SYDNEY dan NEW YORK, 30 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Crown Investment Holdings, sebuah anak syarikat Crown Resorts Limited, ("Crown") dan Nobu Hospitality and Restaurant Group ("Nobu") berbesar hati mengumumkan Crown Investments memperoleh pegangan pelaburan sebanyak 20% dalam Nobu iaitu sebuah hospitaliti mewah antarabangsa, perniagaan hotel dan restoran yang berpangkalan di AS, dalam satu urus niaga persendirian.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151029/281717
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151029/281718
Nobu tersenarai dalam kalangan pilihan elit bagi jenama hospitaliti mewah global dengan jenama Nobu berkembang di ibu kota seluruh dunia sebagai pengalaman hotel dan restoran gaya hidup destinasi. Dengan operasi merentasi 5 buah benua dengan 32 buah restoran dan 10 buah hotel dalam portfolio pembangunannya ia merupakan salah sebuah syarikat hospitaliti mewah paling pantas berkembang di dunia. Nobu dimiliki secara persendirian dalam majoriti oleh Cef Nobu, Robert DeNiro dan Meir Teper serta merupakan penerima pelbagai anugerah, penghormatan serta pencapaian dalam industri.
"Selama bertahun-tahun saya secara peribadi telah mengagumi hospitaliti Crown Resorts yang benar-benar merupakan antara destinasi hospitaliti lima bintang terbaik dunia," kata Cef Nobu. "James telah menjadi rakan kerjasama yang bersemangat dalam menempatkan Nobu di Crown Resorts serta City of Dreams dan saya berharap beliau akan menjadi rakan kerjasama kami ketika kami terus berkembang bersama pasukan Nobu kami yang setia dan berdedikasi."
"James merupakan pelabur, pemimpin dan pemangkin berwawasan untuk banyak kumpulan dalam bidang hospitaliti, perfileman dan pelbagai perniagaan global lain," kata Robert DeNiro. "Kami sedang berkembang dengan jayanya dalam portfolio antarabangsa kami dan bersama James, kami mempunyai kecenderungan serta impian bersama untuk terus meletakkan Nobu sebagai pengubah permainan dalam industri ini."
"Kami sedang mengembangkan kumpulan ini di peringkat global pada kadar yang kukuh sambil memastikan kami mengekalkan keistimewaan jenama kami," kata Meir Teper. "James memiliki reputasi antarabangsa, cara pemikiran dan kesungguhan yang dinamik selain memiliki hubungan global yang luas serta merupakan rakan kerjasama yang sempurna untuk menjadi sebahagian daripada strategi perluasan global kami."
"Saya terharu kerana Bob, Meir dan Nobu memberikan Crown peluang untuk melabur dalam perniagaan Nobu di peringkat syarikat induk. Perniagaan Nobu yang telah dibina oleh mereka kini menjadi jenama terkenal yang diiktiraf di peringkat global dan merupakan bukti kepada kerja keras serta komitmen mereka terhadap kecemerlangan. Kualiti makanan dan tawaran hospitaliti yang disediakan oleh jenama Nobu sememangnya bertaraf dunia dan memiliki potensi pertumbuhan yang signifikan," kata James Packer.
"Walaupun ramai warga Australia yang mungkin biasa dengan makanan Nobu - yang secara peribadinya merupakan makanan kegemaran saya - terdapat juga kelebihan besar dalam bahagian hotel perniagaan mereka. Perancangan hotel Nobu adalah amat mengujakan dan memiliki standard kemewahan tertinggi. Nobu telah pun memiliki sejumlah hotel ikonik dan butik di destinasi-destinasi utama, termasuk di Melco Crown City of Dreams Resort di Manila," kata James Packer.
"Saya berbangga kerana ketiga-tiga rakan kongsi Nobu sedia ada yakin Crown akan menjadi rakan nilai tambah dan saya beriltizam untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua syarikat untuk menambahkan nilai serta kekuatan jenama. Saya amat gembira menyatakan Crown Sydney Hotel Resort yang dicadangkan akan memiliki restoran Nobu yang ikonik pada masa akan datang, seperti mana restoran-restoran yang telah beroperasi di resort-resort kami di Perth dan Melbourne. Crown juga akan menilai pulangan kewangan dalam mengubah suai hotel-hotel Crown Promenade kami di Melbourne dan Perth kepada hotel-hotel Nobu," kata James Packer.
"Nilai premium ADR yang dicapai hotel-hotel Nobu di Caesars Palace, Las Vegas dan juga di COD Manila bersesuaian dengan kekuatan jenama Nobu. Nobu merupakan jenama terkenal di peringkat global dan saya gembira Crown bakal menjadi pemegang saham sebanyak 20 peratus," kata James Packer.
Latar Belakang Crown Resorts
Crown merupakan salah sebuah kumpulan hiburan terbesar di Australia. Ia memiliki perniagaan dan melabur dalam sektor-sektor resort serta hiburan bersepadu di Australia dan juga Macau selain memiliki sepenuhnya dan mengendalikan sebuah kasino mewah di London.
Di Australia, Crown memiliki sepenuhnya dan mengendalikan Crown Melbourne di Victoria dan Crown Perth di Australia Barat. Di United Kingdom, Crown memiliki sepenuhnya dan mengendalikan Crown Aspinalls, sebuah kasino mewah di Mayfair, London. Selain aset milik penuh Crown, Crown memiliki kepentingan ekuiti sebanyak 33.6% dalam Melco Crown Entertainment Limited, pengendali resort bersepadu di Macau. Ia turut memiliki portfolio pelaburan permainan lain yang melengkapi perniagaannya yang lain.
Latar Belakang Nobu
Baru-baru ini dinamakan sebagai salah satu daripada 25 Jenama Paling Inovatif oleh Robb Report, Nobu Hospitality, Hotel and Restaurant Group tersenarai dalam kalangan pilihan elit bagi jenama hospitaliti mewah di peringkat global. Hasil pertumbuhan bagi jenama mewah Nobu terbina melalui perkhidmatan, imej dan hospitaliti, menawarkan spektrum lengkap pengurusan hotel serta restoran untuk projek-projek unik di seluruh dunia. Restoran Nobu yang pertama dibuka pada tahun 1994 di New York manakala restoran antarabangsa pertama dibuka pada tahun 1997 di London. Dengan 33 operasi restoran merentasi lima buah benua, jenama Nobu berkembang di ibu kota dunia sebagai pengalaman gaya hidup destinasi. Nobu Hotel Caesars Palace Las Vegas telah dinamakan sebagai salah sebuah Hotel Baharu Terhangat oleh CNN Travel, Pembukaan Hotel Amerika Utara Terbaik oleh Luxury Travel Advisor dan meraih Anugerah Kecemerlangan Luxury Travel Advisor. Hotel Nobu pertama di Asia ialah di City of Dreams Manila dan akan diikuti oleh Hotel-hotel Nobu di Miami Beach, Malibu, London, New York, Riyadh, Chicago, Los Cabos, Bahrain selain projek-projek lain yang masih dalam perancangan. Nobu memberi tumpuan secara strategik untuk terus meluaskan portfolio global Hotel-hotel Nobu melalui perancangan pembangunan yang mantap.
www.NobuHotels.comwww.NobuRestaurants.com