omniture

SDCmaterials anggap Peningkatan Pematuhan Pelepasan yang Kian Ketat bakal Dorong Penerimaan Teknologi Mangkin Baharu

SDCmaterials, Inc.
2015-10-28 20:21 255

- Pengeluar bahan mangkin berprestasi tinggi lihat titik perubahan dalam kemajuan sistem kawalan pelepasan

- Bahan mangkin SDC, Nano-on-Nano™ kurangkan penggunaan logam kumpulan platinum yang mahal kepada separuh

- Teknologi baharu tawarkan lebih pilihan kepada pereka mangkin dan enjin untuk imbangkan kawalan pelepasan dengan kos, kecekapan bahan bakar dan prestasi

TEMPE, Arizona, 28 Oktober 2015 /PRNewswire/ --

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140922/147665

SDCmaterials, pengeluar dari A.S untuk bahan mangkin automotif berprestasi tinggi, hari ini berkata penelitian pengawalseliaan yang kian ketat untuk kepatuhan pelepasan akan mendorong kemajuan teknologi mangkin. Pengerusi Eksekutif SDC William Staron mengeluarkan kenyataan berikut selepas diminta mengulas tentang isu tersebut dan memberikan latar belakang inovasi yang akan datang dalam hal kawalan pelepasan ini:

"Tajuk berita hari ini didorong oleh ketidakpatuhan yang jelas. Ini bukanlah isu keupayaan sistem kawalan pelepasan itu sendiri; walau bagaimanapun, hal itu akan mempercepat pelaksanaan penguatkuasaan alam sekitar yang lebih ketat yang seterusnya mempercepat kemajuan teknologi.

"Di SDC, kami melakukan penemuan penting yang menambah baik dengan ketara keberkesanan bahan aktif utama dan paling mahal yang digunakan untuk mengurangkan pelepasan. Khususnya, rumusan Nano-on-Nano™ berpaten milik SDC yang apabila digunakan sebagai mangkin pada ekzos selepas rawatan, hanya separuh logam kumpulan platinum yang diperlukan berbanding mangkin biasa. Serbuk mangkin proprietari kami telah melalui ujian lasak daripada pihak pengilang, pengeluar peralatan asli (OEM) dan penguji bebas. Hasil ujian telah mengukuhkan harapan kami untuk mengkomersialkannya seawal tahun 2016.

"Mangkin automotif yang biasa adalah satu keajaiban teknologi yang mampu bertahan selama lebih empat dekad lamanya. Walaupun terdapat kemajuan, penggunaan asas komposisi kimia 'basah' dalam penghasilan lapisan mangkin masih tidak berubah. Kini masanya sudah tiba untuk menghasilkan komposisi baharu dalam rekaan mangkin – untuk membantu industri aumotif memenuhi pelbagai cabaran yang dibawa oleh pertembungan yang tidak pernah berlaku sebelum ini seperti peningkatan kawalan, peningkatan tahap kerumitan dalam rekaan enjin, dan tekanan tidak berpenghujung untuk mengurangkan kos."

Latar Belakang Tambahan
Bahan-bahan berpaten SDC membuka satu lembaran pilihan untuk pereka mangkin dan enjin – sama ada untuk menyampaikan prestasi mangkin yang serupa tetapi pada separuh daripada kos atau untuk menambah baik prestasi mangkin pada kos yang sama. Inovasi seperti itu penting dalam membantu pengeluar automotif menyeimbangkan antara kawalan pelepasan, kecekapan bahan bakar, prestasi, dan kos – yang secara lazimnya merupakan objektif persaingan dalam rekaan enjin

Keseimbangan yang rumit ini akan menjadi lebih mencabar pada masa akan datang kerana pengeluar terpaksa berusaha untuk mematuhi piawaian antarabangsa yang kian ketat dalam pengurangan karbon dan penjimatan bahan api. Pengeluar kereta penumpang dan trak ringan A.S. perlu mencapai kecekapan 54.5 batu segelen dalam kecekapan bahan api dalam purata wajaran jualan sebelum tahun 2025. Bagi mencapai prestasi seperti ini, inovasi selepas rawatan bagi prestasi enjin dan ekzos diperlukan.

Latar Belakang SDCmaterials, Inc.
SDCmaterials membangunkan dan mengkomersialkan produk mangkin lanjutan berasaskan fabrikasi bahan baharunya dan platform integrasi. Ditubuhkan pada tahun 2004, ibu pejabat dan pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) mereka terletak di Tempe, Arizona. Ia juga memiliki dan mengendalikan kemudahan pengeluaran di Schwarzheide, Jerman.

Para pelabur SDC terdiri daripada cabang modal usaha niaga General Motors, Volvo Group, dan SAIC Motor Corp., pengeluar automotif terbesar di China serta Emerald Technology Partners, peneraju dalam modal usaha niaga untuk teknologi bersih, dan Invus Financial Advisors. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.sdcmaterials.com.

Wakil media;
Sean Healy
Healy Corporate Communications
+1-201-857-2520 atau +1-201-218-2039/tel.bimbit
sean@healycorp.com

Source: SDCmaterials, Inc.
Keywords: Auto Computer/Electronics Electronic Components Nanotechnology Transportation Environmental Issues