omniture

Platform Harta Luar Negara ditawarkan oleh Ekspo Hartanah Shanghai

VNU Exhibitions Asia
2012-12-06 10:13 247

 

SHANGHAI, 6 Dis, 2012 /PRNewswire-AsiaNet/ --

- Satu Pilihan Utama bagi Tumpuan anda terhadap Pasaran Harta Luar Negara Republik Rakyat China

Ekspo Harta Tanah Shanghai, yang dianjurkan oleh VNU Exhibitions Asia, akan diadakan di Pusat Pameran Shanghai dari 15 Mac hingga 18 Mac, 2013, di satu kawasan pameran seluas 20,000 meter persegi. Pameran Harta Luar Negara & Pelaburan Imigresen Shanghai ketujuh akan turut diadakan pada masa yang sama. Dianggap sebagai satu daripada pameran harta tanah yang paling penting di China, Ekspo Hartanah Shanghai mengumpulkan lebih 300 pemaju harta tanah yang terkenal untuk mempamerkan projek dan perkhidmatan harta tanah mereka. Dengan aliran pengunjung sebanyak lebih 130,000 orang, Pameran Harta Luar Negara Shanghai adalah merupakan platform terbaik bagi pempamer untuk memaksimumkan pasaran di Republik Rakyat China.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121206/CN21653)

Peningkatan Berterusan dalam Pasaran Harta Luar Negara di Republik Rakyat China Dengan ekonomi China berkembang dengan pesat, harta dan pelaburan di luar negara telah menjadi satu daripada tumpuan penting pelaburan oleh rakyat China. Potensi luar bagi pasaran pembelian rumah di China adalah seiringan dengan strategi perniagaan pemaju harta tanah antarabangsa yang sebenar yang melihat peluang besar di pasaran China. Pameran Harta Luar Negara Shanghai menawarkan kepada pempamer dengan satu platform yang komprehensif untuk tujuan mempromosi projek dan juga merupakan satu daripada saluran yang paling berkesan bagi mereka untuk meneruskan pengembangan perniagaan dan bagi merealisasikan jualan projek di China.

Paras Tertinggi yang Baru Dijangka bagi Ekspo Harta Tanah Shanghai 2013 Pameran Harta Luar Negara & Pelaburan Imigresen Shanghai keenam yang diadakan pada Oktober 2012 merupakan satu kejayaan besar. Ia mempamerkan lebih daripada 200 projek harta tanah dari 128 pemaju harta tanah yang terkemuka di 17 buah negara. Dengan jumlah kawasan pameran mencecah hampir 4,000 meter persegi, ia mempunyai audiens seramai 42,000 orang dan telah mencapai keseluruhan keputusan yang memuaskan dengan membawa peluang perniagaan bernilai kira-kira RMB70 juta.

Ekspo Harta Tanah Shanghai akan mencapai kemuncak baru pada tahun 2013. Jumlah kawasan pameran dijangka melebih 20,000 meter persegi, dan kawasan pameran di Pameran Harta Luar Negara Shanghai buat pertama kalinya akan melebihi 5,000 meter persegi - peningkatan sebanyak 43 peratus.

Petak di Ekspo Harta Tanah Shanghai 2013 Kini Boleh Ditempah Berikutan organisasi yang kukuh, konsep yang berinovatif, penyelarasan dan perkhidmatan yang profesional, Ekspo Harta Tanah Shanghai diiktiraf sebagai "Pameran Harta Tanah Nombor Satu dan mata angin bagi pasaran harta tanah" di China. Kami tidak sabar menunggu penyertaan anda.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi kami di:

VNU Exhibitions Asia
2F, Business Mansion, Pusat Pameran Shanghai No.1333 Jalan Nanjing (W), Shanghai 200040
Tel: +86-21-6195-6088
E-mel: springre@vnuexhibitions.com.cn

DEHU Cultural Communication
107, Blok 2, Taman Industri Kreatif West Bank No.20, Jalan Xuhong (M), Shanghai 200235
Tel: +86-21-6211-9190
E-mel: guolijuan@tldr93.com

SUMBER: VNU Exhibitions Asia  

Source: VNU Exhibitions Asia
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Real Estate Residential Real Estate Trade show news