omniture

Penghitung Menunjukkan 89% Pengguna Tidak Mendapat Kalsium yang Mencukupi, Nutrien Penting untuk Kesihatan Tulang yang Baik

The International Osteoporosis Foundation (IOF)
2015-10-20 11:00 251

NYON, Switzerland, 20 Oktober 2015 /PRNewswire/ --

-Rujukan silang: Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com) dan http://www.presseportal.ch/nr/100021616/ -

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151014/276866-INFO )

Dapatan baharu yang disiarkan pada Hari Osteoporosis Dunia oleh Yayasan Osteoporosis Antarabangsa (IOF) menunjukkan 89% daripada mereka yang menggunakan Penghitung Kalsium IOF baharu - yang berasaskan saranan Institut Perubatan (IOM)* - mengalami kekurangan kalsium. Instrumen dalam talian yang percuma itu membantu pengguna menghitung anggaran pengambilan kalsium harian berasaskan diet mingguan tipikal mereka.

Kalsium merupakan bahan binaan utama untuk tisu tulang kita, dengan 99% kalsium badan disimpan dalam rangka. Bersama vitamin D, protein dan mikronutrien lain, pengambilan kalsium yang mencukupi membantu golongan muda membina tulang yang kuat bagi memaksimumkan potensi jisim tulang manakala golongan tua dapat mengekalkan kesihatan tulang mereka seiring dengan peningkatan usia.

Pengesyoran pengambilan kalsium adalah berbeza di seluruh dunia, dengan pengambilan yang disarankan adalah berasaskan usia dan jantina. Menurut Institut Perubatan (IOM), golongan muda berusia 9-18 tahun seharusnya mendapat pengambilan kalsium sebanyak 1300 mg/hari, sementara wanita pascamenopaus dan lelaki berusia melebihi 70 tahun sepatutnya mengambil sekurang-kurangnya 1200 mg sehari.

Keputusan Penghitung Kalsium, berasaskan 6,908 pengguna dari 83 buah negara, menunjukkan bahawa:

  • Purata pengambilan kalsium adalah 594 mg sehari. Walaupun jika tambahan kalsium sebanyak 300 mg ditambah kepada jumlah ini bagi mengambil kira kalsium yang diperoleh melalui sumber yang tidak termasuk dalam penghitung itu, pengguna-pengguna masih lagi mengalami kekurangan kalsium
  • Golongan lelaki dan wanita mempunyai peratusan kekurangan yang hampir sama (89% dan 90% masing-masing), tanpa perbezaan yang ketara merentasi kumpulan usia
  • 11% mencapai tahap pengambilan kalsium yang mencukupi
  • 29% responden sebelum ini telah didiagnosis dengan osteoporosis atau osteopenia

Judy Stenmark, Ketua Pegawai Eksekutif, IOF, menyatakan "Dapatan ini menunjukkan kebanyakan orang ramai mungkin tidak sedar tentang kepentingan nutrisi yang memberi kesihatan kepada tulang. Diet yang sihat dan seimbang digabungkan dengan senaman yang kerap serta pilihan gaya hidup yang pintar, seperti tidak merokok dan juga pengambilan alkohol yang sederhana, membantu membina asas bagi tulang yang kuat seiring peningkatan usia. Bagi mereka yang mempunyai risiko tinggi untuk mengalami keretakan tulang disebabkan oleh osteoporosis, diet yang sihat untuk tulang dapat mencegah daripada jatuh dan meningkatkan manfaat terapi."

Beliau menambah "Laporan dalam media yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini berkaitan kalsium, vitamin D dan peranan makanan tambahan mungkin menyebabkan kekeliruan. Perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah mencapai pengambilan diet yang disarankan bagi kalsium dan vitamin D, berserta nutrien penting lain, adalah perlu untuk kesihatan tulang yang optimum. Perlu difahami juga bahawa saranan pengambilan kalsium adalah berbeza di seluruh dunia. IOF menggunakan saranan IOM sebagai standard rujukan kami tetapi menyokong penggunaan saranan pengambilan kebangsaan/tempatan. Keperluan kalsium sepatutnya dipenuhi terutamanya melalui sumber makanan. Makanan tambahan mungkin bermanfaat jika pengambilan kalsium yang mencukupi tidak dapat dicapai melalui diet, terutamanya yang melibatkan masalah kesihatan tertentu. Mereka yang mempunyai kemusykilan seharusnya berbincang dengan doktor mereka yang dapat memberi nasihat sewajarnya."

Osteoporosis, penyakit kronik yang menyebabkan tulang menjadi lemah dan cenderung mengalami keretakan, dihidapi oleh kira-kira satu dalam tiga orang wanita dan satu dalam lima orang lelaki berusia melebihi 50 tahun. Keretakan tulang yang berpunca daripada osteoporosis merupakan penyebab utama kesakitan, kehilangan upaya dan kebergantungan dalam kalangan golongan berusia di seluruh dunia.

Penghitung Kalsium disediakan secara percuma:  

Dalam talian: http://bit.ly/calcium-calculator-web
Aplikasi iPhone: http://bit.ly/calcium-calculator-iOS
Aplikasi Android: http://bit.ly/calcium-calculator-android

*Penghitung ini menggunakan pengesyoran IOM untuk semua negara, kecuali Itali yang mana saranan kebangsaan telah pun diberikan

Hari Osteoporosis Dunia (WOD), disambut pada 20 Oktober, menandakan kempen selama setahun http://www.worldosteoporosisday.org #LoveYourBones

Rakan Rasmi WOD: Amgen, Fonterra, Pfizer Consumer Healthcare, Lilly, MSD, Takeda
Penyokong Nutrisi WOD: DSM, Rousselot, Sunsweet

Wakil media
Charanjit Jagait
Telefon +41-79-874-52-08, cjagait@iofbonehealth.org

Sumber: The International Osteoporosis Foundation (IOF)

Source: The International Osteoporosis Foundation (IOF)
Keywords: Health Care/Hospital Survey, Polls & Research