omniture

CGAP Umumkan Pemenang Pertandingan Foto Tahun ke-10

CGAP
2015-10-27 21:30 158

WASHINGTON, 27 Oktober, 2015 /PRNewswire/ -- CGAP hari ini mengumumkan pemenang Pertandingan Foto 2015 iaitu Sujan Sarkar dari India. Foto yang berjaya itu, digelar, "Penanaman Padi," telah dipilih daripada lebih 3,300 penyertaan dari 77 buah negara kerana komposisinya yang menakjubkan dan kualitinya yang sempurna. Foto tersebut menunjukkan para pekerja di sawah padi di Benggala Barat, India menampilkan salah satu daripada tema penting pertandingan itu – peladang kecil dan ahli keluarga mereka. Panel yang terdiri daripada tiga orang hakim berkata foto oleh Sarkar melambangkan gaya hidup, tempat tinggal dan bagaimana keluarga itu menyara kehidupan mereka.  

Alami Hebahan Berita Multimedia interaktif di sini:  http://www.multivu.com/players/English/7554951-cgap-photo-contest-winner/

Galeri penuh yang terdiri daripada 27 foto yang berjaya dapat disaksikan dalam esei foto dalam talian.

Terdapat 2 bilion orang di seluruh dunia yang tidak mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan formal. Sepanjang dekad lalu, Pertandingan Foto CGAP secara tahunan telah berusaha mendokumenkan kepayahan dan kejayaan mereka yang selalunya dikecualikan daripada sistem kewangan. Kata Greta Bull, Ketua Pegawai Eksekutif CGAP: "Pertandingan Foto ini membolehkan kami menunjukkan secara visual kecekalan dan cabaran yang dihadapi oleh golongan miskin ketika bekerja. Ia memberikan gambaran tentang rangkuman kewangan dan usaha yang kami lakukan."

Pertandingan Foto CGAP 2015 telah mengundang penyertaan dalam empat bidang penting yang berperanan besar untuk memajukan rangkuman kewangan: (1) Khidmat kewangan digital dan perbankan mudah alih; (2) Penggunaan khidmat kewangan oleh wanita; (3) Pembiayaan mikro untuk perusahaan perniagaan kecil; dan (4) Peladang kecil serta ahli keluarga mereka.

Panel hakim terdiri daripada Nicole Crowder, Editor Foto blog fotografi The Washington Post, In Sight; Corinne Dufka, Pengarah Sekutu Human Rights Watch dan jurugambar yang memenangi anugerah; dan Leena Jayaswal, Pengarah Program Fotografi dan Profesor Madya di American University.

Melalui proses yang amat kompetitif, para hakim telah memilih dua finalis lain, pemenang bertema dan serantau serta sebutan khas. Foto oleh Liming Cao dari China, "Menangkap Ikan dengan Jaring," memenangi tempat kedua, kerana pembingkaiannya yang cantik, kelembutan yang unik dan cetusan gerakan. Hadiah bagi tempat ketiga dianugerahkan kepada Pranab Basak dari India untuk foto, "Tangan untuk Kebebasan" yang disetujui oleh hakim kerana dapat merakam jiwa kasih sayang – sesuatu yang "sukar dirakam."

Anugerah Pilihan Orang Ramai telah berjaya diraih oleh Vikash Singh dari India, yang gambarnya, "Wanita Berkebun," memperoleh lebih 200 undian secara dalam talian.

Pemenang Hadiah Utama 2015 akan menerima sijil hadiah kelengkapan fotografi bernilai $2,000 dan gambar yang berjaya meraih kemenangan itu akan dipaparkan di Times Square Jumbotron di Bandar Raya New York.

Pemenang Hadiah Utama dan Finalis  

  • Hadiah Utama: Penanaman Padi – Sujan Sarkar, India
  • Tempat Kedua: Menangkap Ikan dengan Jaring – Liming Cao, China
  • Tempat Ketiga: Tangan untuk Kebebasan – Pranab Basak, India

Pemenang Bertema

  • Perkhidmatan Kewangan Digital dan Perbankan Mudah Alih: Vendor Gembira – Subrata Adkhikary, India
  • Penggunaan Khidmat Kewangan oleh Wanita: Mencipta Pencipta -  Prathamesh Vinod Ghadekar, India
  • Pembiayaan Mikro untuk Perusahaan Perniagaan Kecil: Lelabah Sari – Tatiana Sharapova, Persekutuan Rusia
  • Peladang Kecil dan Ahli Keluarga mereka: Bekerja di Pergunungan – Tatiana Sharapova, Persekutuan Rusia

Pemenang Serantau

  • Rantau Asia Timur dan Tengah: Tomato – Bulent Suberk, Turki
  • Rantau Asia Timur dan Pasifik: Mengatasi Bukit Pasir -  Le Minh Quoc, Vietnam
  • Rantau Amerika Latin dan Caribbean: Eleuterio si Pendandan Rambut -- David Martin Huamani Bedoya, Peru
  • Rantau Timur Tengan dan Afrika Utara: Penelitian terhadap Perincian – Evans Claire Onte, Emiriah Arab Bersatu
  • Rantau Asia Selatan: Ibu Muda Membuat Patung Kayu – Goutam Daw, India
  • Rantau Afrika Sub-Sahara: Tuaian Jagung Farida – Hailey Tucker, Amerika Syarikat

Sebutan Khas

  • Pekerja Batuan – Faizal Azim, Bangladesh
  • Ibu yang Berjuang – Giri Wijayanto, Indonesia
  • Pagi – Do Hieu Liem, Vietnam
  • Meragut di Waktu Pagi – Liming Cao, China
  • Untuk Perjalanan Seterusnya – Loc Mai, Vietnam
  • Gunung Berapi – Lui Sanchez Davilla, Sepanyol
  • Buah Pinang -  M. Yousuf Tushar, Bangladesh
  • Pasar Unta 2 – Mohamed Kamal, Mesir
  • Pekerja --  Mohammad Rakibul Hasan, Bangladesh
  • Manusia Menolak Xiep (Jaring)  – Phuc Ngo Quang, Vietnam
  • Tingkap Kedai Kecil – Rana Pandey, India
  • Rusuk Besi – Subhasis Sen, India
  • Seorang Jurugambar Wanita Tua  – Supriya Biswas, India
  • Pengumpulan Telur Itik – Tran Van Tuy, Vietnam

CGAP (Kumpulan Perunding bagi Membantu Orang Miskin, Consultative Group to Assist the Poor) merupakan kerjasama global oleh 34 organisasi terkemuka yang berusaha untuk memajukan rangkuman kewangan. Maklumat lanjut di www.cgap.org.

 

 

 

Source: CGAP
Related Links:
Keywords: Art Banking/Financial Service Publishing/Information Service Awards Broadcast feed announcements Corporate Social Responsibility Women-related news