omniture

Agua Brands Bergabung Tenaga dengan Kuasa Antarabangsa Horizons Ventures

Agua Brands
2015-10-19 22:00 117

NEW YORK dan HONG KONG, 19 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Agua Brands, pengeluar Agua Energy Water dan Agua Fruit Essence, hari ini mengumumkan pelaburan oleh Horizons Ventures, cabang pelaburan persendirian En. Li Ka Shing. Pelaburan berstrategi oleh pelabur Hong Kong itu akan menyediakan Agua Brands dengan sokongan dan akses kepada rangkaian pengedaran antarabangsa yang luas. Presiden Syarikat itu, Michael Venuti, yakin dengan bergabung tenaga bersama Horizons Ventures, "Jenama itu akan mempunyai platform dan kehadiran antarabangsa yang hebat ketika bekerjasama dengan kuasa besar global yang pelaburan jenama dan teknologinya telah menunjukkan kejayaan yang tersohor di peringkat antarabangsa." Jumlah pelaburan dan perincian urus niaga lain tidak dinyatakan.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151016/277911 

Pelaburan itu akan memulakan pelan perluasan antarabangsa Agua, yang bermula di Asia - pasaran pelancaran sempurna untuk memperkenalkan minuman tenaga segera yang lebih sihat. Pengasas Syarikat itu, iaitu mantan eksekutif vitaminwater, merupakan perintis inovatif di sebalik penciptaan minuman air tenaga tanpa gimik, sihat, berkalori rendah dan menghidrat, yang diperoleh daripada sumber semula jadi kafein, beri guarana.

"Pasukan pengurusan Agua membawakan kekayaan pengalaman dalam membangunkan dan memasarkan minuman inovatif di A.S.," kata Chris Lai daripada Horizons Ventures. "Kami yakin kerjasama kami akan menyatukan segala unsur yang tepat untuk membina sebuah syarikat minuman global yang menyediakan minuman sihat untuk pengguna."

Agua Brands dilancarkan pada tahun 2012 dengan misi jenama untuk menghasilkan penyelesaian lebih sihat dalam kategori minuman sedia ada dan mewujudkan ruang untuk kumpulan minuman sihat kontemporari dalam dunia minuman yang amat diperlukan. Rangkaian Energy Water dibungkus dengan ceria dan tersedia dalam perisa Tea & Lemonade, Kiwi Strawberry, Fruit Punch, Orange Passion serta Pomegranate Acai dan setiap botol mengandungi kandungan kafein yang sama seperti secawan kopi pagi anda. Rangkaian Fruit Essence berkalori sifar yang baru dilancarkan dipenuhi dengan elektrolit dan merupakan alternatif mudah kepada lapan gelas air sehari, yang akhirnya menjadikan penghidratan berperisa yang ceria dalam enam variasi buah-buahan yang dipertingkat. Kerjasama Horizons Ventures ini akan membolehkan minuman lebih sihat didapati di seluruh dunia.

Latar Belakang Agua Brands
Agua Brands telah dilancarkan pada tahun 2012 oleh pengasas Dr. Carol Dollard, Ph.D., mantan Ketua Pegawai Operasi Glacéau (vitaminwater), dan mantan Ketua Pegawai Kewangan Glacéau Michael Venuti, yang berkhidmat sebagai Presiden. Beliau dan Venuti memanfaatkan pengalaman mereka dengan air yang dipertingkat dan minuman tenaga untuk memperkenalkan kategori minuman baharu buat para pengguna yang mementingkan kesihatan. Jenama-jenama Agua kini terdapat di Fairway Market, lokasi Shop-Rite dan Kroger terpilih, Amazon dan beberapa peruncit bebas. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.drinkagua.com, Facebook.com/aguaenerviva, Twitter.com/drinkagua dan Instagram.com/drinkagua.

Latar Belakang Horizons Ventures
Cabang pelaburan persendirian En. Li Ka-Shing, Horizons Ventures merupakan pelabur terkemuka dalam beberapa syarikat dan teknologi disruptif yang paling inovatif di dunia, termasuk Facebook, Waze, Spotify, Impossible Foods, Hampton Creek, serta Celsius.

Source: Agua Brands
Keywords: Beverages Non-Alcoholic Beverages New products/services