omniture

HCL Technologies Ambil Alih Penyedia Perkhidmatan CRM PowerObjects

HCL Technologies Ltd
2015-10-30 18:32 357

SUNNYVALE, California dan MINNEAPOLIS, 30 Oktober 2015 /PRNewswire/ --

Pengambilalihan akan menggalakkan pertumbuhan HCL dalam Microsoft Dynamics CRM dan memperkukuh kedudukannya sebagai Penyedia Perkhidmatan Digital

HCL Technologies, penyedia utama global bagi perkhidmatan IT, hari ini mengumumkan pengambilalihan PowerObjects yang berpangkalan di Minneapolis - penyedia utama Microsoft Dynamics CRM di Amerika Utara. Hal ini akan memperluas perniagaan aplikasi global HCL yang menawarkan program transformasi dan pengurusan aplikasi rumit untuk pelbagai landskap teknologi pelanggan.

PowerObjects ialah firma perkhidmatan professional yang memfokuskan sepenuhnya dalam menyediakan perkhidmatan, sokongan, pendidikan dan pilihan tambahan untuk Microsoft Dynamics CRM. Syarikat itu pernah meraih anugerah berprestij 'Rakan Kongsi Terbaik Tahunan' daripada Microsoft tiga daripada empat tahun lalu dan salah satu rakan kongsi utama Microsoft untuk Dynamics CRM.

Pengambilalihan ini membolehkan HCL memanfaatkan perkembangan pesat industri CRM global, memandangkan Microsoft Dynamics merupakan salah satu produk CRM yang paling pantas berkembang dalam pasaran. Dengan kadar perkembangan sebanyak 13.3% pada tahun 2014, Gartner Inc. telah mengunjurkan nilai pasaran CRM antarabangsa sebanyak $36 bilion menjelang tahun 2017 dan akan berkembang lebih pantas daripada lain-lain kategori perisian perusahaan oleh kerana perniagaan ingin membina perhubungan jangka panjang dengan pelanggan mereka. Dalam pasaran CRM, Microsoft Dynamics CRM memintas pertumbuhan pasaran dengan 21.7% pada tahun 2014. Pertambahan PowerObjects ke dalam portfolio HCL akan terus menyelaraskan strategi pertumbuhan HCL dengan visi Microsoft untuk memperbaharui produktiviti serta proses perniagaan, seterusnya memperkukuh hubungan antara HCL dan Microsoft.

"Bersama-sama, HCL dan PowerObjects kini akan menawarkan salah satu perkhidmatan Microsoft Dynamics terbesar di Amerika Utara," kata Greg Palesano, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Perkhidmatan Aplikasi Global. "Pengambilalihan ini memperkukuh komitmen kami untuk membantu pelanggan yang bergantung pada Microsoft sebagai sebuah platform strategik. Kami berharap akan menyatukan capaian global kami melalui kebolehan dan kepakaran PowerObjects bagi mewujudkan perkhidmatan Microsoft Dynamics CRM bertaraf dunia untuk mengambil peluang dalam pasaran perkhidmatan CRM yang terus berkembang."

"Kami gembira kerana HCL akan meneruskan legasi PowerObjects untuk berinovasi," kata Dean Jones, Ketua Pegawai Eksekutif PowerObjects. "Oleh sebab pelanggan berusaha untuk meningkatkan perolehan dengan menambah baik proses dan teknologi CRM, kami percaya gabungan pasukan dan bidang kepakaran kami akan menghasilkan produk serta perkhidmatan yang membawa perubahan."

"Ketika syarikat-syarikat mencari cara yang baharu dan lebih berkesan untuk berinteraksi dengan para pelanggan, teknologi memainkan peranan penting untuk membolehkan mereka memperoleh sudut pandang yang lebih luas, menjadi lebih peka dan mewujudkan nilai perniagaan," kata Susan Hauser, Naib Presiden Korporat, Enterprise and Partner Group, Microsoft. "HCL dan PowerObjects berada pada kedudukan yang baik untuk memacu transformasi perniagaan dengan membantu syarikat-syarikat berinteraksi dengan pelanggan mereka dengan lebih pintar."

Sebagai sebahagian daripada pengambilalihan tersebut, pasukan kepimpinan sedia ada daripada PowerObjects akan kekal dan tiada perubahan pada tenaga kerja akan dilakukan. Jumlah anggaran tunai untuk urus niaga ini ialah $46 juta, termasuk pembayaran luar jangka yang bergantung kepada pencapaian kewangan tertentu. PowerObjects mencatatkan perolehan sepanjang dua belas bulan kira-kira $37 juta setakat 30 September 2015. Lebih 250 orang kakitangan PowerObjects akan diterima masuk ke dalam keluarga HCL.

Sumber: http://www.hcltech.com/press-releases/hcl-technologies-acquires-crm-services-provider-powerobjects

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Ketua Komunikasi Korporat Global
Ajay Davessar
HCL Technologies Ltd.
ajay.davessar@hcl.com
+911204382800

Sumber: HCL Technologies Ltd

Source: HCL Technologies Ltd
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers