omniture

Luminator Technology Group Ambil Alih BMG MIS

Luminator Technology Group
2015-10-20 22:23 131

PLANO, Texas, 20 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Luminator Technology Group (LTG) berbesar hati mengumumkan pengambilalihan BMG MIS.

BMG MIS (secara rasminya AEG MIS) merupakan pakar terkemuka antarabangsa dalam bidang sistem paparan maklumat. Sebagai pengeluar terkemuka bagi sistem maklumat LCD di seluruh dunia, BMG MIS menyediakan maklumat perjalanan terkini kepada berjuta-juta individu setiap hari di stesen keretapi, lapangan terbang dan hentian pengangkutan. BMG MIS mereka bentuk, membangunkan, mengeluarkan dan menyokong perisian serta produk mereka untuk perkakasan paparan dan juga aplikasi sistem di kilang mereka di Ulm, Jerman.

"Pengambilalihan BMG MIS akan mempertingkatkan portfolio transit kami dan memperkukuhkan penawaran kami dalam sistem maklumat dan komunikasi penumpang, termasuk aeroangkasa," kata Avi Zisman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif LTG.

LTG merupakan pengeluar terkemuka serta penyepadu teknologi paparan dan pencahayaan, yang menyediakan produk dan juga sistem untuk pelbagai pelanggan dalam segmen pengangkutan Bas, Rel dan Pesawat.

Produk-produk berjenama LTG, dipasarkan di bawah jenama Luminator, Lawo, Axion, Focon, Mobitec, Twin Vision, VSN, Gorba, lnvertag dan BMG MIS, menyediakan sistem papan tanda dan maklumat penumpang yang terbaik dalam kategorinya. Dengan penambahan BMG MIS, objektif kami adalah untuk mengekalkan produk dan jenama ini secara bebas bagi memastikan sokongan yang berterusan kepada pelanggan kami dan mengekalkan kedudukan teknologi canggih kami dalam pasaran.

Melalui jenama individu kami dan dengan menggabungkan kemahiran, pengalaman dan sumber, kami menyediakan sokongan terbaik dan paling menyeluruh untuk operasi serta pelanggan kami di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut tentang LTG, sila kunjungi www.luminatortechnologygroup.com.


HUBUNGI: Paige Stone, 1-972-516-3062, pstone@luminatorusa.com

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151016/277817LOGO

Source: Luminator Technology Group
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Components Transportation Acquisitions, mergers, takeovers