omniture

Dr. Ralf Koster Diiktiraf sebagai "Usahawan Terbaik 2015"

BARTEC GmbH
2015-10-19 08:10 347

BAD MERGENTHEIM, Jerman, 19 Oktober 2015 /PRNewswire/ --

Personaliti terkemuka daripada syarikat-syarikat Jerman bersaiz sederhana diberi penghormatan atas kekuatan inovasi dan prestasi mereka yang cemerlang dalam pertandingan tahun ini.

Anugerah terkemuka "Usahawan Terbaik Tahunan" yang bermatlamat untuk mengiktiraf kecemerlangan kepimpinan dalam syarikat Jerman bersaiz sederhana telah disampaikan dalam edisi ke-19nya. Dr. Ralf Koster telah dipilih sebagai pemenang bagi kategori "industri". Sejak tahun 2004, Dr. Ralf Koster mengurus BARTEC Group global sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Dalam menyampaikan anugerah itu, para juri secara khusus mengiktiraf komitmen dan wawasan keusahawanan Dr. Ralf Koster yang boleh dicontohi selain motivasi untuk berjaya sebagai sebuah pasukan. Ini dengan jelas menjadi sumbangan mantap kepada kekuatan inovasi dan daya saing persekitaran perniagaan Jerman.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151016/277622 )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151016/277621 )

"Saya berbesar hati menerima pengiktirafan ini yang ingin saya kongsi dengan seluruh syarikat – kakitangan kami, pasukan pengurusan dan pemegang saham. Usaha kami secara bersama merupakan pendorong penting terhadap pertumbuhan dinamik BARTEC Group, kemunculannya sebagai Pemain Global dan kedudukannya sebagai salah sebuah syarikat Jerman bersaiz sederhana paling inovatif," jelas Dr. Ralf Koster. "Fokus yang jelas terhadap keperluan pelanggan dan penyediaan penyelesaian, pengantarabangsaan yang tekal dan struktur organisasi yang cekap dalam menghadapi persekitaran pasaran yang semakin kompleks merupakan prasyarat utama untuk menjadi pemimpin pasaran dunia dalam perlindungan letupan."

Latar Belakang BARTEC 

BARTEC merupakan penyedia terkemuka dunia bagi perlindungan daripada letupan. Pakar-pakar di BARTEC Group membangunkan produk dan penyelesaian yang dapat mencegah letupan di mana-mana bahan berbahaya mungkin berada bagi memastikan keselamatan orang ramai dan persekitaran. Pelanggan-pelanggan di peringkat antarabangsa terdiri daripada industri minyak & gas selain syarikat-syarikat kimia, petrokimia dan farmaseutikal. Bagi menawarkan khidmat pelanggan di lokasi, BARTEC beroperasi di seluruh dunia dengan rangkaian antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.bartec.de.

- Rujukan silang: Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com) dan http://www.presseportal.de/nr/118542

Hubungi:
BARTEC GmbH, Daniela Deubel, Pengarah Komunikasi Korporat Global
Telefon: +49(0)7931-597-324, daniela.deubel@bartec.de

Sumber: BARTEC GmbH

Source: BARTEC GmbH
Related Links:
Keywords: Chemical Gas Oil/Energy Utilities Awards