omniture

DHL Memperluaskan Pengangkutan Pelbagai Mod Udara dan Laut ke Afrika

DHL
2012-12-12 14:47 322

JOHANNESBURG, 12 Dis, 2012 /PRNewswire/ --

DHL Global Forwarding telah menambahkan lapan destinasi baharu di Afrika Barat dan Afrika Tengah, membawa titik pasangan Asia-Afrika DHL SEAIR kepada lebih 1,000

DHL Global Forwarding, pakar pengangkutan udara dan laut dalam Deutsche Post DHL, semakin memperkukuhkan pertumbuhan perdagangan di Asia dan Afrika dengan mengembangkan produk pelbagai mod mereka yang menggabungkan perkhidmatan pengangkutan udara dan laut ke lapan destinasi baharu di Afrika. Dinamakan sebagai "DHL SEAIR", gabungan pengangkutan laut dan udara itu kini diperluaskan ke Abidjan (Ivory Coast), Brazzaville (Republik Congo), Kinshasa (Republik Demokratik Congo), Dakar (Senegal), Luanda (Angola), Douala (Cameroon), Malabo (Equatorial Guinea), Pointe Noir (Republik Congo).

 (Logo: http://www.prnasia.com/sa/2010/09/02/20100902467742-l.jpg )

Gabungan perkhidmatan pengangkutan laut dan udara melalui DHL SEAIR membolehkan pelanggan menguruskan kos rantaian bekalan mereka dengan lebih efektif. Secara purata, perkhidmatan DHL SEAIR adalah antara 30 hingga 50 peratus lebih cepat berbanding dengan pengangkutan laut, dengan penjimatan kos sebanyak 40 hingga 60 peratus berbanding dengan pengangkutan udara. Ia juga merupakan pilihan yang lebih mesra alam memandangkan penggunaan pengangkutan laut membolehkan penjimatan bahan api dan mengurangkan pelepasan CO2 dengan ketara. Sebagai contoh, pengiriman antara benua yang telah diaudit bagi muatan yang sama berat dari Pulau Pinang, Malaysia ke Bristol, United Kingdom, perkhidmatan DHL SEAIR menjimatkan 20 hari waktu transit berbanding dengan pengangkutan laut  Selain itu, pelepasan CO2 adalah 2.7 kali lebih rendah berbanding dengan pengangkutan udara.

Kelvin Leung, Ketua Pegawai EksekutifAsia Pasifik, DHL Global Forwarding, berkata: "Perdagangan antara Asia dan Afrika telah meningkat lebih daripada 400 peratus dari tahun 2001 hingga 2010[1]. Kadar pertumbuhan perdagangan Asia dan pelaburan di Afrika membawa harapan yang besar bagi pertumbuhan ekonomi and pembangunan Afrika. mengekalkan momentum ini adalah amat penting. Oleh itu, keperluan untuk penyambungan yang cepat dan jimat antara kedua-dua wilayah ini kini semakin penting. 41 titik asal di Asia kini berhubung  dengan 26 destinasi[2] di Afrika melalui produk SEAIR DHL. DHL menawarkan lebih daripada 1,000 titik pasangan merentasi kedua-dua benua itu serta penyelesaian tempeh khas."

Dengan perkhidmatan DHL SEAIR, penghantaran dari Asia dibawa melalui pengangkutan laut ke Singapura, Dubai, Incheon, Sydney atau Los Angeles, diikuti dengan pengangkutan udara kepada 169 destinasi di seluruh dunia. Bagi pelanggan di Afrika, penghantaran akan dibawa melalui Dubai, kemudian dipindahkan ke ruang kargo udara untuk diterbangkan ke Afrika. Perkhidmatan yang berkualiti tinggi dijamin menerusi rangkaian pejabat dan operasi DHL yang luas, kakitangan yang pakar, laluan yang ditetapkan dan pengendalian yang selamat. Kebolehpercayaan ini bukan sahaja menstabilkan rantaian bekalan pelanggan di Afrika untuk sepanjang tahun, tetapi ia juga menjadikan DHL SEAIR sebagai alternatif yang berdaya maju semasa musim puncak kesesakan. Tambahan pula, DHL SEAIR menggunakan dokumen gabungan pengangkutan yang tunggal untuk mengesan penghantaran pelanggan sepanjang perjalanan bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan, darjah penglihatan dan memudahkan pengurusan.

