LOS ANGELES, 29 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Getty Images, peneraju global dalam komunikasi visual, akan menjadi penyedia kandungan foto rasmi untuk jenama terkenal dalam industri hiburan, The Hollywood Reporter (THR), serta destinasi global terkemuka bagi carta, berita, trend dan inovasi dalam muzik, Billboard, seperti diumumkan hari ini oleh Roxanne Motamedi, Naib Presiden, Hiburan, Kerjasama & Kandungan Global.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151028/281361
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20121018/SF95656LOGO
Melalui perjanjian baharu ini, Getty Images akan menjadi jurugambar berkelayakan eksklusif untuk THR dan Pret-a-Reporter serta jurugambar berkelayakan pilihan bagi Billboard di permaidani merah serta di belakang tabir pada majlis anugerah terbesar, tayangan perdana, parti industri selain acara-acara hiburan lain. Dikenali sebagai salah satu agensi terkemuka dalam arena hiburan, pasukan Getty Images yang bertaraf dunia memiliki hubungan baik dengan bakat serta kepakaran di permaidani merah selain mempunyai teknologi canggih untuk memberikan imej yang dikehendaki dan diharapkan oleh para pembaca THR dan juga Billboard.
"Kerjasama antara Getty Images dan The Hollywood Reporter menyatukan dua jenama terkemuka yang mempunyai kesepadanan yang luar biasa," jelas Cik Motamedi. "The Hollywood Reporter merupakan salah satu penerbitan paling disegani dan berprestij dalam industri hiburan yang mempunyai kumpulan wartawan yang amat berbakat manakala Getty Images pula mempunyai ramai jurugambar terkemuka dunia yang telah merakam antara gambar-gambar paling menonjol dan diingati daripada industri hiburan seluruh dunia."
"Sebagai jenama media terkemuka dalam industri hiburan dan muzik, amat sesuai bagi The Hollywood Reporter dan Billboard untuk bekerjasama dengan Getty Images, selaku peneraju dalam fotografi hiburan," kata Jennifer Laski, pengarah foto dan video untuk The Hollywood Reporter dan Billboard. "Kami teruja kerana dapat menjalin kerjasama ini ketika kita semakin hampir dengan musim penyampaian anugerah dan berharap dapat membuat liputan yang dapat kami hasilkan bersama."
Latar Belakang Getty Images:
Getty Images merupakan peneraju dunia dalam komunikasi visual, dengan hampir 200 juta aset tersedia melalui laman kandungan premiumnya www.gettyimages.com dan laman kandungan stok terkemukanya www.istock.com. Dengan teknologi carian dan pengenalpastian imej canggihnya, Getty Images memberi khidmat kepada pelanggan perniagaan di lebih 100 buah negara dan merupakan tempat pertama yang dituju oleh kalangan profesional kreatif dan media untuk mendapatkan, membeli dan mengurus imej serta kandungan digital lain. Jurugambar dan pencipta kandungannya yang memenangi anugerah membantu pelanggan menghasilkan karya yang memberi inspirasi yang muncul setiap hari di dalam akhbar, majalah, kempen pengiklanan, filem, program televisyen, buku dan media dalam talian yang paling berpengaruh. Kunjungi Getty Images di www.gettyimages.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana syarikat ini memajukan peranan media digital yang unik dalam komunikasi dan perniagaan, serta menjadikan idea kreatif suatu kenyataan. Bagi mendapatkan berita dan pengumuman syarikat, kunjungi press.gettyimages.com, dan untuk mengetahui kisah, inovasi dan inspirasi di sebalik kandungan kami, kunjungi Stories & Trends melalui http://stories.gettyimages.com. Temui kami di Facebook di www.facebook.com/gettyimages dan Twitter di https://twitter.com/GettyImages.
Latar Belakang The Hollywood Reporter:
The Hollywood Reporter merupakan jenama media terkemuka dalam industri hiburan. Dengan memberikan laporan terperinci, analisis, akses terbaharu, fotografi dan video bertaraf dunia, serta berita eksklusif, The Hollywood Reporter merupakan sumber yang boleh dipercayai untuk mendapatkan berita hiburan dan perniagaan terkini. THR telah meraih Anugerah Majalah Nasional Pertubuhan Editor Majalah Amerika 2015 untuk Kecemerlangan Am dalam kategori Majalah Bidang Khas. Selain itu, jenama tersebut telah meraih 10 anugerah kewartawanan SoCal pada tahun 2015, melebihi sebarang outlet berita lain menerusi beberapa kategori termasuk Laman Terbaik dan Wartawan Hiburan Terbaik Tahunan.
The Hollywood Reporter-Billboard Media Group telah mencapai 30 juta individu dalam talian di seluruh dunia pada Julai 2015, menduduki tempat ke-5 dalam kalangan hak milik berita hiburan comScore, menyampaikan berita kepada khalayak pemain berpengaruh dalam industri dan pengguna yang banyak melabur dalam kandungan hiburan. Pada tahun 2014, kakitangan The Hollywood Reporter telah meraih Anugerah Emmy Kawasan Los Angeles untuk The Hollywood Reporter in Focus: The Wolf of Wall Street. Platform The Hollywood Reporter terdiri daripada majalah mingguan yang memenangi anugerah, laman web dan mudah alih dinamik, aplikasi musim festival dan juga anugerah, edisi tablet dan iPad, media sosial, serta acara-acara berjenama. The Hollywood Reporter dan SundanceTV menjalin kerjasama pada tahun 2015 untuk bersama-sama menerbitkan dan menyiarkan "Close Up With The Hollywood Reporter," satu siri bukan fiksyen asli yang menampilkan panel-panel dengan calon-calon berpotensi bagi Anugerah Emmy 2015. Ikuti The Hollywood Reporter di Twitter @thr dan di Facebook melalui facebook.com/HollywoodReporter serta di Instagram @hollywoodreporter.
Latar Belakang Billboard
Billboard merupakan jenama muzik paling berpengaruh di dunia, terbina di atas pangkalan data paling lengkap dan dihormati bagi carta merentasi semua genre muzik. Carta Billboard menentukan kejayaan dalam bidang muzik. Daripada majalah Billboard yang ikonik dan Billboard.com yang merupakan destinasi pengguna terulung untuk jutaan peminat muzik yang penuh bersemangat, kepada siri persidangan dan acara berpengaruh paling elit dalam industri termasuk Power 100 dan Women in Music – jenama Billboard mempunyai kuasa yang tiada bandingan dalam kalangan peminat, artis dan industri. Billboard memiliki jumlah ikutan sosial melebihi 14.6 juta merentasi pelbagai platform termasuk Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube. Majalah Billboard telah memperoleh kulit hadapan dalam menjana berita utama baru-baru ini termasuk Jimmy Fallon, Azelia Banks, N.W.A, Florence Welch dan Selena Gomez.