omniture

UL Terbitkan Kertas Putih Baharu, Tawar Latihan Pembaharuan PLC: Pengawal Logik Boleh Atur Cara dan IEC 61010-2-201

UL LLC
2015-10-30 16:27 151

NORTHBROOK, Illinois, 30 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- UL (Underwriters Laboratories), sebuah organisasi sains keselamatan global, menerbitkan kertas putih tentang Pengawal Logik Boleh Atur Cara dan kesan IEC 61010-2-201, serta latihan yang berkaitan, untuk menyokong para pereka produk dan jurutera-jurutera pematuhan bagi memenuhi keperluan pensijilan baharu.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151029/281994
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140721/129100

Kertas putih percuma itu, Pengawal Logik Boleh Atur Cara dan IEC 61010-2-201, menyediakan gambaran keseluruhan terhadap keperluan PLC seperti yang ditunjukkan dalam IEC 61010-2-201 serta perubahan teknikal yang perlu ditekankan oleh para pengeluar PLC dalam proses pensijilan untuk rekaan PLC baharu dan yang diubah suai. Muat turun sekarang di: http://bit.ly/PLCwp.

Pengawal logik boleh atur cara (PLC) - diperkenalkan pada lewat 1960-an - telah menjadi keperluan dalam operasi bagi semua jenis peralatan pengeluaran, terutamanya dalam industri kemudahan. Baru-baru ini, keperluan PLC global telah diselaraskan untuk mengurangkan beban pematuhan peraturan ke atas pihak pengeluar. Keperluan teknikal diselaraskan dalam penerbitan tahun 2013 IEC 61010-2-201 Part 2-201. Berkuat kuasa pada April 2016, IEC 61010-2-201 akan menjadi asas untuk pensijilan PLC.

Bagi memperkukuh kertas putih PLC baharu tersebut. UL turut menawarkan kursus latihan yang diwujudkan untuk para pereka produk PLC dan jurutera-jurutera pematuhan kawal selia. Kursus itu meliputi elemen-elemen penting UL61010-1 dan perbezaan ketara antara UL508 serta IEC 61131-2, termasuk:

  • Perbezaan antara UL 508 dan IEC 61131-2 | antara UL 508 dan IEC 61010-1,-2-201
  • Bagaimana peralihan kepada IEC 61010-2-201 memberi kesan kepada produk sedia ada yang disahkan dan permohonan produk baharu
  • Fasal khusus dalam IEC 61010-2-201 Bahagian 1: Keperluan umum
  • Fasal khusus dalam IEC 61010-2-201 Bahagian 2: Keperluan khusus untuk peralatan kawalan
  • Bagaimana kombinasi keperluan UL dan IEC boleh membantu dalam pensijilan antarabangsa
  • Penggunaan akhir yang disahkan untuk IEC 61010-2-201

Untuk mendaftar:

A.S.: http://bit.ly/PLCks  
UK:  http://bit.ly/PLCks_UK  
Perancis: http://bit.ly/PLCks_FR
Jerman: http://bit.ly/PLCks_DE

Latar Belakang UL
UL ialah syarikat sains keselamatan bebas utama dunia yang telah mencapai kemajuan selama lebih 120 tahun. Golongan profesional seramai 11,000 orang dipandu oleh misi UL untuk menggalakkan persekitaran kerja dan kediaman yang selamat untuk semua individu. UL menggunakan penyelidikan dan piawaian untuk terus maju dan memenuhi keperluan keselamatan yang sentiasa berubah. Kami bekerjasama dengan perniagaan, pengeluar, persatuan perdagangan dan pihak berkuasa antarabangsa untuk membawakan penyelesaian kepada rantaian bekalan global yang lebih rumit. Untuk maklumat lanjut tentang pensijilan, ujian, pemeriksaan, nasihat dan khidmat pendidikan, lawati http://www.UL.com.

HUBUNGI: Dagmar Ebaugh
Pengurus Perhubungan Awam & Media Sosial Global
UL Commercial & Industrial
O: (678) 872.0320 C: (404) 216.4354, dagmar.ebaugh@ul.com

Source: UL LLC
Keywords: Construction/Building Survey, Polls & Research