Di peringkat global, DHL SEAIR memberi perkhidmatan kepada hampir 7,000 titik pasangan dalam penawaran standard mereka dengan menyediakan perkhidmatan laluan pasangan ke seluruh dunia.

[1] Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Biro Rujukan Populasi,

[2] Rujuk kepada Lampiran untuk senarai penuh tempat asal dan destinasi.

- Akhir -

Lampiran:

41 titik asal di Asia

  1. Guangzhou, CS
  2. Keelung, TW
  3. Qingdao, CN
  4. Shenzhen, CS
  5. Xiamen, CN
  6. Busan, KR
  7. Hong Kong, HK
  8. Kobe, JP
  9. Nagoya, JP
  10. Shanghai, CN
  11. Tokyo, JP
  12. Zhongshan, CS
  13. Zhuhai, CS
  14. Dalian, CN
  15. Tianjin (Xingang), CN
  16. Ningbo, CN
  17. Kaohsiung, TW
  18. Bangalore, IN
  19. Bangkok, TH
  20. Chennai, IN
  21. Colombo, LK
  22. Bandaraya Ho Chi Minh, VN
  23. Jakarta, ID
  24. Mumbai, IN
  25. Pelabuhan Klang, MY
  26. Pulau Pinang, MY
  27. Phnom Penh, KH
  28. Singapura, SG
  29. Surabaya, ID
  30. Manila, PH
  31. Chittagong, BD
  32. Karachi, PK
  33. Haiphong, VN
  34. Osaka, JP
  35. Sydney, AU
  36. Melbourne, AU
  37. Auckland, NZ
  38. Perth, AU
  39. Johor Bahru,MY
  40. Semarang, ID
  41. Belawan, ID

26 destinasi di Afrika

  1. Luanda,AO BAHARU!
  2. Bujumbura, BI
  3. Douala,CM NEW!
  4. N Djamena, TD
  5. Brazzaville, CG NEW!
  6. Pointe Noire, CG NEW!
  7. Kinshasa, CD NEW!
  8. Kaherah, EG
  9. Malabo,GQ NEW!
  10. Addis Ababa, ET
  11. Accra, GH
  12. Abidjan, CI NEW!
  13. Nairobi, KE
  14. Beirut, LB
  15. Casablanca, MA
  16. Lagos, NG
  17. Kigali, RW
  18. Dakar,SN NEW!
  19. Capetown, ZA
  20. Durban, ZA
  21. Johannesburg, ZA
  22. Khartoum, SD
  23. Damsyik, SY
  24. Dar Es Salaam, TZ
  25. Tunis, TN
  26. Entebbe, UG

DHL - Syarikat Logistik untuk dunia

DHL merupakan pemimpin pasaran global dalam industri logistik dan "Syarikat Logistik untuk dunia". DHL memaksimumkan kepakaran mereka dalam perkhidmatan ekspres antarabangsa, pengangkutan kargo udara dan laut, jalan raya dan pengangkutan rel, logistik kontrak dan mel antarabangsa kepada pelanggan. Sebuah rangkaian global yang merangkumi lebih daripada 220 buah negara dan wilayah dan mempunyai kira-kira 275,000 orang pekerja di seluruh dunia, ia menawarkan kepada pelanggan perkhidmatan yang berkualiti dan pengetahuan tempatan yang terunggul untuk memenuhi keperluan rantaian bekalan mereka. DHL melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan menyokong perlindungan iklim, pengurusan bencana dan pendidikan.

DHL merupakan sebahagian daripada Deutsche Post DHL. Kumpulan itu telah menjana hasil keuntungan sebanyak 53 bilion Euro pada tahun 2011.

Untuk berita dan perkembangan terkini mengenai  DHL di Asia Pasifik, sila layari laman sesawang: http://press.ap.dhl.com.

Hubungan Media:
DHL Asia Pasifik & EEMEA
Perhubungan Korporat dan Tanggungjawab
Anita Gupta
Tel: +65-6771-3333
Faks: +65-6771-3322
E-mel: apeemeamediarelations@dhl.com

SUMBER: DHL

Source: DHL
Related Links:
Keywords: Transportation New products/services