omniture

TMEIC Corporation Perkenalkan Unit Perniagaan Sistem Perindustrian

TMEIC
2015-10-28 10:26 238

Pasukan baharu satukan unit-unit perniagaan secara strategik dan galakkan inovasi.

ROANOKE, Virginia, 28 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Toshiba Mitsubishi-Electrical Industrial Corporation di Roanoke, Virginia berbesar hati mengumumkan pembentukan Unit Perniagaan Sistem Perindustrian. Unit operasi baharu ini menggabungkan dua segmen teknologi penting syarikat itu, bagi memberi khidmat kepada industri pengendalian logam dan bahan.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20131024/PH04174LOGO-b

"Dua unit perniagaan ini telah menjadi teras kejayaan TMEIC sepanjang 60 tahun lalu," kata Declan Daly, Pengurus Besar - TMEIC Industrial Systems. "TMEIC merupakan peneraju dunia dalam automasi dan teknologi pacuan perindustrian serta kerap menggunakan penyelesaian ini dalam senario pengendalian logam dan juga bahan di seluruh dunia. Penyatuan ini akan mempertingkatkan perkhidmatan sedia ada untuk industri-industri itu, sambil menggalakkan inovasi rentas industri melalui pembangunan penyelesaian yang kolaboratif."

Hasil daripada gabungan sumber baharu yang berkuasa ini, TMEIC lebih bersedia untuk membangunkan teknologi inovatif, bertindak balas pantas kepada trend industri dan mengaplikasikan penyelesaian kepada berbagai-bagai segmen pasaran perindustrian di seluruh dunia.

"Penyelesaian kami kerap digunakan dalam pelbagai industri di seluruh dunia dan penyatuan ini membolehkan kami menumpukan bakat kejuruteraan terbaik di TMEIC untuk memacu segmen-segmen perindustrian itu agar lebih maju, sambil menggalakkan pembangunan sistem kolaboratif serta mengembangkan teknologi baharu," kata Kevin Russell, Pengarah Akaun Strategik - TMEIC Industrial Systems.

TMEIC Corporation kini mengusahakan sebilangan projek perindustrian penting, termasuk penaiktarafan kilang keluli besar di Eropah Timur, kilang kertas baharu di Amerika Utara, dua projek automasi kemudahan pelabuhan besar di China dan lebih 1.5 Gigawatt projek penyongsang fotovolta baharu berskala utiliti di Amerika Utara. Bagi menyokong projek-projek ini dan juga projek-projek lain, TMEIC Group membuka kilang pengeluaran pertamanya di AS. TMEIC Power Electronics Products Corporation memulakan operasinya pada 28 September 2015 di Houston, Texas.

Hubungi:
Paul Blaiklock
p. +1.540.283.2099
e.
paul.blaiklock@tmeic.com
www.tmeic.com 

Latar Belakang Toshiba Mitsubishi-Electric Industrial Systems Corporation (TMEIC)
Toshiba Mitsubishi-Electric Industrial Systems Corporation (TMEIC) telah ditubuhkan pada tahun 2003 hasil gabungan jabatan-jabatan sistem perindustrian Toshiba Corporation dan Mitsubishi Electric Corporation. TMEIC mengeluarkan dan menjual pemacu frekuensi boleh ubah, motor, dan sistem automasi canggih untuk pelbagai aplikasi perindustrian. Kami memacu industri. 

Operasi Amerika Utara –
TMEIC Corporation, beribu pejabat di Roanoke, VA, mereka bentuk, membangunkan dan mencipta automasi canggih, jentera AC besar dan sistem pemacu frekuensi boleh ubah. TMEIC Corporation mengkhusus dalam Logam, Pengendalian Bahan, Minyak & Gas, Perlombongan, Tenaga Boleh Diperbaharui, serta pasaran perindustrian lain di seluruh dunia. Kami memacu industri. www.tmeic.com

Source: TMEIC
Related Links:
Keywords: Machinery Maritime/Shipbuilding Mining Mining/Metals Paper/Forest Products/Containers Transportation Corporate Expansion New products/services