omniture

Broker Turki Ak Investment Mula Menawarkan MetaTrader 4

MetaQuotes Software Corp.
2015-10-19 17:45 387

ISTANBUL, 19 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Hari ini, Ak Investment, salah satu broker terbesar di Turki, dengan rasminya melancarkan platform MetaTrader 4 untuk perdagangan Forex dan CFD. Syarikat itu kini menawarkan pedagangnya dengan akses kepada kefungsian platform popular itu yang beraneka – segala yang diperlukan oleh pedagang bermula daripada fungsi dagangan dan analitikal, kepada dagangan salinan serta gedung aplikasi robot dagangan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140424/683323)

"Kami di Ak Investment berbangga memperkenalkan MetaTrader 4, platform dagangan FX paling digemari di dunia, melalui tanda niaga TradeAll. Kami yakin kami akan menyumbang untuk meluaskan jumlah pasaran FX Turki dengan teknologi MetaTrader 4 yang dipertingkat dan saluran pengedaran kami yang luas selain kumpulan pelanggan kami," ujar Mert Erdoğmuş, Ketua Pegawai Eksekutif Ak Investment tentang peristiwa itu. 

"Kerjasama kami bersama Ak Investment menandakan satu tahap pencapaian bagi syarikat kami serta para pedagang Turki, dan kami menantikan usaha perluasan dan perkembangan akan datang", kata Ketua Pegawai Eksekutif MetaTürk Software Mehmet Yıldız.

Oktober merupakan bulan yang dipenuhi dengan hebahan akhbar penting untuk MetaQuotes dan MetaTürk Software. Selain penerimaan Ak Investment bagi platform MetaTrader 4, platform MetaTrader 5 telah dilancarkan secara rasmi di Borsa Istanbuk (BIST). Ini merupakan peristiwa penting yang mengukuhkan kedudukan MetaTürk, yang mempromosikan penyelesaian dagangan paling canggih kepada pasaran kewangan Turki selain di Timur Tengah.

Latar Belakang MetaQuotes Software

Ditubuhkan pada tahun 2000, MetaQuotes Software Corp. telah membangunkan platform dagangan untuk pasaran kewangan di bawah tanda niaga MetaTrader. Organisasi ini terkenal di peringkat antarabangsa sebagai peneraju dalam pasaran perisian kewangan. Platform dagangan MetaTrader kini ditawarkan oleh lebih 750 buah syarikat pembrokeran dan bank di seluruh dunia.
http://www.metaquotes.net

Latar Belakang Ak Investment

Ak Investment telah ditubuhkan pada tahun 1996 sebagai sebuah syarikat pembrokeran pelaburan untuk menyediakan perkhidmatan pembrokeran penuh dan perbankan pelaburan dalam pasaran Turki kepada para pelanggan runcit serta korporat. Pada tahun 2009, Ak Investment memindahkan perkhidmatan pembrokeran runcit kepada syarikat induknya, Akbank, salah sebuah bank terbesar di Turki. Kini, produk penyelidikan Ak Investment diedarkan kepada pelabur runcit melalui 800 cawangan Akbank. Perkhidmatan ini boleh didapati oleh pelanggan sepanjang masa melalui Internet. Menurut Pertubuhan Pasaran Modal Turki 2015/06; bagi "Komisen bagi Dagangan Saham Biasa" dan "Komisen bagi Dagangan Terbitan", Ak Investment tersenarai di kedudukan ke-5 dan berada pada kedudukan ke-3 dalam "Komisen Dagangan Bersih".
https://www.akyatirim.com.tr

SUMBER  MetaQuotes Software Corp.

Source: MetaQuotes Software Corp.
Keywords: Banking/Financial Service Electronic Commerce Internet Technology New products/services