IoT Gateway untuk KEPServerEX sediakan sistem perniagaan perusahaan dengan akses kepada data masa-nyata daripada kelengkapan perindustrian
PORTLAND, Maine, 20 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Kepware® Technologies, sebuah syarikat pembangunan perisian yang memfokuskan komunikasi untuk automasi, hari ini mengumumkan pelancaran IoT Gateway untuk KEPServerEX® versi 5.19. Dibina untuk menyokong penggunaan Internet Perkara Perindustrian (IIoT), IoT Gateway menstrim data jentera dan sensor masa-nyata kepada platform perisian berasaskan awan untuk analitik masa-nyata.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151016/277869-INFO
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130402/NE86794LOGO
"Teknologi baharu ini akan membantu organisasi-organisasi mengekstrak maklumat perniagaan malah dapat mewujudkan aliran hasil berasaskan perkhidmatan baharu daripada data jentera yang sebelum ini tidak diambil," kata Tony Paine, Ketua Pegawai Eksekutif, Kepware. "IoT Gateway membolehkan kami mengekstrak nilai yang lebih besar daripada data yang telah pun dikumpul oleh KEPServerEX. Selain itu, kami yakin teknologi ini berpotensi untuk membantu merapatkan jurang yang telah lama wujud antara Teknologi Operasi dan Teknologi Maklumat."
Dengan memanfaatkan lebih 150 protokol komunikasi yang disokong oleh platform KEPServerEX, IoT Gateway dapat menstrim data daripada ribuan sensor perindustrian dan jentera kepada aplikasi perisian Data Besar dan analitik berasaskan awan. Ia turut menyokong format data yang boleh disesuaikan bagi memastikan kesesuaian dengan kebanyakan aplikasi MQTT dan REST.
"Dengan berkolaborasi rapat bersama Kepware dan menggunakan IoT Gateway sebagai hab untuk komunikasi jentera masa nyata, kami dapat menghubungkan ruang bengkel kepada pusat data dan melihat potensi penuh Internet Perkara Perindustrian," kata Chris Misztur, Pembangun, MacLean-Fogg. "Analitik masa nyata membantu kami menghapuskan sisa, meningkatkan kestabilan proses dan memfokuskan inovasi."
Menggunakan komunikasi bersumber terbuka yang berasaskan piawaian, IoT Gateway daripada Kepware membolehkan pengguna memilih vendor dan kaedah komunikasi mengikut keperluan organisasi mereka yang tersendiri. Dengan seni bina pemalam, ia merupakan penyelesaian yang menjimatkan kos, intuitif dan amat boleh diskalakan yang dapat memudahkan penjimatan kos secara signifikan, perkhidmatan pelanggan yang lebih baik, automasi yang lebih pintar, dan keterlihatan yang bertambah merentasi operasi global.
Selain daripada IoT Gateway, KEPServerEX versi 5.19 turut menampilkan sokongan untuk Windows 10 dan menyertakan kemas kini pemacu utama (seperti peningkatan kepada pemacu Pelanggan ODBC dan sokongan untuk perisian tegar Allen-Bradley versi 26 dan 27).
Sila kunjungi Kepware dalam talian atau hubungi wakil di talian +1 888-KEPWAREx208 atau sales@kepware.com untuk maklumat lanjut. Bagi mengikuti inisiatif IoT Kepware dan mengakses sumber-sumber baharu, cari hashtag #KepwareIoT di Twitter.
Latar Belakang Kepware, Inc.
@Kepware Technologies merupakan syarikat pembangunan perisian persendirian yang beribu pejabat di Portland, Maine. Kepware menyediakan portfolio penyelesaian perisian untuk membantu perniagaan menghubungkan peranti automasi dan aplikasi perisian yang pelbagai dan memungkinkan Internet Perkara Perindustrian. Daripada lantai kilang kepada tapak telaga serta ladang angin, Kepware memberi khidmat kepada kumpulan pelanggan yang luas dalam pelbagai pasaran vertikal termasuk Pengilangan, Minyak & Gas, Automasi Pembinaan, Kuasa dan Utiliti, dan lain-lain. Ditubuhkan pada tahun 1995 dan kini diedarkan di lebih 100 buah negara, penyelesaian perisian daripada Kepware membantu ribuan perniagaan mempertingkat operasi dan penentuan keputusan. Ketahui lebih lanjut di https://www.kepware.com.
Wakil Media
Ryan Lilly
rlilly@matternow.com
A.S. +1 978-518-4533
www.matternow.com