omniture

XCMG tandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan SAP semasa kunjungan negara Merkel

XCMG
2015-11-02 08:43 319

HEFEI, China, 2 November 2015 /PRNewswire/ -- XCMG telah menandatangani satu perjanjian kerjasama strategik dengan syarikat perisian Jerman SAP semasa perjumpaan Majlis Penasihat Ekonomi China-Jerman yang dinaungi oleh pemimpin negara China dan Canselor Jerman Angela Merkel.

Wang Min, pengerusi dan presiden XCMG, memperkenalkan pelaburan XCMG di Jerman selain kolaborasi dengan syarikat-syarikat Jerman semasa perjumpaan itu dan menyatakan bahawa kolaborasi strategik dengan SAP bermatlamat untuk menjadi contoh yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dari segi penyepaduan perniagaan antara syarikat-syarikat China dan Jerman.

"XCMG amat menghargai kerjasama dengan SAP, menerusi bantuan pengalaman SAP yang berjaya dalam projek strategi berteknologi tinggi Industri 4.0, kami ingin mendorong globalisasi XCMG di bawah inisiatif 'Buatan China 2025' dan terus membina daya saing lestari kami dalam pasaran global," kata Wang.

Sebagai pemimpin industri dan syarikat kelengkapan pembinaan kelima terbesar di dunia, XCMG akan membina perkongsian lanjut dengan penyedia perisian dan penyelesaian perusahaan multinasional SAP untuk mengembangkan perniagaan dalam pasaran global.

Li Qiang, selaku naib presiden global SAP dan pengarah urusan China, berkata kedua-dua syarikat itu telah menjalin kerjasama jangka panjang yang berkesan dalam beberapa bidang termasuk peningkatan penting dalam teknologi maklumat korporat.

XCMG telah mempercepat usaha penyepaduan proses maklumat dan pengindustrian serta menubuhkan Jiangsu XCMG Information Technology Company pada tahun 2014 bagi memberi keutamaan kepada pembangunan industri IT dan juga membantu proses peralihan serta penaiktarafan syarikat melalui penyelesaian pintar.

Berasaskan teknologi dan aplikasi data besar, XCMG dan SAP akan mengembangkan perkhidmatan pengkomputeran awan pintar IOT kepada pengilangan pintar dan pengurusan produk-produk XCMG, melaksanakan dan memanfaatkan penyelidikan serta reka bentuk, pemasangan dan penyahpepijatan, logistik pintar selain ramalan risiko dan juga amaran.

Melalui kerjasama dengan SAP, penyepaduan global XCMG akan menambah baik ramalan risiko, jaminan keselamatan serta penggunaan jentera pembinaan syarikat itu dan pada masa yang sama dapat menyediakan perkhidmatan tambahan kepada para pelanggan bagi memperoleh pengiktirafan daripada pasaran seluruh dunia.

"Ini merupakan fasa penting daripada pelan strategik 'XCMG Pintar' ('Smart XCMG'). Kami berharap untuk mencapai sasaran melalui pendekatan kerjasama yang inovatif," kata Wang. Langkah kami yang seterusnya adalah untuk bekerjasama dan berkolaborasi dengan syarikat-syarikat yang berteknologi maju di kawasan-kawasan seperti Eropah untuk menyediakan asas kukuh untuk strategi global kami."

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.xcmg.com, atau laman XCMG di Facebook, Twitter dan Youtube.

 

 

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Contracts