalui tempoh pertumbuhan yang pesat dalam jualan selain keterlihatan jenama. Penting untuk pasaran menyedari bahawa Genie Networks terus berkembang serta membangun, dan anugerah ini mengesahkan kami sedang mengusahakannya."
Anugerah Amalan Terbaik Asia Pasifik Frost & Sullivan mengiktiraf syarikat-syarikat dalam pelbagai pasaran serantau dan global kerana menunjukkan pencapaian luar biasa serta prestasi hebat dalam bidang-bidang seperti kepimpinan, inovasi teknologi, khidmat pelanggan dan pembangunan produk berstrategi.
Latar Belakang Frost and Sullivan
Frost & Sullivan, Syarikat Kerjasama Pertumbuhan, berkolaborasi dengan para pelanggan untuk memanfaatkan inovasi berwawasan yang dapat menangani cabaran global serta peluang pertumbuhan berkaitan yang akan menentukan kejayaan peserta pasaran masa kini. Selama lebih 50 tahun, kami telah membangunkan strategi pertumbuhan untuk 1000 global, perniagaan baharu, sektor awam dan komuniti pelaburan. Adakah organisasi anda bersedia untuk berhadapan dengan gelombang besar seterusnya yang melibatkan penyatuan industri, teknologi disruptif, peningkatan kehebatan daya saing, Trend Mega, amalan terbaik baharu, perubahan dinamik pelanggan dan ekonomi membangun? Hubungi Kami: Mulakan perbincangan
Latar Belakang Genie Networks
Diasaskan pada Jun 2000, Genie Networks Ltd. (Genie Networks) telah menjadi syarikat teknologi terkemuka yang menyediakan penyelesaian perangkaian dan sekuriti untuk mengoptimumkan prestasi serta mengurangkan kos operasi rangkaian besar. Beribu pejabat di Taipei, Taiwan, kami mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Taiwan serta pejabat-pejabat serantau di Beijing, Shanghai, Tokyo dan Taipei. Kami memasarkan produk kami melalui kombinasi angkatan jualan langsung dan rakan saluran di seluruh dunia. Pelanggan-pelanggan kami termasuk penyedia khidmat komunikasi, organisasi kerajaan, universiti dan perusahaan dalam pelbagai sektor (khidmat kewangan, pengilangan, dll.). Sehingga kini, lebih 1,200 peralatan rangkaian GenieATM telah dipasang, memberi khidmat kepada hampir 500 pelanggan di seluruh dunia. Penyelesaian kami berjaya membantu pelanggan kami meningkatkan pulangan pelaburan rangkaian dengan memenuhi keperluan operasi serta sekuriti rangkaian mereka dengan cara yang menjimatkan kos.