omniture

Infinitus Dianugerahkan "Perusahaan Penandaarasan Perindustrian Nasional untuk Kualiti 2015"

LKK Health Products Group
2015-10-24 14:32 314

GUANGZHOU, China, 23 Oktober, 2015 /PRNewswire/ -- Pada 7 September 2015, Infinitus (China) Company Ltd., ahli LKK Health Products Group, telah dianugerahkan dengan gelaran "Perusahaan Penandaarasan Perindustrian Nasional untuk Kualiti 2015" oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China. Kadaran tahunan "Perusahaan Penandaarasan Perindustrian Nasional untuk Kualiti", dianjurkan oleh MIIT, memberikan impak hebat kepada industri dengan tahap kuasa yang tinggi. Tahun ini, sejumlah 33 buah syarikat termasuk Infinitus, Huawei dan Hisense telah diberikan gelaran itu.

Salah satu daripada tapak kerjasama Model Pengurusan Ladang TCM Infinitus
Salah satu daripada tapak kerjasama Model Pengurusan Ladang TCM Infinitus

Pada tahun 2006, Infinitus telah menubuhkan dan mempromosikan Model Pengurusan Rantaian Bekalan Cemerlang (OSCMM) yang unik, yang secara prospektif mewujudkan pengurusan kualiti dan keselamatan dalam seluruh rantaian perindustrian, serta mewujudkan ekosfera yang sesuai bagi memastikan kepuasan pelanggan terhadap kualiti produk. Keseluruhan pengurusan rantaian perindustrian bermakna kualiti produk dan pengurusan keselamatan dilaksanakan dalam seluruh rantaian bekalan, termasuk penyelidikan dan pembangunan produk, bekalan bahan mentah, pengeluaran, logistik, perkhidmatan pasaran dan lain-lain. Ia merupakan keseluruhan pengurusan proses "dari ladang ke meja makan".

Infinitus yakin kualiti produk adalah "direka". Di peringkat rekaan produk, kualiti produk premium perlu dipastikan sepenuhnya. Dengan itu, Infinitus membelanjakan beratus-ratus juta RMB setiap tahun bagi tujuan pembangunan produk baharu dan transformasi teknologi, dan telah menampilkan lebih 230 paten serta teknologi bebas teras setakat ini.

Infinitus menggunakan berdozen-dozen herba dari China dalam pengeluarannya. Bagi mengawal kualiti dan keselamatan produk daripada bahan-bahan mentah, Infinitus mengetengahkan "Model Pengurusan Ladang TCM" yang berasaskan OSCMM pada tahun 2011, yang menyokong saranan bahawa perusahaan, para pembekal ubat-ubatan herba China dan petani-petani seharusnya menubuhkan "komuniti tanggungjawab" dan "komuniti berkepentingan", serta melaksanakan model pengurusan ladang yang bersatu. Setakat ini, model ini telah berjaya digunakan untuk 25 kategori ubat-ubatan tradisional China, dan sembilan tapak kerjasama telah ditubuhkan, yang menjamin keselamatan serta kebolehkawalan bahan-bahan mentah.

Oleh kerana telah menjalankan kawalan kualiti yang ketat serta penyelidikan dan inovasi berterusan, Infinitus ditauliahkan sebagai "Perusahaan Berteknologi Tinggi Nasional". Pusat Pemeriksaan Produk Infinitus diberi pentauliahan oleh Perkhidmatan Akreditasi Nasional China untuk Penilaian Kepatuhan (CNAS), dan laporan ujiannya di bawah skop kelulusan diiktiraf oleh 61 buah negara dan wilayah. Selain itu, Pusat Pemeriksaan Produk Infinitus turut lulus dalam Ujian Kecekapan untuk Kimia Makanan dalam Skim Penilaian Prestasi Analisis Makanan (FAPAS) di UK pada tahun 2012. Semua ini menunjukkan teknologi pengujian Infinitus telah mencapai tahap maju di peringkat global dalam bidang keselamatan makanan.

Dengan perkembangan zaman, pengurusan kualiti telah berkembang daripada model berfokuskan proses pengeluaran tradisional kepada model rantaian industri keseluruhan. En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKK Health Products Group dan jurucakap Infinitus berkata: "Sebagai perusahaan yang bertanggungjawab, Infinitus mempertimbangkan sepenuhnya kepentingan semua pihak-pihak berkepentingan dalam rantaian perindustrian. Melalui pembinaan ekosistem untuk menggalakkan pembangunan industri yang lestari, kami berusaha untuk menjamin kualiti produk dan membantu pelanggan kami mencapai kehidupan yang sihat."

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151023/0861510121

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Pharmaceuticals