omniture

Universiti Shiv Nadar Sambut Konvokesyen Sulung

Shiv Nadar University (SNU)
2015-11-02 13:41 323

DADRI, India, 2 November 2015 /PRNewswire/-- Universiti Shiv Nadar (SNU), sebuah universiti penyelidikan yang menyeluruh dan berbilang disiplin ditubuhkan oleh Yayasan Shiv Nadar, hari ini meraikan konvokesyen pertama Universiti itu. Raj Reddy, Profesor Universiti Moza Bint Nasser dalam Sains Komputer dan Robotik di Fakulti Sains Komputer, Carnegie Mellon University serta Arvind Subramanian, Ketua Penasihat Ekonomi, Kerajaan India, menghadiri majlis Konvokesyen itu sebagai Tetamu Kehormat dan menyampaikan ucap tama semasa majlis tersebut. Konvokesyen itu dihadiri oleh ahli-ahli akademik, badan-badan industri dan kerajaan, media, berserta kakitangan fakulti SNU, pelajar-pelajar dan juga para ibu bapa.

Dr S N Balakrishnan, Canselor, Universiti Shiv Nadar berkata, "Ini adalah saat yang membanggakan untuk Universiti ini ketika kami menyambut kejayaan pengambilan pertama pelajar yang kini akan menyertai antara organisasi atau institusi terbaik dunia. Kurikulum dan fokus kajian berbilang disiplin kami yang unik digandingkan dengan usaha gigih serta kerja keras pihak fakulti, kakitangan, serta para pelajar selama empat tahun telah menggerakkan Universiti dalam mencapai kecemerlangan. Kejayaan kami pada hari ini adalah tanda aras untuk kami meningkatkan mutu dan menetapkan piawaian kecemerlangan yang lebih tinggi dalam pendidikan tinggi di negara ini."

Seramai tiga puluh satu orang pelajar daripada Kelas tahun 2015 telah dipilih untuk melanjutkan pengajian tinggi oleh beberapa buah universiti terkemuka seperti Cornell, Columbia, New York University, Dartmouth, Delhi School of Economics dan Georgetown University. 95% daripada kumpulan pertama yang menamatkan pengajian telah diambil bekerja oleh organisasi-organisasi berprestij seperti Amazon, PWC, Cognizant, Tata, L&T, Shapoorji Pallonji, Dell dan Schenider, antara lain.

Sejumlah 295 ijazah telah dianugerahkan semasa Konvensyen Tahunan SNU kepada para pelajar yang berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana serta program Diploma pada Sesi Akademik 2014-15. Universiti itu turut menganugerahkan Pingat Pelajar Terbaik kepada kumpulan pertama ini.

SNU turut menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat kepada tiga orang individu penting dalam bidang masing-masing - Fakir Chand Kohli yang diangkat sebagai bapa industri IT India; Sayed Haider Raza, salah seorang ikon seni moden dan kontemporari paling hebat di India dan Dr Ashoke Sen, ahli fizik teori yang terkenal di dunia.

Dilancarkan pada tahun 2011, SNU telah berkembang dengan ketara dari segi saiz dan skopnya. Universiti tersebut kini memiliki seramai 1,800 orang pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di empat buah fakulti: Fakulti Kemanusiaan & Sains Sosial, Fakulti Ilmu Alam, Fakulti Kejuruteraan serta Fakulti Pengurusan & Keusahawanan. Baru-baru ini, SNU telah melancarkan fakulti kelimanya, Fakulti Pendidikan Lanjutan dan Pembangunan Profesional.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Bhaswati Chakravorti
HCL Corporation & Yayasan Shiv Nadar
bhaswati.chakravorty@hcl.com
+91-120-2535071

Source: Shiv Nadar University (SNU)
Keywords: Education Higher Education Awards